Rabu, 22 Ogos 2007

BIZI LA SIKIT

2 hari tak hupdate. Terbizi sikit kaedahnya. Bukan bizi kerja pun. Tp byk urusan lain.

Hari Isnin (pagi) danish masih demam. Kv tinggalkan jugak dia utk dtg kerja. Janji ngan dia nak kerja separuh hari jer. Terpaksa lah ponteng. Balik tu dia dah makin ok. Alhamdulillah.

Rehat kejap, lps solat asar kv gi ziarah baby baru kawan kv, pn. Sukma. Dekat jer ngan rumah. Sementara ada peluang lg ni, kut2 'meletup' dah karang, tak boleh gi mana2 dah. Balik dr rumah sukma, kv mengadap tv, tgk manjalara. Hiks! Hubby lak gi ambik buah dokong kat kebun sbb nak bawak gi ofis.

Bila dah ada buah dokong tu, apa lagi. Makan tak ingat la. Lps satu, satu. Sampai 'sekok' perut. Hahaha. Tido mlm, walopun dah ok demam, tp danish meragam plk. Bangun utk tenang kan dia, tetiba prut kv sakit. Memulas mulas dan pinggang dah rasa cam nak putus. Walau pun selalu sakit gitu, tp tahap kesakitan utk yg ini mmg kuat sgt. Berpeluh peluh tahan sakit.

Kv tgk jam baru 12 mlm. Jam 1 lbh, kejutkan hubby bagitau dekat dia. Hubby plk jenis panik. Geram betul. Kena cool down dia dulu. Kv bukan apa, at least boleh lah bincang2. Ni dok sakit sorang2, suspen jer rasa.

Hubby ajak gi spital, tp kv takmo dulu sbb takut bukan sakit nak bersalin. Lama berkeadaan gitu, hubby nak kejutkan MIL tp kv kata, biar dulu. Hubby urutkan belakang dan pinggang. Sakit masih tak hilang tp kv baring jer. Lama2 tu berkurangan sikit. Kv suh hubby tido dulu. At least dia boleh rehat kjp. Kalo apa2 kv kejutkan dia balik.

Sampai pkl 5 pg baru kv lena balik. Perut dah mula meragam sbb dah kembung. Tp alhamdulillah keadaan makin stabil. Lega rasanya. Kv gi jgk kerja sbb pg tu ada appoinment kat klinik. At least boleh tau kalo apa yg 'mencurigakan'. Ingatkan misi/doktor nak scan bagai bila dah bagitau sakit2 tu. Tp takdenya pun. Malas nak kecoh kv biarkan lah.

Masuk ofis semula, hubby ajak gi buat pemeriksaan kat pusat rawatan islam annisa. Nak buka buku, in case kalo nak bersalin kat annisa, kami dah daftar. Before tu ke jpj dulu ambik surat pelepasan hak milik bank kereta yg kami jual dulu. Lambat betul baru blh tukar nama. Pastu ke pejabat tanah nak tanya status permohonan pecah bahagian tanah kami tu. Alhmadulillah DO dah sign. Kami ambik surat tu utk diberi pd juru ukur. Harapnya semua perancangan berjalan lancar.

Lps tu baru singgah annisa. Bukak buku dan buat pemeriksaan. Semuanya ok. Mengikut scan, keadaan baby ok. Kedudukan uri pun ok. Tulang belakangnya ok. Ukuran kepala bersaiz 33 minggu (kv sekarang dah 37 minggu). Kecik jer kepalanya. Keratan rentas badan bersaiz 34 minggu. Ukuran pjg peha 37 minggu. Tinggi lah tu. Hik hik... jantina nya mmg suspen. Doc tak dpt gambaran jelas. Cuma agak2. Nanti baby keluar baru boleh tau. haha. Oh ya, berat semasa 2.44 kg. Lerr...kv ingatkan 3.++kg. Rupanya kulit perut ku tebal. Nampak sgt gemuk nya weh!

Tp yg frust nya, kv lupa nak suh doc tu printkan gambar baby. Aduh...dah keluar bilik pemeriksaan tu baru ingat. Hmm...seb baik dah ada gambar masa baby 5 bulan hari tu.;(

So far, hari ni condition nya ok. Harapnya semua ok.

tambahan;
td, kakak kv mai ofis. Bertanya khabar sbb dah 2 minggu kv tak balik rumah mak. Mak dah bising takut kv masuk wad sorang2. Aduh...terharu betul rasanya. Itu lah kasih seorang ibu,kan? Padahal hari tu anak buah kv dah sms sbb nenek dia sibuk suh dia dtg jenguk kv kat ofis. Kv dah bagitau anak buah supaya mak tk pyh risau. Kalau apa2 nanti hubby akan call rumah sana.

Kv bukan apa. Dah sarat2 ni mmg tak larat nak balik rumah mak. Danish tu, kalo balik rumah mak mmg nakal dan aktif overdose bila jumpa sepupu sepapatnya tu. Kv tak larat nak bertempik bagai. Nak bangun duduk pun seksa sgt. So, tak nak nyusahkan mak dan hubby, kv just rehat jer kat rumah. Kepala pun tak sakit, jiwa pun tenteram. Bila dah semua ok nanti, keadaan akan kembali ke para normal. Tp bila begitu, mak kv terlebih risau pulak sbb tak tgk kv dgn mata dia sendiri.

8 ulasan:

pB berkata...

Salae Kay Bie...

ni entry tertunggok kor.?
panjae jelo ...

chemas jugok kalau sakit perut malae malae buto nie..
mulo lah nok pikir hok bukae bukae..

kak pB doakan agar Kay bie, sapa ke sut, akae ok ....

bat berkata...

gitewwlah hati seorang Ibu kan nyah alwayz ler hengat anak2 kan..

paperpung jan dah berjalan2 merata ke KB bagai kosser tau.. *take care *

NBK466 berkata...

Kiranya expected due date KV tinggal 2 minggu laie...maybe early or maybe later.. Kiranya skg tempoh BERJAGA2 lah yek...so be prepared for the unexpected.. Jgn lasak2 & moga selamat semuanya..

Mummy Rizq berkata...

erm.. tak lama lg tu KV. nanti kalau bersalin soh lah hubby tolong announce kat blog erk!

take care..

lempoyak berkata...

wah tgh tunggu hari nk meletop yeh. tah2 baby hr merdeka kot.. so siap2 kan lh bendera ye. kuar je nanti soh baby pegang bendera tau.

nnt jgn lupa announce kt kitorg tau.

Yatie berkata...

wah, tak lama lagi dah tuh .. banyak2kan berdoa semoga semuanya dipermudahkan ye .. amin.

Marvy Chef berkata...

kak KV, srupa lah kito 37mgu lo ni. baby ayue pun kecik kepala 3mgu, kecik peha 2mgu masa scan 30wks aritu.

bila kak kv due? ayue 12/9...

~ ms ayue ~

kasutVincci berkata...

kak pb,
biso sungguh buoh dokong tu. Kv tera makae pl skt, mmg sakit la. Pas tu serik doh. Tok apo lah tol makae pun, tunggu musim tahun depe plk. Kv kan kak pb, kalo baby ni nok tubik awal pun takpo doh raso nyo. Tok cekak doh nok usung perut. Hehe

mama bat,
kv ni kiranya kategori garang ngan anak. Tp bila dah termarah atau tercubit rasa menyesal sgt2 sbb tak boleh nak bersabar skt.;)
Err..bab jln2 tu, kalo rasa tak larat kv tak join hubby n danish. Tp kalo rasa larat, layan jer. Haha

abg shahrul,
mmg tempoh berjaga jaga ler. Insyaallah semua selamat. Doa doakan kv yer.;)

mar,
hubby kv tau pasal blog ni sbb kami bukak sama2. Tp dia baca ke tidak kv tatau ler. Rasanya tak baca kut. Insyaallah, kalo tak announce dlm blog pun, kv sms.;)

lempoyak,
harapnya takde lah baby merdeka. Jalan jem nak gi spital tu. Huhu..

yatie,
amin...

ayue,
lbh kurang lah kite. Kak kv due 11/9. Hehe..semoga selamat semuanya yach!