Isnin, 31 Disember 2007

SELAMAT DATANG 2008

Insyaallah besok kita akan menempuh tahun baru, tahun 2008 kalo dipanjangkan umur. Moga 2008 membawa lebih keceriaan buat kita semua. Kv takdak apa2 azam pun. Cuma perancangan tu ada la skt2.

Tahun 2007 tahun plg mencabar bagi kv. Awal tahun (disember sebenarnya) kv alahan teruk mengandungkan irdina maisarah. Peritnya masa tu sampai bertaubat dah tak mau mengandung lg dah. Punya la emosi. Very der mengada ngada one kaedahnya. Pastu mcm2 cabaran masa mengandung. Kesihatan on n off. Kerja pun ala kadar. Asyik ponteng je. Mcm ofis bapak i yg punyerrrr. Hubby la yg jd mangsa buli kv. Sian kat dia.;)

September, lahir lah irdina maisarah tatkala umat islam nak menyambut puasa. Lekat uri pulak masalah bagi kv. Mmg rasa serik dah nak bersalin lg. Mmg betul despressed. Cabaran dlm pantang di bulan org lain puasa mmg memeritkan. Sekali lg rasa tak mau dah berpantang lps ni. Huhu..punya lah emosi. Sokongan dan semangat hubby jd penguat. Org lain beraya sakan, kami takde mood raya pun.

November dah mula kerja, tp dina pulak start meragam. Punya la serik rasanya. Sekali lg beremosi sakan. Kv betul2 tertekan. Syukur dan bertuah bagi baby org lain yg meragam biasa je. Tdk melalak sepanjang masa mcm dina. Hik hik. SEkarang dina dah kurang (sikit je) meragam. But kv masih trauma. Fuh..ayat, mcm dasyat betul!

November jugak mak kv sakit teruk. Usus pecah, BIla tau kanser kena strok pulak. Kv pulak tak boleh sepenuhnya jaga mak sbb dina asyik nak meragam saja. Mmg betul2 tertekan. Anak dgn mak sama2 penting dlm hidup kv. Hubby pun tertekan jgk sbb kv mcm lipas kudung berlari ke spital dan bergegas balik utk dina kat rumah. Mmg penat fizikal dan mental. Benda lain langsung tak sempat fikir atau buat. Dua perkara ni yg dlm fikiran kv sampai sekarang. Mak walo pun takkan sembuh (ckp doc) tp makin ceria. Kv cuba rapatkan diri dgn mak. Cuba bercakap dan bergurau senda. Mak pun asyik tersenyum dan tak segan2 mintak kv bantu dia bergerak. Mintak picitkan. Kalo nak tau mak kv ego dia tinggi tau. Mmg perangai dia tak suka menyusahkan org. Kalo dulu (sblm mak sakit) takde pun gurau2 gitu. Mungkin rahmat dan hikmah sebalik ujian itu.

Disember ni, walo pun dok kalut2 gitu (tq buat semua yg meringankan masalah kv), hubby start jugak projek rumah kami seperti perancangan. RUmah dah di demolish kan separuh dan buat sikit renovation utk bilik air dan tandas. Jugak dapur dan bilik2 tido sementara. Walo pun sempit dan kurang selesa, kira ok lah. Takkan nak menyewa kat tempat lain pulak. Nak mengemas segala harta karun tu pun mmg memenatkan jiwa dan raga.

Namun apa pun dugaannya, insyaallah kv akan tabah dan kuat semangat menghadapinya berkat doa semua. Alhamdulillah.

Harapnya, 2008 membawa lebih sinar bahagia buat kv sekeluarga. Insyaallah.

15 ulasan:

Cikja berkata...

memanglah jaga anak meragam nie, boleh trauma...hihihi...

Semoga ape yang dihajati untuk tahun 2008 akan tercapai..Amin.

AppleB berkata...

selamat tahun baru. moga tahun depan kv dan keluarga lebih bahagia dan gembira.

Mak Su berkata...

dahsat gaks pengalaman bersalin kv ya.. ngeri ler maksu membaca. anyway, selamat menyambut tahun baru yang lebih ceria buat kv sefamily

oren berkata...

setiap anak ada bhg dan peelnya..aku pun, kekadang tend to compare among the kids, walaupun sepatutnya tak bleh gitu..

pasal dina nangis tu, sabaq ajelah..mebi tang situ dia tak ok, tapi tang lain ok (kesihatan yg baik etc..)

selamat tahun baru 2008!

KV berkata...

ijah,
hehe..kv ni asyik komplen pasai dina jek kan. Patut bersyukur dikurniakan anak. Sepasang lak tu. Tp bukan tak bersyukur, mmg bersyukur sgt2, cuma dicatatkan kat blog sebagai kenangan hari tua.
TQ atas doa ijah tu.;)

apple,
noks, tq atas wish tu.;)

maksu,
mmg kv rasa plg dasyat dah, tp bila baca pengalaman org lain, rupanya lg teruk. Syukur kv dah kembali pulih mental dan fizikal. Slamat tahun baru buat maksu jgk.;)

oren,
anak aku tu mmg tu je 'penyakit' dia (rasanya lah). Tang lain ok jek. Aku je yg trauma lebih. Patutnya tak yah bersungut gitu kan? Hehe
Kalo nak banding kan dgn ko yg uruskan sorang diri naufal dan si 'bintang' tu, patut aku lg rasa bertuah. Insyaallah kita mampu menghadapinya. Caiyok!!

HAPPYIRFA berkata...

salam kv.

hepi new year

KV berkata...

irfa,
hepi new year 2 u 2

Belladonna berkata...

Hi KV, thanks for dropping by at my blog. Happy New Year to you and all the best for 2008 :)

Unknown berkata...

epi nuyer kakkk!

Sastri berkata...

semoga tahun ini, KV dan keluarga sentiasa bahagia...

Kaklong Syikin berkata...

salam,

moga tahun baru 2008 ni lebih baik drp tahun2 lepas.

insyaAllah, baby akan cepat berhenti meragam tu. Allah nak bagi kv pahala lebih, tu Dia uji camtu. apatah lagi kv ni gayanya penyabar orangnya.

sementara masa masih ada ni, kukuhkan hub. kv-emak ya..

KV berkata...

sas,
trima kasih atas doa. Kv sama doakan sas semoga sentiasa hepi.;)

kak long,
mmg allah nak uji kv. Moga kv tabah mengharungi nya kan kak long. Hmm..di kesempatan yg ada ni mmg kv nak ambik peluang berbaik dgn mak.:)

nanonano berkata...

welcam bek to skool,
hiks :p

NBK466 berkata...

Salam Tahun baru jugak buat KV.. den wishes were combined of all the wishes above. Aci tak?? he..he..he..

KV berkata...

nana,
welcome back!!!!!

abg shahrul,
aci!!!!