Rabu, 21 November 2007

NAMA

Masa peknen ari tu, kv mmg dok tercari cari nak taruk nama apa dekat baby. Junior dekat ofis ni awal2 dah bagi pinjam buku yg mengandungi nama2 dgn maksud sekali. Hari2 dia dok tanya dah jumpa ke belum nama yg berkenan.

Sbb dok konfius pasal jantina, jadi kv kena cari nama utk baby girl dan jgk baby boy. Naluri kv ntahapapantah masa tu. Sekali rasa baby boy. Sekali rasa baby girl. Hubby pulak langsung tak pikir. Kv jer yg dok kalut sensorang. Hehe

Last2 kalo baby boy kv nak taruk nama Iffat wajdi. Alamak, kv dah lupa la maksud iffat tu. Wajdi tu maksud dia 'kesayanganku'. Tp dlm dok cari nama baby boy tu, kena jgk cari nama baby girl. Dok terpikir ler nak taruk nama irdina maisarah. Maksud dia kehormatan dan kekayaan/kesenangan.

Bila tanya hubby, dia pun angguk jer. Tp bila kv jenguk blog kopi suam, anak dara dia pun nama irdina maisarah. Tu yg dia dok panggil deena tu. Kv pun dah hilang idea. Last2 pikir nak letak dania maisarah la pulak. Sbb dania tu dekat2 ngan nama danish. Hiks

Tp bila nak gi daftar, hubby ckp dia kurang berkenan dgn nama dania. Kv pun dah tak tau nak letak nama apa. Bila kv ckp yg kawan blog pun nama anak dia sama, hubby kata tak kisah lah. Lg pun bukan hari2 jumpa. Hik hik...betul jgk. Sbb malas nak pikir, kv setuju jer lah. Terus isi borang. Mmg anak kv tu dah ditakdirkan nama irdina maisarah lah kan? ;P

Yg nak tergelak nya, nama baby boy yg pengasuh dina jaga tu nama danial. Kalo la dina tu nama dania, agaknya pening pengasuh dan baby2 tu pun sama pening. Haha

Itu ler sedikit sebanyak cerita fasal nama anak. ;)

14 ulasan:

minnie berkata...

Irdina Maisara... Sedap nama tu... lembuut je bunyinya... suka... suka...

pB berkata...

Kak pB suko namo tu ...

Hok penting skali , anok tu sihat dan membesar dengae molek ...

dock gitu???

Oren... berkata...

aku plak, cari nama baby kat booth yang byk juai buku2 agama..dok ingat 2-3 nama, dan Naufal antara yang terpilih..tapi lupa la plka makna dia...

ari tu singgah semula ke booth tu..owwhh..maknanya pemurah...semoga anak bongsu nih murah rezekinya..

kasutVincci berkata...

minnie,
suka..suka..hik hik

kak pb,
sengoti, hok penting anok tu sihat walafiat. Hehe

oren,
macam aku cari nama utk danish dulu la. Nama dia danish azran, sampai sekarang aku lupa maksud azran tu. Teruk betul bab pelupa ni. Hik hik

nanonano berkata...

xpe, xpe..
sume sedap,
jangan name kasut suda..
buatnye dlu kak kV ngidam nk taruk,
kaseh carlo rino ke, nur bornia ke..
xke haru?
ishk !
:D

Yatie berkata...

nama dina tuh mmg manis, sedap dengar ... alahai, teringinnya nak namakan anak sendiri .. dah siap simpan 4 nama dah, sekalinya dua nama girl yg disimpan kena curi ( tanpa dorang ketahui, hehehe ) dek 2 org sepupu rapat hubby .. bilalah dpt nak bagi nama anak sendiri ... huhuhu ..

Masy berkata...

kiutnye nama! dina dina sebut byk2 kali cam dinar lak ;)

sitilina berkata...

bilo kito nokwat jupo dina & afi ni. hehe.

kasutVincci berkata...

nano,
tu dah kemaruk sgt dah tu. Haha

yatie,
insyaallah suatu hari nanti akan ada rezeki. Jgn jemu taw! Kv doakan.;)

masy,
dinar pun ok jugek. Makcik kaya! Makcik kaya!

lina,
huhu..bila la nok jupo. Mmg kalu tok kijo, tokleh nok gi mano2. Bimbang dina dok jerit sokmo. Nak nanti dia 'pulih' tak tau la bila. Insyaallah akan ada hari 'tu' nanti.;)

Sastri berkata...

sedap namanya... pandai KV pilih...

Alex Lacey berkata...

makno molek, itu hok penting...hehehe...

happyirfa berkata...

salam kv..
emm comenyo namo anok daro kv..
baru sempat kover citer2 kv yg lepas2.gerun dengar kv citer psl uri lekat kat dinding rahim.harap xde apa2

kasutVincci berkata...

sas,
mmg susah jgk nak taruk nama anak ni, walo pun byk yg molek, tp hati tak berkenan plk. Nanti sas sendiri pun mesti pening nak taruk nama anak. Kena bincang2 dgn BP tu. Hehe

kak wear,
betul tu. Yg penting maksud dia elok. Dok gitu? Hehe

irfa,
sampai la ni kv gerun dan trauma. Huhu..harapnya semua ok. Insyaallah

kakLuna berkata...

saya pulak ntah bila nk dpt baby girl...nak taruh nama Zahra Hanna..