Rabu, 18 Julai 2007

TAKZIAH

sedih rasanya menonton buletin utama mlm td.

takziah buat keluarga ke enam enam anggota tudm yg terkorban dlm nahas helikopter di genting sempah.

ajal maut di tangan tuhan. Tiada kuasa yg mampu menghalangnya. Namun terkilan juga sbb wira2 kita ni 'pergi' bukan kerana peperangan mempertahankan negara. Tp sbb keuzuran heli yg negara kita ada.

entah lah, cakap byk pun tak guna. nanti tersalah cakap pulak.

al fatihah. Moga roh arwah ditempatkan bersama sama org2 yg beriman. Amin

15 ulasan:

ADIEJIN berkata...

Mek weh, betul..takziah..

Eh, hujae dok drumoh ? KL panah ting ting. Hujae pun semeta semeta.

Nezjoe berkata...

al fatihah...
semoga roh mereka semua dicucuri rahmat..

yang paling tak suka bila reporter tnya ahli famili,
"ada tak mangsa berkelakuan aneh sebelum kejadia?"

i mean...
come on la!!

kasutVincci berkata...

abe djin,
ptg2 la ni hujan. Pagi pun ada gak kdg2. Cuaca tak menentu.

nezjoe,
'aneh' tu gimana ya? hmmm...

pB berkata...

Maso mereka telah sampai.

Masa kita, belum tahu.

Mungkin petang ini, mungkin malam ini, mungkin esok pagi ....

Kak pB tok dhe nok kelih tv3 smalae. Sibuk g ngata anok tushen.

Tapi bilo baco sok kobar hari ni, raso supo brair mato ...
tumokali kelih gambar permaisuri kito tu nangis jugok ...

pB berkata...

awal abe djin tu sapa sini ..

kaloh kak pB ....

Kopi Suam berkata...

Al-Fatihah semoga kerajan mengambil pengajaran dan ikhtibar di atas kejadian yang dah berulang kali berlaku

kasutVincci berkata...

kak pb,
kv pun rasa sebak jugok tgk gambar permaisuri agung berwajah duka tu.

ks,
kalu masih tak ambik pengajaran, tatau ler nak ckp apa.

kakLuna berkata...

2,3 hari ni mmg berita sedih2 je. hari ni hari mereka, esok giliran kita. sama2 lah kita pertingkatkan amalan masing2

alinlai berkata...

iye...cakap pun tak guna... dah 'lama' sangat benda tu, nak terbang pun payah...memang patut diganti :(

Al-Fatihah untuk mangsa dan takziah untuk keluarga mereka

Mummy Rizq berkata...

alfatihah jua untuk mereka..

Aku Bukan Bidadari berkata...

mcam ada tak kena kan .. asik2 nuri jer terhempas.. camner foreman diaorang wat kerja?

blackpurple berkata...

Salah seorang itu orang kampung. Muor.

Takziah kepada keluarga mangsa-mangsa. AlFatihah.

happyirfa berkata...

hai kv...
org kata ajal maut di tanganNYA.
cuma bila dan bagaimana kita akan mati jer yg membezakan.dah mmg ajal dia mati dengan cara begitu.
mmglah sedih kita mendengarnya apalagi familynya

Sastri berkata...

tumpang bersedih dengan kejadian yang berlaku... takziah kepada keluarga mereka... semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman... Al-Fatihah...

kasutVincci berkata...

kak luna,
yer lah, hari kita kita tatau lg bila. Kena sentiasa tambah amalan.

alinlai,
al fatihah dr kv juga.

mar,
sama2 kita panjatkan doa.

tiara,
hmm..bila brg dah uzur, baiki pun byk benda lain lg yg dah tak berapa tip top.

BP,
sedih rasanya kan?

irfa,
ye lah, ajal maut ditangan tuhan, Dah sampai masa mereka.

sas,
tgk tak majalah 3 mlm td? Sedih tgk wife salah sorang mangsa. Dh la baru 8 bln kawin.;(