Ahad, 2 September 2007

MASIH DI SINI

(amaran: en3 ni agak pjg, jgn semput nafas udah!)

Yuuhuuu....kv masih lg bersiaran. Hik hik.

Now dah masuk minggu ke ampat pulus (40). Bila la dak baby ni nak kluar melihat dunia. Tak sabar2 dah rasanya mama nak melihat ni wei. Agaknya sedap jer dok dlm perut mama yer?


Kv still mai kerja. Lg pun tak de buat apa sgt. Puas blogging, jalan2 pusing ofis ni. Ni pegi kedai tak larat dgn panas membahang. Pas tu borak2 ,anyam ketupat. Hik hik. Kalo dok rumah pun boring sbb hubby takde. Yer lah, apa kejadahnya dia nak cuti sedang kan kv takde apa2 lg. So, kv pun mai la kerja. Ofis mate hari2 dok perli boring tgk mak buyung. Huhuhu...kalo boleh kv pun malas dah nak usung perut ni. Tak larat nak naik tangga nak gi bhg admin. Pastu nak gi solat. Tak pe, senaman bagus utk proses bersalin. Kena la jalan byk2.

Okeh, cerita pasal cuti2 merdeka kv n co.

Sebelah pagi (jumaat) lps hubby balik meracun semak samun/ lalang dlm kebun (tak habis2 lagi weh), kami pun gi pasar siti khadijah. Dah lewat dlm 9.30 lbh kurang. Masih ramai lg manusia walopun perarakan merdeka dah habis. Masuk pasar, beli ikan kerapu bara, ikan talapia dan ikan tuko (ikan pari saiz kecik - sedapnya hati ikan ni).













Ni ler rupa ikan kerapu bara dan talapia tuh. (abaikan kaki dak danish tu)











Danish sempat posing ngan ikan kerapu bara tu sblm di potong kecik2 oleh abahnya.














Lagi posing maut.









Tak lupa jugak, beli kacang rebus, cek mek, asam limau nipis, asam limau kasturi dan buah perah rebus.




Ni ler rupa buah perah tu. Pokok dia dlm hutan. Lbh kurang pokok getah. Ni makanan org kampung. Org dulu2 mana ada canggih cam org skrg. Kv beli ni pun nak mengimbas nostalgia masa kecik. Kak pb, masa dok dabong mulo dae kenal ko dok buoh pperroh ni?








Isi buah perah. Kv selalu makan yg dijeruk. Isi dia rangup. Rasa dia pelik. Kalo tak biasa mmg tak boleh makan. Hubby kv mmg tak gemar langsung. Yer la, kv kan anak jati kampung. Hik hik
Tapi yg ni versi rebus. Rasa mcm ubi. Tak berapa nak kaw rasa dia.











Ni pun satu lagi gambar isi buah perah tu.





Sambil2 lepak kat pangkin (slps masak utk lunch), hubby ngn danish suka layan anak kucing yg dua ekor tu. tatau la kucing sapa, tp beranak kat rumah tu. TP yg bagusnya, kucing ni dok lepak kat bawah tumah jer. Tak naik ke rumah. Kv tak suka pelihara kucing sbb malas nak uruskan makan minum dan bersih kan najis dia.

salah sekor anak kucing tu. Ni hubby taruk nama manja sbb dia manja overdose. Bulu dia cantik dan comel. Mcm kapas. Agaknya mak dia dulu tuut ngan kucing ala2 whiskas tu kut. Ada sekor lg kaler hitam. Full black. Yg tu lg gemok. Hubby letak nama parang kontot sbb dia langsung takde ekor. nak snap gambar tak boleh sbb parang kontot tu garang overdose. Menyembur nyembur mcm ular senduk!


Ptg lps solat asar tatau nak buat apa benda. Hubby kempunan nak makan nasik kukus. Tatau la kakak taruk spenda ke apa. Tiap2 minggu mesti beli. Selalu hari khamis dia meniaga pasar mlm kat rumah jer. Tp hari jumaat, nun jauh di pantai irama bachok. So, moh ke bachok ler kita.

Sebelum ke tapak pasar mlm tu, danish merengek nak maian kat playground. Main gelungsur. Layan dia sat.






Kv n co kat pantai irama bachok.;)







Kat pasar mlm tak de beli apa sgt. Nasi kukus, apam balik, putu halba dan milo beng utk danish. 7.40 mlm baru sampai kat rumah

Lps solat isya' hubby racun kv ajak gi tgk perarakan kereta berhias kat pasir puteh. Nanti boleh tgk pertunjukan bunga api sekali. So, layan jer lah sbb ambang merdeka kami tak pergi.;)







antara kereta berhias yg tak berhias pun.










perarakan merdeka. Tp tak sempat nak tgk bunga api sbb takde port nak letak kete. Penuh ngan manusia. Last2 balik jer.11.30 mlm sampai kat rumah.





Hari sabtu pagi2 lg gi kota bharu. MIL nak beli stok selipar utk kedai dia. Tp syg, kedai tutup ganti cuti merdeka. Mulanya ingat nak singgah kedai perabut yg nak tutup gudang (sblh hotel perdana tu) tp awal sgt, kedai masih blum bukak. SO, balik jer lah.

Lepak kat pangkin sampai gelap. Solat maghrib tu kami kluar. Jalan2 cari makan. Singgah food court 'teh o beng 50 sen' (nama betul ni) dekat traffic light kbg kerian. Makan satay, colek paru + perut dan 2 pinggan chicken chop. Air teh o beng dan teh o beng limau. Semua tu 16 ringgit jer. Huhuhu

Pastu kemana lg kalo bukan ke kb mall. Hahaha. Kasik la can, lps ni 2 bln tak leh gi. Hik hik. Pusing sana sini dah 10 lbh. Singgah pasar mlm tgh bandar sbb hubby nak beli kopiah. Nak tunggu org balik mekah lambat lg. Heheehe

Berakhir lah cuti2 mrdeka kv n co. Pjg nya en3 kv.;P

12 ulasan:

HAPPYIRFA berkata...

SALAM KV..
emm nok komen pasal buah peroh tu.sedap hok jeruk.lo ni x jupo doh.ado lagi ko?silap buat/kalu x pandai jeruk ..demo kato buleh mabuk.yo ko?

Mommy Lyna berkata...

sukonyo tengok gamba koto baru.
bakalih baby nok sambuk merdeka dulu tuh kot. nati kak kv deliver mano? kalo HKB bulis surus member oghe jong sambuk :D

Biarlah rahsia berkata...

bestnya kehidupan KV...hepi memanjang...k.bie pun nakgi cr lah kedai teh beng 50 sen tuh(dekat KFC ker KK tu ker)...hikhikhik...kami nie br lg kat kelantan..byk kedai taktahu...12 thn duk KL...suami plak...dia sibuk ke hulu ke hilir lg laa tak sempat nk pegi kedai mkn...asyik nk mkn kat rumah jea...breakfast pg2 jea rajin mkn kat kedai..

KV berkata...

irfa,
buah perah tu jarang nak jumpa. Mmg org ckp kalu silap buat boleh mabuk. So, hati2. Hik hik

sitilina,
akak cadang nak tuut kat annisa, tp kena tgk dlu cemana kut2 karang berusung ke husm pulak. Hehe..
Rasanya bukan kat hkb kut.

kak bie,
adoii la, kv lupa la pasal tanah yg kak bie tanya itu hari. Nanti kv semak balik.
Food court tu sebelah post office kbg kerian tu. Gi la try. Roti bakar arang batu pun ada.;)

pB berkata...

Salammmm ...

Adoi lar ....
Buoh peroh...??
Buoh gapo tu ....??
Kak pB tak rajing makae weh ....

Banyok sungguh bendo hok kak pB tok rajing makae....

Harap harap kelik rayo ni, buleh la g ghumoh kV ....
Nok g kelih baby baghu ...
(tapi keno tengok angin che aBear lar dulu....)

Sastri berkata...

mak aiii... besonye ikan kerapu tu... merah lak tu... isk isk... menakutkan pun ada...

buah perah? tak penah mamam la kv... apa ek rasanya?

Kaklong Syikin berkata...

salam,

ha ah la, kalau dah tiba masanya tu,mmg nak cpt baby keluor dah, tak larat nak usung, sbbnya rasa dah terik kat bahagian bawah perut tu.

merahnya ikan kerapu bara tu..takut pulak tgk kalernya. besor pun ya gak..

hehe..lawaklah istilah manja overdose tu, lagi satu kereta berhias tak berapa berhias hihi.

pjoe berkata...

sedap ke ikan kerapu tu kak?
kalau ikan tuko tu faveret la!
besar jgk ikan tu
nak sama besar dgn danish
hehehe

KV berkata...

kak pb,
taok apo lah, tgk angin che abear dulu. Kalu dia cool, ok lah. Kv pun paham. Hik hik..
Tu lar, dok sero doh kak pb tok kenal buoh peroh tu.

sas,
agaknya dlm hutan kat johor ada kut, tp org sana tak makan. Agaknya lah tu. Hi hi..
Rasa dia agak pelik, isi mcm buah getah cuma bentuk lonjong.

kak long,
lama tak dengar khabar. Sihat dih? Hmm...terik kat 'bawah' ni mmg tak boleh nak cerita lah. Tak sanggup nak menanggung dah. Hehe
Ikan kerapu besar gitu, harga dia dlm rm 35 jer. Murah kan?;)

joe,
tak pernah makan kerapu bara? Kak kv, semua spesis kerapu mmg suka. Kerapu bunga, bara, jalur, batu, semua pulun. Plg best masak kukus. Terangkat. Masak jenis lain pun ok. Isi dia pejal dan manis. Tp kena yg segar lah. Kalo mata dah merah, langsung tak best.

Aku Bukan Bidadari berkata...

KV..apsal conteng arang ke muka kekekeee..

selamat berpuasa.. ramadhan is just around the corner!

KV berkata...

tiara,
sbb segan. Ehehe

Acik Wawa berkata...

aslmkm kak kv .. mane nk cari buah perah ni ye ... ade resipi yg kena guna buah perah ni