Rabu, 14 November 2007

BARANG MAINAN

Kv selalu geram dgn danish kalo bab brg mainan. Ada saja mainan yg menjadi target dia. Hari ni nak excavator, besok pulak nak kren. Lusa pulak nak lori. Macam2.

Dlm 2 minggu ni entah berapa dah mainan yg dia mintak. Haru sungguh. Kalo kv zaman kecik2 dulu mmg tak pernah bermimpi pun mak nak belikan barang mainan. Anak patung pun dapat sekali jer sepanjang umur kanak2 tu. Maklum ler, kita bukannya org senang.


Tp zaman sekarang mainan mmg byk kat pasaran. Kalo buatan dr china tu mmg murah giler. Kdg2 terfikir, kalo kv pandai buat sendiri, mmg kv takkan jual dgn rege murah gitu.


Bila sebut bab murah ni, bila anak dok merengek dua tiga hari nak kan mainan. Sampaikan tido mlm pun siap mimpi2, tak sampai hati plk tgk. Kesian. Nenek hubby selalu perli, yer lah, masa anak tak ramai ni, ikut kan aje. Bukan mcm tu, bukan nak merajakan anak, tp bila tgk anak tersenyum dan excited bila dpt brg yg dia nak tu rasa semacam jer. Tp, ada syarat jgk. Bab tegas kena lah tegas. Karang pijak kepala mak bapak pulak.


Ok lah, dah la membebel. Tgk apa yg dah danish beli sepanjang 2 minggu ni.


Kren bomba. Masa nak cari botol susu anticolic dekat baby dina, dia terlihat ada mainan kren kat kedai mother house tu. Tp kami tak layan. Dekat seminggu dok merengek sampaikan kv dan hubby dah tak tahan mendengar, terpaksa la gi beli. Hmm...

Ni pulak, masa kat pasar malam. Walopun 'barbie' tp kereta tu berpusing dan bangun balik walau pun langgar dinding, tetap jgk dia nak.

Ni pulak belon yg dah seminggu umur dia. Beli kat pasar malam jgk. Kalo belon getah tu, belum cukup 24 jam dah menyembah bumi. Tapi belon plastik ni dah seminggu umur dia tp masih gagah 'berdiri'. Cuma dah kurang angin.;)

Yg ni pulak kuda rotan yg boleh ayun. Aduh...penat mencari sekitar kota bharu. Last2 jumpa kat sbelah stesen petronas tunjong. Nasib baik ada. Meragam sakan dia nakkan kuda ni sbb sepupu dia ada jgk menda alah ni. Masalahnya, kakak kv beli kat kedai bundle singapura. Mana la kv nak cari. Mujur ada kat kedai perabut tu. Tauke dia budak lg. Muda2 dah jadi usahawan. Bagus ler. Sempat lg usha sofa rotan dekat adik tu. Nanti boleh gi tempah ngan dia. Hik hik..

7 ulasan:

rina berkata...

tudia.... meriah danish ngan barang2 menan...

nanonano berkata...

nenonenonenooonnn~

mesti gtu jek munyik mulot die kn maen lori bombe tu..
ekekekke :p

Apple Pie berkata...

mrasalah ko ek membeli mainan non-stop. kang dina dah besar, turn dina lak mintak ahahahahhaaha.

tp kuda rotan tu cantik la..boleh pos tak? muahahahhaahah

Kak Lady berkata...

Anak kak lady tak banyak barang mainan sebab ayah dia tak pernah nak belikan...dia cuma kumpul mainan Mc Donald aje...tu lah kejap2 nak makan McD...geram betul...

YuszTieY berkata...

DANISH TAU MAMA N PAPA DIA POKET TEBAL KOT TU DIA MINTA MACAM TUH ..
LAWA LA KERUSI KUDA TU KAMI PUN BERKONAN JUGAK..KEDAI TU NAMA APER YEK..BOLEY PI CARI JUGAK LA LPS NI..

bat berkata...

ermm kemain erkk si Danish neh.. mau fenuhs sato lemari kaedahnya.. tapi elok2 lagi giteww brangan dier erkk kalo anak maks ya ampuns.. sekejaps yolah..

kasutVincci berkata...

rina,
mmg tak terlayan dah permintaan dia. Mau bankrap di buatnya.;)

nanonano,
siap berangan dia dok bawak kren tu dlm site pembinaan.;)

apple,
hmm...nampak gaya nya gitu ler. Tradisi pasti bersmabung. Hiks...
Kuda tu besar sgt, mai sini la kita pi beli.

kak lady,
nasib baik sejak dr awal kv tak ajar dia beli mainan mcD tu, kalo tak mesti asyik mintak nak tambah koleksi jer.

yustiey,
bukan byk duit pun. Nasib baik menan tu murah2 jer. Kalo memahal mmg kami takkan layan nya. Kedai perabot rotan seblah stesen mintak petronas tunjong. Nanti balik, boleh gi cari.;)

mak hayam,
mau le chantek. Kdg2 dia terlupa menan dia. Kalo tak, 2-3 hari dah hancuss...