Isnin, 30 Julai 2007

pizza

Mlm td terasa nak makan pizza. Disebabkan kat kelate ni hanya ada pizza yg berjenama pizza hu** jer, so segerombolan che kiah ke situ la.

Kami gi pizza hu** kb mall. Kalo yg dlm bandar tu mmg susah nak parking. Danish mmg excited bila kv ckp nak gi mkn pizza. Dia ingat nak makan kat ayamas. Kat ayamas tu ada mainan gelungsur dan bebola. Tu yg dia seronok sgt. Tp bila kv ckp kat pizza hu** takde papan gelungsur, dia diam jer. Ingatkan dia nak meragam. Nasib baik 'jurus' jer. Hik hik

Makan pizza ni, sekali makan kv akan rasa muak berbulan bulan. Lama nak hilang muak. Tp nasib baik jgk, kalo tak haru ler asyik nak makan pizza jer. Hehe

Danish makan byk jugak. Dia suka deli wings cicah sos tomato. Dan jgk sup cendawan. Pizza dia tak makan sgt. Last2 bungkus bawak balik sbb tak habis kami tiga beranak makan.

Sempat pusing seround dua. Ingat kan ada pc fair kat situ sbb kami ada tgk banner pc fair kat kb mall. Dah berangan angan nak beli printer baru. Rupanya non ado. Tipah tertipu. Agaknya kv salah tgk kut.

Balik tu, sempat nonton csi. Danish pulak sibuk main doh tanah liat yg abah dia baru belikan. Sebenarnya kv gi kedai buku popular nak tgk novel2 baru. Saja tgk2. Tp tak beli sbb novel yg kv beli minggu lps belum pun abih baca. Lg pun selalu gi kb mall. Bila2 masa pun boleh beli. Tgh tunggu kv membaca sinopsis novel2 kat situ la danish terjumpa playdoh tu. Terus mintah kat abah dia suh belikan. Memula tu hubby nak belikan dia white board, tp dia takmo. Merengek rengek nak kan play doh tu. Balik tu kemain lagi dia dok buat bentuk mcm2. Ok gak la sbb boleh menguji kekreatifan dia.

5 ulasan:

Kak Lady berkata...

KV...kak lady minat pizza...kalau teringat pizza tu boleh kecur air liur...heheheh

knicksgrl0917 berkata...

hey! i'm going to cali this weekend and won't be back until september...here is the website i was talking about where i made extra summer cash. Later! the website is here

ADIEJIN berkata...

HAHAHAHA HAHAHAHA HAHAHAHAHAHA HAHAHAHAHAH... pB kaloh.. tapi kak lady pulok sampai dulu..ish

Jin tok berapo suko Pizza. Pasal perut Jin nok keno masuk nasi jugok. Makae lah Pizza ko gapo ko, kalau tok keno nasi, perut jadi lugai... sero po nok mutoh.

kasutVincci berkata...

kak lady,
kv pun mmg suka pizza. Tp bila dah makan, 2-3 bulan dah tak teringin. Muak. Hehe

abe djin,
kv pun jenis mulut makae nasik jgk. Tp skali skalo tuka selero jugok.

Yatie berkata...

isyhh, lama dah tak makan pizza hut .. lebih2 lagi island supreme, favorite nieh .. kat sini ada gak pizza hut .. tapi pizzanya tak sedap, ikut selera org sini laa .. kuat rasa rempahnya.. tak bleh masuk tekak laa .. sekali aje laa makan pun .. uwaaa .