Khamis, 15 November 2007

JIRAN

Memang sejak dari awal megandung, kv berhajat tak nak kasi mil mengasuh baby dina. Bukan tak suka ke apa, tp boleh menyelesaikan byk masalah. Antaranya, selain mil sibuk ngan karenah danish (antar dan ambik dia skolah), sibuk jgk dgn kedai runcit dia. Pastu byk benda lain dia nak uruskan selain makan minum mak dan che (atuk dan nenek hubby). Kalau mil yg jaga baby dina, mmg memenatkan lah. Kesian kat dia.

Lagi pulak, kv kat ofis rasa tak tenang sbb rasa membebankan dia. Itu yg kv rasa masa dia jaga danish kecik2 dulu. Bila dah dia yg jaga danish, kalo ada apa2 yg kecemasan, kami dah takde tempat nak letak danish utk jagaan sementara sbb danish tak biasa dgn org lain. Nak hantar dekat mak kv pun tak boleh sbb dia tak biasa.

Untuk mengelakkan masalah ni berulang, kv mmg tekad nak letak dina bawah jagaan pengasuh. Aim kv adalah jiran sebelah rumah sbb dia biasa menjaga baby. Lagi pulak anak2 dia ramai dan sudah remaja. Bebudak tu mmg gemar main dgn budak2.

Nak jadikan cerita, sblm bersalin hubby tak suarakan benda ni pd mil takut dia kecik hati. Kami tunggu hingga delivery dulu. Tetapi, jiran sebelah rumah yg kami dok aim tu pulak dah terima baby lain yg lahir awal sebulan dr dina. Haru betul. Mati kutu kv dan hubby dibuatnya. BUkan apa, sbb dia sebelah rumah kami jer, senang kalo apa2 mil dah dekat. Boleh dia pantau sekali. Hiks..

Satu hari dlm bulan ramadhan tu, hubby cuba berdiplomasi ngan mil. Dia terangkan kelebihan kalo dina org lain yg jaga. Kami pun takde lah rasa susah hati dok memikirkan dia yg penat jaga anak kami tu. Alhamdulillah dia bersetuju. Syukur. Risau gak kalo dia terasa hati ngan kami. Susah nak baca hati org tua. ;)

Masalahnya, nak cari pengasuh lah pulak. Org yg kami target dah 'terlepas'. Hik hik... Tp mil ckp dia nak gi slow talk ngan jiran kami tu. Mana la tau kut2 dia boleh jaga dina jgk. Bila mil surakan hajat kami tu, jiran kami tu macam tak kisah kalo jaga dina sekali. Kv dah rasa lega dah pd mulanya.

Tp masa dlm pantang tu, kv asyik terdengar baby yg jiran kami jaga tu menangis sepanjang masa. Tak berapa makan pujuk. Aduhai..masalah pulak ni. Last2, 5 hari sebelum kv masuk kerja, mil dan hubby gi rumah jiran kami tu sekali lg. Mmg kami faham kalo dia tak boleh terima dina sbb baby yg dia jaga tu kuat menangis. Mana la dia mampu. Penat sakan dia nanti. Nak masak utk family lg.

Hubby dan mil gi bincang ngan dia nak tau sama ada dia sanggup atau pun tidak. Kalo tak sanggup kami kena cari pengasuh lain. Kv dan hubby dah sedia plan B kalo tak jumpa pengasuh lain. Hantar dina ke nursery dlm tempoh 6 bulan, lps tu hantar kat jiran kami tu semula. Rasanya masa tu baby yg jiran kami jaga tu dah hilang meragam kut.

Masa hubby ngan mil pergi tu mmg kv rasa saspen sungguh. Risau dok pikir, sapa la yg nak jaga anak kami nanti. Hilang semua perancangan awal. Huhu.. Tp nasib baik anak sulung jiran kami tu (umur awal 20an) sanggup nak jaga dina. Selalunya dia bantu mak dia jaga baby. Tp kali ni dia nak jaga sendiri si dina tu. Alhamdulillah, syukur sgt2. Lega rasanya.

Yg menjadi terkilan, ada dua tiga org jiran kami yg lain ambik kesempatan. Sesaja jer gi tinggal kan anak2 mereka rumah pengasuh si dina tu. Jiran kami yg mengasuh baby ni mmg dia baik dgn semua org. Tu yg bebudak suka main kat rumah dia. Umur bebudak tu lebih kurang danish. Tgh lasak dan tak berapa nak dengar arahan. Haru betul. MIL pun naik angin tgk. Dorang tu bukan ada masalah apa pun, sesaja nak balik tido atau pun nak gi bandar. Teruk betul perangai dorang tu.

Kami letak dina kat situ tentulah kami bayar. Yg dorang ni, saja je sesuka letak anak2 depa kat situ. Bukan bayar apa pun. Kesian pengasuh anak kami tu. Tentu lah dia penat. Bila dah ramai gitu, tentu la gaduh2 dan bising2. Baby nak tido pun kurang senang. Kenapa la ada org yg teruk macam ni? Geram betul! Kalo jiran kami tak pi hantar balik anak2 dorang tu, mmg satu hari la dok kat situ. Dah la cuti sekolah sudah bermula ni. Lagi tambah masalah.

Tp bila ingat yg baby dina si kak long yg jaga, kv rasa lega skt sbb kak long mmg tak layan bebudak tu. Kurang la sikit penat dia. Tp mak kak long la yg penat extra.

Macam2 kan?

14 ulasan:

Oren... berkata...

masa anak baru sorang dulu, aku pun prefer kalo hantar ke pengasuh..tapi bila dah 3 nih, aku hantar semua pegi nurseri..ingat nak jugak cari baby sitter untuk jaga bb naufal, tapi orang lain dah chop (sama kes cam kv)..nak tak nak, kena jugak hantar nurseri..

sitilina berkata...

olos.. payoh sungguh kem nok cr ore jago bb. oghe sero nok bereti kijo betar jg anok huhu.

Alinlai berkata...

bleh pulak tu hantar saja2 kat umah orang....tak kesin kat orang sungguh la depa ni kan?

Kaklong berkata...

salam,

payahlah kalau ada org jenis amik kesempatan camtu.

comey bb kv, mesti danish sayang sungguh.

debar sungguh baca kisah uri bb yg terlekat tu.syukur segalanya selamat.

mhkg berkata...

ermm bab2 pengasuh neh memang kena carik bebetui sebab ada gaks yg nak duit ajor jaga lebe kurang.. so serik dah ler anto pengaasuh giteww anto nursery ajor Baby Q tuh..

nanonano berkata...

MIL tu sape kak Kv?
errmm harap2 kaklong die tuh bley jg dina elok2 kn..
:)

minnie berkata...

salam KV,
baik sungguh hati jiran KV tu yek.. tak kisah orang tinggalkan anak kat umah dia walaupun tak bayar apa-apa.. Biasanya orang macam tu murah rezeki sebab suka kanak-kanak...

Akmal berkata...

Payoh baso jenis manusia hok reti nyusoh kokre nih deh...

Sastri berkata...

geram juga kan bila orang yang tak paham bahasa, main tinggalkan anak2 macam tu jer... yang penat jiran KV tu laa...

sya berkata...

Sian sungguh jiran tu.. camana leh htr saje saje

kasutVincci berkata...

oren,
kv nak kena cari pengasuh jgk sbb ingatkan atuk dan nenek yg dah tua tu. Kalo apa2 jd, senang nak tinggalkan baby dekat pengasuh. Tambah2 kalo mlm. Kalo nurseri, takat siang hari jer.

lina,
mmg susah nak cari baby sitter yg sesuai. Kak kv pun pening palo jgk ari tu. Alhamdulillah dpt jgk selesai masalah.;)

alinlai,
dema ni tak pikir pasal org, pikir pasal nak senang kan diri sendiri jer. Entah lah, kv pun tak paham.

kak long,
mmg dorang suka ambik kesempatan. Bukan dorang je nak uruskan rumahtangga, org lain pun sama jgk kan?

alhamdulillah kv dan baby selamat. Mmg syukur sgt2. Ujian tu membuatkan kv benar2 rasa insaf. Moga kv tak mudah lupa diri. Insyaallah.

mak hayams,
setakat ni kv takde problem lg ngan pengasuh. Org lain yg menyibuk. Huhu

nanonano,
MIL tu mertua kak kv. Mmg dak kak long tu jaga baby dia elok jer. Alhamdulillah.

minnie,
mmg jiran kv (baby siiter dina tu) selalu murah rezeki sbb dia mmg baik hati. Kalo kv rasanya tak sanggup nak tolong jaga ramai bebudak gitu. Sakit kepala woo.. hik hik

akmal,
hok tu ore kato, rambut jah samo hitae, hati lain2. Penat tok raso ko dio, hok tu set dio sesedap jer!

sas,
mmg geram woo..

kak sya,
dorang tu tak sama fikiran mcm kita. Entah ler.

Yatie berkata...

salam kv .. sorry lama tak jenguk, baru balik beraya kat msia ari tuh .. apa2 pun dah abis dah baca entry yg tertinggal sebelum nieh .. nak komen semua cam byk sgt plak .. apa2 pun semoga kv and dina sihat2 aje la ye .. semoga segala urusan dipermudahkan .. amin ..

p/s : jelesnya tgk yg tang terapi minda tuh .. byk betul berpasang2 beli sandal .. huhuhuhu ..

kasutVincci berkata...

yatie,
syok ek balik beraya kat mesia.
Hehe..bab terapi minda tu benornya upacara balas dendam sbb dah lama tak shopping beg kasut.;P

mama ranggie berkata...

mama pon kena cari pengasuh pas ni..x nak menyusahkan nenek lg sbb die dah jaga aqish!tentu die penat!