Selasa, 28 Ogos 2007

danish dan adik

Pagi ni kv gi rutin check up. Takde benda yg menarik pun. Misi tak scan pun. Geram betul. Vitamin pun kv malas nak ambik. Hmm..
Baby kuat sungguh gerak nya. Senak perut kena cucuk, kena tendang. Sampai abg dia si danish tu selalu tanya adik baby tgh buat apa. Mcm2 kv jawab. Dia geliat, dia menari, dia tido. Danish pulak ye ye jer. Entah dia paham ke tidak. Hehe
Satu yg kv perasan ngan perangai si abang ialah tak nak berkongsi. Dia kan dah terbiasa sorang2. Takde nak syer bagai dgn sesapa. So, bila kami dok usik2 dia pasti dia tensyen. Hik hik..
Baby kot tak nak bagi dekat adik baby. FYI dia masih tido dlm baby kot. Terpaksa la kami beli satu lg. Bila diusik tanya adik baby nanti nak tido kat mana, dia ckp "mama kan dah beli katil utk adik baby, bakul pun ada, tido dlm tu lah". Mama balas balik " abih tu, abg danish ak tido kat mana?" Sengih2 dia jawab, "tido atas katil abah lah". Huhu..dia tido ngan abah, adik baby tido sensorang dlm baby kot tu.
Lagi satu, dia perasan yg bila dah ada adik baby nanti dia dah tak nak nyonyot botol dah. Hmm... boleh caya ker? Kv tanya dia gitu. Sungguh2 dia mengiakan. Segala mainan dan kenderaan dia (walo pun dah tak sepadan) tak nak kasi dekat adik baby. Alasan dia adik baby kecik lg. Tak boleh main.
Hehe..kv ngan hubby mmg suka usik dia. Selalu buli dia. Lagi pun mulut dia tak berhenti menceceh. Penat nak menjawab segala soalan dia. Harapnya, dia boleh menjadi abang yg betanggungjawab lah pd adik dia.;)






Adik baby danish yg berusia 38+ minggu.






Gambar abang danish yg bergaya dgn spek mata tersembul. Tatau la kat mana dia ambil. Dlm kedai MIL kut. ;)


Ni ler rupa dr dekat spek mata tersembul tu. Siap urat mata merah bagai lagi. Haha..mcm2 mainan bebudak sekarang.

Ni video yg hubby ambik masa dia naik kapal terbang masa kat funfair hari tu. Kv try masukkan dlm blog. Tak sangka dpt plk. Hiks

8 ulasan:

kakLuna berkata...

ehm,hm,hm...perut tu cam baby girl je..hehe

alia elena berkata...

semoga danish dpt baby girl erkk..hiks

KV berkata...

kak luna,
yer ker? Ahahaha..biar lah rahsia. Kv pun tatau benornya. Hik hik

mamabat,
moga2.Amin..

blackpurple @ jowopinter berkata...

Isk! Ngeri tengok mata si Danish tu..he he he!

Jaga diri KV.

aNIe berkata...

Hehehe...KV...jgn dipakaikan danish cermin mata tu depan adik dia nanti...terperanjat baby tu nanti...heheheh...

Sastri berkata...

uih...besarnya baby tu... takpe, asalkan sihat... kalau dapat baby girl, mesti byk shopping sbb tak tahan tgk baju baby girl yang pelbagai fesyen, comel2 lak tu... keskeskes...

KV berkata...

BP,
kv memula tgk tu mmg terperanjat jgk. Macam2 lah!

kak lady,
he he he...

sas,
adoi sas, cepat2 ler langsung. Tak sabar nak tgk baby sas nantu. Mesti kiyut miyut. Hehe

NBK466 berkata...

Idok besar sangat perutnya..maybe baby girl kot..he.he.he.. KAKAK pulak tak lama pakai baby cord sbb mem kata levelnya tak sama tinggi dgn katil so that susah nak keluar masukkan baby.