Selasa, 20 November 2007

CEMAS

Kv pun taktau la kenapa yg kv ni lemah semangat sgt. Huhuu....

Dada rasa berdebar, gementar dan gemuruh tak tentu fasal. Aduh...sesak nafas gara2 irdina maisarah meragam. Kalo meragam biasa kv tak kisah sgt. Tp mungkin sbb colic.

Dia akan menangis petang hari. Nak2 time maghrib. Tu yg rasa cemas skt. Selalunya kv ok jer sbb dlm 30 - 40 minit dia akan berhenti melalak dan tido. Lps tu dia akan bangun menyusu dan tido semula. Sehari dua ni dia melalak lain macam skt. Langsung tak berhenti dan dekat2 nak hilang suara. Hmm..panik sungguh jd nya.

Kv teringat cerita kak wear yg bagi air musoffa dekat baby dia. Kv pun sms kak wear la tanya pendapat. Tp kv tak beli pun lg air musoffa tu sbb ada org yg tolong tgk kan dan buat 'air tawar' sekali. Pas tu teringat kut2 dia sakit perut. Org kelantan panggil 'sarat'. Kv pun tak tau la istilah apa tu. Hubby gi beli ubat 'sarat' dekat satu makcik tua dekat Chica Kubang kerian. Kami beri ubat tu sbb tgk najis dina dah campur hitam2 skt.

Tak tau la sbb ubat tu ke hapa, tp dina nampak ok skt. Cuma time maghrib tu dia menangis jgk tp tidak seteruk yg sebelumnya. Lps tu dia tido ok. Takde bangun menangis malam2. Tak tau la hari ni, harap semuanya kembali ok.

Kelmarin kv bawak dia gi klinik nak injek yg dua bulan. Berat semasa 4.5 kg. Meraung sakan bila kena injek. Yg kv nak tergelaknya bila doktor komen yg cara dina menangis sama cam abg dia danish. Hehe

Dia duduk rumah pengasuh ok jer. Takde meragam pun. Tido dan nyusu eok jer. Bagus jgk la mcm tu. Risau gak takut pengasuh bosan dgn dia kalo asyik melalak jer. Kv ni kan, tgk baby org meragam pun dah kenaling perut. Berdebar debar. Uish...apa la lemah semangat sungguh. Semua org ckp baby akan berhenti meragam bila umur empat bulan. Tp nak menunggu empat bulan tu rasanya macam bertahun. Kesian tgk baby dok menangis gitu. Tu pun kv dok ngan org tua. Kalo mcm org lain yg dok sendiri, lps tu jauh dr parent, tak tau la. Agaknya kv yg menangis dulu dari dina. Hhehe

6 ulasan:

kakLuna berkata...

KV....maaf banyak2 sbb baru tersedar yg KV dh abis pantang...baru je mengkhatam entry2 KV...ya ALLAH, comelnya irdina maisarah mcm mama dia...nama pun cantik...

baby meragam ada byk sebab, tp ye lah, cuba2lah ikhtiar apa yg patut, jgn lupa selawat dan zikir di telinganya,mudah2an dia faham kerisauan kita dan bertenang..

oren berkata...

aku kan, pernah la sampai satu tahap bila baby menangis tak berenti tu, aku tengok jek dia..nak pujuk pun tak reti dah..

WRA berkata...

baby meragam tu biasa la...dia nak cakap tak reti apa masalah dia...tapi kalau bunyik lain mcm tu, zikir2 la...baca 3 qul, al-fatihah, ayat kursi, hembus kat kepala atau satu badan...insyaAllah...

KV berkata...

kak luna,
mmg tak putus2 zikir dan baca ayat kursi. Lama2 dia berenti jgk nangis. Tp kita plk yg phobia. Hik hik

oren,
mmg aku kdg2 mati akal. Tak tau dah nak pujuk cemana. Huhu

kak wear,
mmg gitu lah. MIl siap mengaji lg kat telinga dia.

Mommy Lyna berkata...

ni saya sitilina, ni ID asben.

Hafiy xteriak kuat tp melalak dia tu stail merengek2. saja nak mengada kot.

saya ada sorang adik, ms baby 24jam melalak. puas jumpa ustat, bomoh, etc. tp xberenti2 jgk. masa tido je dia xteriak, time minum susu pun dia teriak jugak.

last2 mak saya biar je. habis usaha dah. skg dah 20 tahun umur dia. tgh amik kursus nk jadi ustat hehe.

KV berkata...

lina,
akak pun dah pegi jumpa 3 org yg selalunya ikhtiar dia menjadi. Tp takat ni gitu2 jer lah. Takpe lah kan, at least kita berikhtiar. Mcm2 petua org tua pun akak, hubby dan MIL buat. Last2 tenang kan fikiran, apa nak jadi pun kena lah hadapi dgn tenang. Insyaallah akan beransur hilang la tu. Sehari dua ni walo pun menangis tp tak mcm hari tu dah. Hati kita pun tak gusar sgt.;)