Ahad, 11 November 2007

IRDINA MAISARAH

En3 ni kv cuba ringkaskan. Mungkin akan habis hari ni jgk, atau mungkin berepisod. Haha.. harapnya dpt habiskan lah.

11 sept 2007
Jam 8.15 mlm, kv dan hubby nak solat isya' dan makan mlm. Tetiba perasan 'turun air'. Makan dan siapkan barang2.
Jam 9.00 mlm sampai di pusat perubatan an-nisa'. Cek apa yg patut, masuk wad.

12 sept 2007
Jam 4.00 pg ~ sakit tak tertanggung. Cuba rileks.
Jam 4.30 pg ~ rasa mcm nak meneran tetiba. Kejutkan hubby. Hubby call bilik bersalin. Nurse dtg ambik dgn wheel chair. Bergegas doc mai sbb baby dah nak keluar. 3 kali push, jam 5.03 pg, selamat keluar irdina maisarah. Hubby pegang tgn dan gosok kepala kv sepanjang masa. bagi semangat. Sayang hubby!


Baby dina beberapa minit slps lahir dan dimandikan oleh nurse.

Doc Suzy ckp uri kv terlekat. Langsung tak ada tanda nak keluar sendiri. Setengah jam tunggu pun masih takde apa2. Doc cucuk ubat tido, cuba buang cara manual. Kv dibekalkan oksigen bantuan. Uri hanya dpt keluar 20% jer. Doc suzy ckp, kena buat dnc. Doc bincang dgn hubby. Katanya, kalo dnc pun tak lepas, kemungkinan besar rahim kena buang. Bayangkan lah, belum pun umur mencecah 29 tahun kv akan menopous. Tp kalo dah terpaksa, nak wat lagu mana. Nyawa yg lbh penting. Hubby bersetuju sahaja dgn segala saranan doktor.

Teringat lg masa tu hubby pegang tgn kv dan minta kv yakin dan percaya dgn segala keputusan yg dia buat. Hubby kata dia redha kalau Allah dah tentukan dia hanya mampu memiliki 2 org zuriat. Nyawa kv lbh penting.

Jam 8.00pg, pakar bius sampai. Doktor bedah (Dr mama) dan pakar ginekologi (Dr suzy) berganding masa buat dnc. Sebelum masuk OT, dr mama berkali kali bincang dgn hubby. Tak putus2 mintak hubby dan kv berdoa, berselawat agar proses dnc berjaya.

Hubby iringi kv ke OT. DR mama panggil hubby sebelum kv di tolak ke bilik OT. DIa bagi hubby peluang nak ckp atau bagi semangat dekat kv. Kata dr mama, insyaallah peluang berjaya buat dnc cerah. Kv dan hubby hanya berserah. Perasan masa tu mmg tak boleh nak cerita. Plg penting, selamatkan nyawa. Kalau diizinkanNYA.

Setengah jam dlm OT, alhamdulillah proses dnc berjaya. Masa buat dnc tu, pembantu2 bilik bedah bergilir gilir pegang tangan kv berselawat dan memberi semangat. Rasa terharu sgt2.

Selesai semua kv ditolak ke wad utk pengawasan nurse sementara dihantar ke bilik kv. Dr suzy dtg bercakap dgn hubby. Masih ada uri yg tertinggal sbb ia mcm dah sedaging dgn dinding rahim. Kalo buat jgk mungkin tumpah darah. Doc injek ubat kemo dos plg rendah utk mengecutkan tisu2 yg tertinggal.

Bilik kv masa dekat Pusat perubatan an-nisa'. Alhamdulillah walopun kecik tp kemudahan cukup dan selesa.



baby dina masa dihantar ke bilik kv. Lps tu nurse jaga dia kat nursey sbb nak suruh kv rehat sepenuhnya.

Pemeriksaan susulan.

Seminggu sekali kv akan jumpa dr suzy utk buat pemeriksaan susulan. Setiap kali ultra sound dibuat, 'tisu' tu tetap melekat di dinding rahim walo pun rahim dah mengecut elok dan kembali duduk tempat asal dia. 3kali sampel darah kv diambik untuk dilihat kadar hormon HCG. Ujian darah menunjukkan proses penyembuhan yg ketara. Mula2 tu sekiranya ujian darah terakhir tidak menunjukkan perubahan doktor bercadang nak injek sekali lg ubat kemo. Tp tak jadi sbb dah ok. Cuma untuk pemeriksaan seterusnya, kv perlu menunggu period yg pertama. Sbb pendapat doktor2 pakar, mungkin tisu yg mati tu akan gugur semasa period. Moga2 macam tu lah.

Walo pun dah 61 hari (hari ni) darah nifas masih ada. Yer lah. sbb kv bermasalah, mungkin proses penyembuhannya lain sikit dr yg normal. Ubat spital doktor dah tak bagi. Cuma sekarang kv makan gamogen dan jamu utk pemulihan dan menambahkan tenaga.

Alhamdulillah dr hari ke sehari kv rasa makin sihat. Masa 3 minggu pertama slps kelahiran mmg kv langsung tak bermaya. Tak boleh bangun sbb pening. Selalu muntah2. Masa tu kv rasa risau takut berlanjutan macam tu. Emosi terganggu dan betul2 tertekan. Sampai satu tahap kv rasa kv takkan sembuh. Sbb setiap kali tisu mati nak keluar, akan terjadi tumpah darah. Ada sekali tu mmg darah memancut macut keluar macam air paip. Kv kontrol perasan, tabah kan hati dan kuatkan semangat. Kalo kv ikut dan layan perasaan, kesian dekat hubby sbb dia betul2 risau dekat kv sampai tido pun tak lena. Sepanjang itu, hubby yg uruskan rumahtangga, danish dan baby dina. Dah la bulan puasa. Kv menagis sorok2 sbb terlalu kesiankan dia yg kepenatan. Mmg depan kv dia selalu ckp yg dia ok, asal kv sembuh dan sihat jer.

Tak terucap bagaimana perasaan kv. Masa tu mmg betul2 kv rasa kasih sayang seorang suami. Rasa menyesal sbb kdg2 selalu menyakitkan hati dia. Betapa besar nya pengorbanan dia pd kv dan anak2. Alhamdulillah, kv benar2 bersyukur dikurnia dan dijodohkan dengan dia.;)


Baby dina sekarang. Dah pandai senyum dan gelak bila di agah. Dan jugak pandai nak meragam bila kemahuannya lambat dituturi. Nak susu diberi soother, nak soother di beri susu. Apa lg, melalak sakan ler.

Dikesempatan ini juga kv nak ucapkan terima kasih byk2 buat kakitangan pusat perubatan an nisa terutama dr suziati, dr.mama, kak wan dan yg lain2. Juga adik2 nurse yg buat training kat situ.

Terimakasih jugak buat kawan2 alam maya yg sudi meng'sms' bertanya khabar dan mengucapkan tahniah.

Buat keluarga dan kawan2 yg tak putus2 dtg menziarah bertanya khabar sama ada di hospital atau pun dirumah. Buat abang angkat kami, Zaidi yg sampai sejurus kv keluar dr bilik bedah dan smua yg mungkin kv terlupa catatkan di sini.

Dan istimewa buat kak pb yg sudi mengumumkannya kat blog kv. Sayang akak. Maaf raya hari tu tok leh jumpa sbb masalah kesihatan. Mugkin lps ni ada jodoh, manatahu,kan?

9 ulasan:

Mommy Lyna berkata...

terharunya baco birth story kak KV... alhamdulillah selamat semua kam.. baby dina comel la.. bilo bleh tengok ek hehehe. dekat doh rumos...

AppleB berkata...

syukurlah ko dah kembali sihat dan sangat tabah melalui segala dugaaan. sib baik ada laki yg sangat caring kan kan kann hahhahahahaah.

nak pinjam dina yg comel tu bleh tak?? geram lak tengok

selamat kembali bekerja ok.

oren berkata...

huhu..teruk jugak kali nih ek? harap2 tak le rasa serik nak meramaikan umat lagi..

sbb tu syurga bawah tapak kaki ibu :)

nanonano berkata...

rumitnye :|
tp alhamdulillah..kak kV slamat :)
besar ar baby kak kV,
mesti 3kg lebey cmtuh kn?

Eddie Putera berkata...

semuga ketabahan dan keinsafan menjadi kekuatan untuk mu sekeluarga menempuh hari hari muka.. Insyallah.. semua akan tanggung bereehhhhh...

Nik Ha berkata...

Selamat kembali ke alam blog. Rindunya. Alhamdulillah sume slmt. Teharu btl dgn cite cik abe tu. Mmg masa tu kita rasa sgt2 disayangikan..he..he..

Bila masuk keje?

NBK466 berkata...

Alhamdulillah semuanay selamattttt.. Gitulah besarnya pengorbanan seorang ibu..hhu..hu..hu..

KV berkata...

sitilina,
insyaallah ada rezeki akan berjumpa suatu hari nanti.;)

apple,
kan? very der caring laki aku. Huhuu..aku jer tak sedar diri. Tp dah sedar dan bersyukur sesangat!
Nak pinjam baby dina, dtg ler rumah aku.;)

oren,
setakat ni rasa trauma dan phobia tu masih menghantu. Masa depan seksok tatau ler:)

nanonano,
baby dina masa lahir 2.9kg jer. Rasanya skrg dah 4-5kg kut. Belum timbang umur 2 bulan.

abg adie,
mmg sungguh menginsafkan. Setiap masa dan saat mengingati DIA.

kak nik,
kv tak sempat lg jenguk blog akak. Lps ni harus pegi. Kv mula keje ahad lps (11 nov).
Mmg terharu sungguh dgn pengorbanan hubby!

abg shahrul,
tu ler, harap semua suami meghargai isteri dorang.;)

Mrs.A berkata...

Salam KV..
Maaf terlewat benar membaca posting KV.. Rasa serba tak kena baca cerita KV... bertapa besarnya kasih seorang ibu melahirkan kita.. Sayu.. sedih... simpati.. menyabung nyawa...

Semoga KV cepat pulih..