Khamis, 30 Ogos 2007

SALAM MERDEKA

Esok dah merdeka yg ke 50. Selamat hari merdeka MALAYSIA. Fuyyoh...begitu patriotik che KV. Hik hik

Oh ya, menambahkan semangat menyambut kemerdekaan, tahniah ler buat skuad bawah 23 kerana menghadiahkan piala pesta bola merdeka buat malaysia mlm td.

Ironiknya, kv ni kan, kalo tgk siran langsung apa2 perlawanan yg membabitkan malaysia mesti la pasukan malaysia tu tak berapa nak menang. Tu yg terpaksa tukar channel lain dan tgk kejap2 jer. Bila tgk 1-0 masa dah masuk separuh masa kedua, rasa surpised githoo. Pastu cemas. Hik hik..kena la tukar channel lain plk. Tgk csi. Bila tgk kembali dah 3-1. Lagi la surprised kaedahnya.

Hohoho...best aa. Feeling tu tak leh nak cerita. Mmg syok abih. Nak2 time tgk sultan pahang peluk pemain2 yg basah kuyup berpeluh tu. Bergenang ayaq mata. Terharu beb! Tahniah pasukan bawah 23 malaysia. Caya lah!!

Cuti merdeka kv & co takdak plan nak gi mana2. Mlm ni hubby ajak gi tgk bunga api kat stadium. Bukan dlm stadium pun acctually. Kat2 luar tu jer. Katanya nak bawak danish tgk bunga api besor. Budak tu tak pernah tgk pun in real. Tp kv tak mo pegi lah. Karang tak pasal2 bermasalah kat sana, baik kv rehat kat rumah jer. May be hubby pegi ngan danish. Tu pun kalo danish tido lewat. Hik hik.

Salam merdeka lah buat semua rakan2 blogger. Apa pengertian merdeka buat kita? Bagi kv, merdeka itu nikmat, nikmat berdiri atas kaki sendiri. Rasa puas kan? Mmg byk jasa pemimpin2 dulu yg memperjuangkan kemerdekaan.

Balik cerita lain. Dr hari ke sehari kv rasa makin tak larat. Berat baby yg kv dok usung ke sana ke mari ni rasa dah tak tertanggung dah. Makin berat rasanya. Bila la baby ni nak keluar? Tak sabar rasanya nak tgk baby yg asyik dok berjoget dlm perut mama ni. Yg tak tahan nya, time 10 malam mmg aktif giler. Sampaikan terbeliak bijik mata danish tgk perut kv bergerak gerak. Hik hik..

Di kesempatan ini juger, kv nak mohon maaf buat semua rakan2 blogger. Mana la tau mana2 tulisan (taip benornyo), ulasan, komen dan sebagainya yg menyakitkan hati mana2 blogger. Mungkin kv tak perasan. Kalo disengajakan tu mmg TIDAK sekali. Mana lah tau kan, kut2 minggu depan kv bersalin ker. Doakan kesejahteraan kv, occay! Takut weh..

Oh ya, dah nak tiba bulan puasa ni. Dlm seminggu lbh lg. Cemana persiapan? Puasa dah abih ganti? Kat rumah kv tu, bunyi mercun dum dam sana dum dan sini. Mmg havoc lah. Mcm mlm2 ramadhan plk rasanya. Cepat betul stok mercun sampai. Mcm2 lah.

9 ulasan:

sitilina berkata...

wah bestnya bole pegi tgk bunga api. kita malam ni konfem lay park kat umah aje la. sambil layan org main futsol. hehehe.

kasutVincci berkata...

siti,
kak kv pun rasanya tak pegi kut. Dah sarat sgt ni rasa nya takmo ada masalah, karang stuck dlm jem tak ke haru. Hik hik

Masy berkata...

sy cuak klu tgk bola, hahahaha rasa mcm nk saket jantong je. tp mlm td layaaaaaan. malangnya 3 gol mesia sy tlepas, tp 1 gol myanmar tu sy tgk plak, tensen betoi!~

sitilina berkata...

kak KV,

tau x... td kita nap kejap. sekali mimpi jumpa akak. muahahahahaha.

cemana tuh.

Sastri berkata...

hmmm... harap2 masih boleh nampak bunga api dari balcony rumah sas tu... maklumlaa condo yang sedang dibina tu telah banyak 'merompak' pemandangan yang cantik dari balcony tu haa...

YuszTieY berkata...

merdeka..merdeka..merdeka...heheheee..

kasutVincci berkata...

masy,
mmg boleh sakit jantung dibuek nya eh. hik hik.. alhamdulillah, malaysia menang jgk. Hensem nya zaquan adha. haha

siti,
dlm mimpi tu akak lawa ke idak?
Hahhahahaa...jgn maree!!!

sas,
klcc dan kl tower masih nampak lg ker? Alahai...tak syok nya!

kasutVincci berkata...

yustiey,
kat sana takde sambutan ker? Cucuh la bunga api. Hehe

sitilina berkata...

hehe. lawa kaklosh.