Rabu, 19 Disember 2007

AIDIL ADHA

Besok, seluruh umat islam di malaysia akan menyambut hari raya aidil adha atau di kelantan lbh glamour dgn hari raya korban.

Di kesempatan ini, kv ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidil adha buat semua rakan2. Semoga aidiladha kali ini membawa seribu makna.

Pagi tadi, kv tgk bertali arus bas2 tambahan menuju ke kota bharu. Agaknya ramai perantau balik kampung sempena raya. Mungkin ramai yg melakukan ibadah korban besok atau lusa. Masa masuk pasar pagi ni, mmg ramai sungguh org. Semua sibuk membeli belah.

Persiapan kv hanya ala kadar. Ke'excited'an menyambutnya tidak terasa. Mungkin sbb mak beraya kat wad. Tp syukur juga sbb mak makin bermaya walau pun selalu bersungut lenguh2. Elok dari yg koma ari tu kan? Ada juga perubahan positif.

Kv sempat beli ketupat manis. Ingat nak beli ketupat lemak jugak, tp rasa mcm membazir je beli byk. Kv dan hubby tak berapa gemar, beli utk org tua kat rumah tu jer. Lps tu beli kek pisang. Dan beli mee, sayur serta lauk2 lain selain daging. Semuanya utk makan di pagi raya. Selalunya lps dah habis bahagikan daging, msg2 dah balik rumah sendiri. Tetamu pun dah takde sebelah petang.

Tahun ni kv tak melakukan ibadah korban. Cuma hubby ambik kesempatan buat akikah utk irdina maisarah. Senang cerita.

Buat kawan2 blogger yg berkesempatan balik kampung tu, harapnya dah sampai ke negeri masing2 dgn selamat walaupun terpaksa berpusing2 cari jalan yg selamat. Yg tak tenggelam banjir.

Cuaca kat kelantan masih tak menentu. Kalo kat pasir puteh hujan sokmo. Cuma tak lebat. Kalau tak hujan pun mendung hitam. Awan bergerak ke selatan thailand. Tu la sbb tumpat dan pasir mas banjir teruk. Malah makin teruk hari ni. Harap semua mangsa banjir sabar dan tabah. Tahun ni beraya kat pusat pemindahan. Mmg tensyen kan?

Itu je lah membebel hari ni. Buat semua, selamat hari raya. Makan daging tu beringat ingat. Karang kena darah tinggi pulak. Malam tak boleh tido sbb kepanasan. Hehe

11 ulasan:

Aku Bukan Bidadari berkata...

selamat ari raya aidiladha kv..kat sana pasti meriah sambutan kan? tiara tak rasa mcm raya pun.. biasa jerrr

kasutVincci berkata...

tiara,
bagi kv pun biasa je. Tp org luar ckp meriah. Ntah la. Tp perlu bersyukur kan?

bat berkata...

selamat menyambut Aidil Adha KV bersama keluarga sumer..

Kaklong Syikin berkata...

Salam,

selamat hariraya aidiladha kv

cantik gelang tangan tu.anak2 pompuan akak yg besor ni semua tak betah pakai gelang tangan.

meremang bulu roma akak baca kisah pengajaran tu. simpati ngan dia.moga Allah ampunkan dia. drp satu segi, kv beruntung sbb dpt menyaksikan pengajaran tu depan mata kv. menjadikan kita lebih insafkan.

mama uyin => berkata...

hi kv....

slamat ari raye korban....klu msk sedap2 tu pass la kat alin..heheee
:)

kasutVincci berkata...

mak hayams,
selamat raya korban deh. Makan daging tu ingat2 tau. Karang saket gigi. Hik hik

kak long,
salam raya jugak buat akak sekeluarga.
Ntah le, la ni dina tu kecik lg, kalo pakaikan gelang pun dia tak reti nak bukak sendiri. Dah pandai ckp nanti entah dia suka atau rimas, taktau la. Hehe
Kisah pengajaran tu mmg betul2 menginsafkan. Kita ambik sebagai pedoman.

kasutVincci berkata...

mama uyin,
hehe..masak sedap apa kebenda, main campak2 jer. Huhu

Mak Su berkata...

hai Kv, selamat menyambut hari raya aidil adha ya... bertenang and ceria selalu walaupun mak tu tak sihat ya

nanonano berkata...

ade gak yg semeleh lembu dlm dewan sekolah kn..
ekekkek :p

salam aidiladha kak kV
:)

~~KunangKunang~~ berkata...

kak..slamat ari raye..mood raya tahun ni tadek sgt..rasa nk jmpa sgt ngan akak ni..bleh x?

kasutVincci berkata...

maksu,
slamat hari raya buat mak su jgk. ;)

nanonano,
kesian depa tu kan? Tp takde la semelih lembu dlm dewan. Ekeke

mas,
hik hik...teringin jgk nak jumpa mas. Tp la ni jadual akak tak sempat apa2 dah. Hanya mak dgn dina je. Nanti keadaan kembali pulih, baru best nak jumpa. S*K tu pun akak tak masuk sgt. Kalo tak boleh jumpa mas kat sinun. Nombor kontek ada? Kasi le. Boleh sms bagai.