Ahad, 22 Julai 2007

DATING

Dah lama kv dan hubby takde peluang dating berdua. Err...sarap dan lunch tak dikira sbg dating sbb kerja satu ofis. Hik hik

Dulu2, kami selalu kluar jln2 atau mkn2 dgn tak bawak danish. BIla dia dah tido, kami pun cabut ler. Takde la rasa ralat sgt tinggalkan dia kat mil pun sbb dia dah lentok.

Tp, bila dah besar pjg ni, dia dah pandai tido lewat, asal bergerak skt jer, terus tanya mama nak kemana. Langsung tak boleh berenggang.

Mlm sabtu lps, hubby ajak kv kluar makan chicken chop. Takde niat pun nak tinggalkan dia actually. Tp bila dia tak tido siang, mlm nya mmg dia cepat lentok. Bila hubby blk dr klinik (mak/tok kena darah tinggi tp tak teruk sgt), terus kami kluar. Selamba jer hubby angkat dia ke katil mil. Hak hak hak....

Kami pegi tak jauh pun. Food court kat traffic light kubang kerian jer. Mmg dah plan dr awal nak kluar, so kat rumah kami tak makan apa2. Hubby order chicken chop. Kv order rojak ayam. Menu tambahan colek perut campur pelempung (paru2). Mmg best. Air pulak barli sejuk dgn limau kasturi jeruk campur asam boi. Mmg terangkat ler!

Baru jer nak menjamu selera, mai ex bos kv dulu. Hahaha. Siap perli2 kat kami, sbb selalunya mesti danish ada sama. Tak pernah dia jumpa kami berdua cam gitu. Borak2 kjp, dia join geng dia semula. Kami pun sambung makan dgn penuh berselera. Hahaha...kv mmg selalu berselera.

Makanan kat situ murah dan sedap. Untuk semua tu just 16.50 sen jer. Ok lah kan.

Besoknya, kecoh si danish ajak gi makan chicken chop kfc. Dia dah dgr perbualan antara kv dgn hubby mlm tu. Dia ingat kami tak pegi lg. Kononnya naik main gelungsur kat kfc kubang kerian tu. Hubby usik lah dia, ckp yg kami dah pegi masa dia tido. Bengang jer budak tu. Hahaha

Sesekali, syok jugak dating berdua. Teringat zaman berchenta dulu2. Hik hik

6 ulasan:

Biarlah rahsia berkata...

amboiii...seronoknya dia...
k.bie ni semenjak menetap di kelantan tk byk masa free mcm KV...ada saje bendanya klu time tak keje tue...rehat2 waktu nk tidu dah.

Teringat zaman duk KL dulu2...(br 5 bulan pindah ni)seronok jea...keluar berdua2an sokmo...takde sesape kacau jauh dr sedaramara kan...
Bila duk di kg. ni..ada2 saje hal nya...memang nk berdua2an pun susah...
so jrg2 boleh lah gi dating mcm tu...
Byk kena berkorban.

kakLuna berkata...

skali skali dating mmg seronok tp kalau jenis sy, mesti teringat gak kat anak. sembang pun psl anak jugak. hehe. anak mmg jenis x kisah kene tinggal, tp sy le yg pulak x leh berenggang dgn dia.

ADIEJIN berkata...

ajok hubby gi honeymoon pulok..gi tidor hotel ko chalet ko kat manao mano..hehehe..

Apple Pie berkata...

amboii nyahh..kemain lagi ko dating yach. harus ko praktikkan selalu sebelum baby lahir. nnti dah keluar baby lagi ko susah nk dating ehehehehhe

alinlai berkata...

perghh sedap tu makan kat situ... lepas ni danish mesti tak nak tido awal lagi... takut kena tinggal ke ke ke

kasutVincci berkata...

kak bie,
eh..bila masa plk blk dok kelate ni? Aduh..tertinggal kete api sunggoh! Baru2 gini, takde masa lg, lama skt mesti dpt peluang tu. Hik hik..

kak luna,
kv pun, antara isu yg diborakkan mesti pasal anak. Mesti ingat kat dia lah!

abe djin,
masih tak berpeluang lg tu. Tp angan2 tu tetap ada. Hik hik

apple,
mmg ler tgh cari2 peluang. Karang dah bersalin mmg takde peluang dah!

alinlai,
hik hik... masalahnya, hari2 tuntut nak makan chicken chop kfc tu. Bukan nak makan sgt pun, nak main yg lebih.