Ahad, 26 Ogos 2007

Dan sekolah pun dibuka

Hari ni, kelantan dah bermula sesi persekolahan. Musim kenduri pun dah habis lah gamaknya. Pagi ni, suasana sibuk semula di jalan2. Maklumlah, hari pertama sekolah, nampaknya parent2 pun sibuk hantar anak2.

Dah sibuk kalut mcm tu, mcm2 pesen kita akan jumpa cara org bawak kereta. Yg pasti, hati mendidih pagi2. Sejuk embun (masih bersisa) tak dpt nak sejukkan panas di hati. Entah lah, tp kv perasan sejak akhir2 ni, ramai org bawak kereta ikut dan. Nak kluar, nak masuk tanpa signal. Mlm tadi, berapa kali kv & co melihat suasana yg boleh menyebabkan kemalangan. Hanya nasib baik, mungkin cepat sesaat. Tp kita yg melihat tu bagai tiada jantung di dada. Terbang entah ke mana. Mengucap panjang. Entah berapa kali kv berdoa supaya diselamatkan perjalanan kami. Mmg gerun.

Kv pun tatau la nak komen sikap pemandu ni. Bukan nak ckp kita best, kita baik. Tp kalo sama2 hati2 dan timbang rasa, kan elok. Jgn la bawak membabi buta. Rasa nya kalo org luar kelantan yg mai jalan2 kat kelantan, mmg harus kena serangan sakit jantung kut. Kv yg dah terbiasa dan mmg pure org kelantan pun rasa 'semacam'. So, pelancong2 luar, lain kali kalo mai kelantan, hati2 skt yach!

Kita tinggalkan lah isu tu. Kata org ajal maut ditangan tuhan. Walau perjalanan jauh atau dekat, tp kalo dah ditakdirkan berlaku kemalangan mmg tak boleh nak elak. Tp kalo langsung tak berusaha mengelak pun tak boleh jugak kan?

Nak cerita apa ek? 2-3 hari tak bukak blog, byk jgk cerita rasanya. Hari rabu, tgh hari kv blk rumah mak. Selain nak menunjukkan diri pd mak (kesian dia risau kan kv), kv gak nak jumpa anak2 buah yg belum sempat kv jumpa. Sekolah dah nak buka pun. Balik jenguk gak kakak kv yg dah terlantar 2 minggu tak larat nak bangun tu (dia sakit kanser pangkal rahim).

Katanya, dia dah rujuk pd husm, tp bila di scan (eh apa benda nama scanner yg lbh canggih dr ct scan tu?). Penyakit dia dah ok. Takde tanda baru yg tumbuh. Tp dia tak larat langsung nak bangun. Kv pun tatau nak komen apa la plk. Cemana ek?

Ziarah jgk cucu saudara kv yg dah 2 bulan tu. Baru habis pantang (mak dia anak buah kv yg tua setahun dr kv). Dah selamat sampai kl pun ptg kelmarin. Raya ni insyaallah dpt jumpa kembali.

Hari khamis, kv ambik mc. Mc menipu. Tp kalo ikut kan mmg kv layak ambik mc pun. Dah tak berapa larat nak jalan. Dah selalu cramp kaki dan peha. Tp kv geram dgn perangai bos kv yg macam takde otak (sori bahasa sedikit kasar). Ada ke patut, dia takmo gi meeting dekat HQ dia paksa kv pegi. Kononnya alasan dia, org nak meminang anak buah dia. Meeting tu belah pagi, meminang nya sebelah ptg. Mmg hantu betul!

Kv dah ckp ngan dia kv tak larat nak jalan. Lg pun tingkat tiga nak panjat tangga tu, kalo apa jadi, bkn dia blh bertanggungjawab pun. Malas nak bertekak kv ia kan aje. Hmm..balik kerja terus beli mc. Kalo bkn sbb masalah kesihatan, kv takde hal pun nak hadir meeting tu. Agaknya kalo bini dia gitu, sanggup tak dia buat lagu tu. Hish...Mmg kalo panjat2 tangga ni selalu kaki kv akan cramp. Kalo jalan biasa tak kisah lg. Lg tambah geram sbb di beri alasan bodoh tak nak pegi meeting tu. Bukannya takde org lain pun selain dr kv yg masih 'gagah perkasa'.

Hari jumaat takde benda yg menarik. Mlm nya ingat nak bawak danish gi kfc kubang kerian. Dah lama dia dok tuntut nak main gelungsur kat kfc tu. Kesian jgk. Budak2 kan. Bila sampai, umat punya la ramai. Mmg padat lah. Kv n hubby dah mati kutu tatau nak bawak dia pegi mana. Mmg kalu nak bawak dia gi mana2, kami takkan ckp ngan dia dulu, sbb kalo tak jadi mmg dia tensyen sgt2.

Pusing2 bandar kota bharu. Tgk ramai betul org. Kat mana2 pun penuh. Hubby decided gi taman indera mahkota sebelah pejabat SUK. Kat situ pun ada playground. Makan chicken chop kat mama chop papa grill kat situ. Seronok bukan main danish main segala mainan kat situ. Benar lah kata org, senyuman anak penawar segala duka dan penat lelah. Kan?

Pagi sabtu gi kota bharu kejap. Hubby beli stok prepaid kat stadium. Balik dah tgh hari. Lps mkn dan solat zuhur tak boleh nak tido (huhu) sbb tunggu satu rombongan.

Hiks.. nak tergelak jgk rasanya. Mcm org zaman dulu2. Hubby ada sorang kawan lelaki (kwn kv jgk sebenarnya). Umurnya tua setahun dua dr hubby. Org nya setakat kami kenal mmg baik tp pemalu sgt2. Masih takde gefren. Hubby plk kenal kan dgn 2 pupu dia kami kenal mmg sesuai lah dgn kwn hubby ni.

Dorang berkenalan dgn telefon jer. Yg pompuan kerja kat cheras. Sang jejaka kerja kat kampung. Dorang belum lihat wajah masing2. Hubby plk, bila dah sampaikan hajat sang jejaka nak berkenalan tu, terus tak campur tgn. Nak biarkan dorang uruskan sendiri. Tetiba, sang jejaka ni dtg dgn family dia nak berkenalan dgn bdk pompuan ni beserta ngan family dia.

Aduh..kut ye pun kenal lah dulu masing2. Ni belum tgk wajah dah masing2 family nak jumpa. Haru betul. Terpaksa la kami mainkan peranan sbg org tgh plk. Majlis berjalan lancar. Tgk dr respon masing2 rasanya akan dipanjangkan lg. Insyaallah kalo ada jodoh pertemuan. Kv doakan kebahagiaan buat mereka.

Mlm nya gi kb mall. Bak kata korang lah, tak lengkap hari minggu kv n co kalo tak gi kb mall. Hahaha (eh, cemana dlm pantang nanti yer??). Makan kfc lg (permintaan danish). Kv ngan hubby pun layan jer. Balik tu, pusing bandar, saja nak tgk org. Masih lg penuh dn umat. Ramai betul org balik kampung ye? Pelancong luar pun ramai.;)

2 ulasan:

Mummy Rizq berkata...

hi kv! ingatkan dah selamat bersalin td coz last week blog tak berupdate! hee.. hee.. rupanya masih sempat ronda KB mall yach!

KV berkata...

mar,
penangan kb mall tu. Hahaha