Khamis, 26 Julai 2007

SAKIT PERUT DAN CUTI

Sejak danish sekolah ni, mcm2 ragam dia yg kami kena layan. Punca nya dia malas nak gi sekolah.

Tp masalahnya hanya sebelah petang atau malam. Bila bangun pagi, walo pun mood kurang baik, dia tetap gi skolah.

Antara alasannya:

1. Mama, esok danish cuti. Cuti byk2. (agaknya maksud dia musim cuti skolah)
2. Mama, esok danish takmo gi skolah, danish sakit perut. (dah tau besoknya dia akan sakit perut)
3. Mama, esok danish takmo gi skolah, danish demam. (Dah tau besoknya dia akan demam)

So, bagi mengelak kami bertekak panjang lebar, kv ia kan saja apa pun alasan dia. Kalo bantah mmg haru biru lah suasana. Dia akan mengamuk dan meragam mcm2. Kalo ia kan, dia rileks dan sengih2 jek. Sampai masa besok pagi, dia tetap pegi mandi dan sarung uniform skolah. Jadi, takde masalah lah kalo kv ia kan saja pelbagai alasan dia tu.

Kalo dgn hubby, bila dia ckp yg besoknya dia cuti, hubby akan jawab, "yer lah, besok petang danish cuti, tp sebelah pagi danish sekolah, kan?" cepat jer dia angguk. Hahahaha..pandai jugak si abah auta kan anak dia.

Minggu lps, sepupu dia (anak saudara kv - umur beza muda setahun dr kv), dtg ke rumah jenguk dia bersama adik dia yoe. Anak buah kv ni keje kat kl, bila dia blk, kami langsung tak sempat nak jumpa. So, dia dtg rumah nak jumpa danish la sbb masa danish kecik2 dulu dia suka mengasuh budak tu.

Bila kak na dia (anak buah kv tu) balik, seminggu tu mmg dia ckp dia cuti sbb nak balik rumah kak na. Dia sakit perut, tak boleh gi sekolah sbb nanti dia nak gi ber*k kat tandas rumah kak na. Hadoi..mcm2. Bangun pagi (6 pg) dia gesa kv gi mandi sbb nak balik rumah yoe (adik kak na). Mmg seminggu tu, mcm2 kami kena auta kat dia sbb kalo ckp betul2 mmg dia tak boleh nak terima. Kena la bohong sunat skt. Hehe

Hari ni, dah kendur sikit kekalutan nak balik rumah kak na. Nasib baik. Kak na pun dah balik kl. Kalo pegi rumah kak na pun, sure dia akan meraung sbb tak boleh jumpa ngan kak na dgn yoe pun.

Bila difikirkan balik. Teringat masa kak na dia kecit2 dulu. Mmg org nya gak malas gi skolah (masih skolah tadika). Hari2 alasannya sakit perut. Sampai dah mati kutu kakak kv nak pujuk dia. Dan sampai satu tahap, kakak kv bungkuskan kain baju dia (ala2 org zaman dulu2 tu), suh dia pegi mana2. Kengkononnya halau dia dr rumah sbb dia mmg malas nak gi skolah. Satu hal pulak abg ipar kv mencari anak dia tu. Padahal kak na tu gi cari kami kat skolah kebangsaan dgn bungkusan kain baju nya. hahahaha. Labih kurang jer perangai dorang, kan?

Hari ni, kak na danish dah pun kerja ngan satu badan kerajaan kat kl dan kak na memiliki ijazah dr usm. Harapnya danish pun akan menjadi org yg berguna bila besar kelak. Amin..

8 ulasan:

Sastri berkata...

kelakar pula baca perangai danish sama dengan kak na... :D

pB berkata...

Mano Abe Djin nie ..??

Lambak jugok kor haghi nie ..??

********

Hok dhumoh tu ado soghe lagi hok tok masuk skoloh. Kalu stakat haghi ni, asyik sebut nok g skoloh jah...
Rusing jugok , takut tahun depae , nyakit Danish jakik kor Nuying pulok ...

ADIEJIN berkata...

Haku gi kelih taut lah pB.. cari lauk nok wat lunch.

Dakpo Danish, uncle Jin pun dulu macae tu jugok. Kito anok ttuoh. Besar seksok, jadi DanishJin.. Ahaks..

kakLuna berkata...

bebudak ni memang bijak2 la sekarang, jenuh jugak mak bapak nak cari idea. kalau kerap bohong sunat pun tak elok juga, ye tak..

ni lah anak millenium namanya..hehe

---------

psl hospital/klinik kjaan tu, sy pun penah gak alami, sy dh ckp elok2 nk mintak cepat sket sbb nk pegi keje, tapi dorang wat tak peduli malah marah2...yg sy geram, bukannya dorang start keje pun kul 8 tuh, tapi dok bukak buku avon dan menyembang je

kasutVincci berkata...

sas,
mmg kena byk idea nak layan bebudak zaman sekarang ni bercakap. Hiks

kak pb,
harapnya, si nuying tu tok berjakit dengan danish la. Danish ari tu pun (sebelum ata skolah) mmg semangat berkobar kobar nok gi skoloh.;)

abe djin,
hehe...lauk gapo sapa gi cari gitumo tu?

kak luna,
tu la pasal. Tp kalo tak bohong sunat mmg tak jalan. Tp bila mood dia dah ok, baru boleh terangkan baik2, baru dia terima.
Kv ni keje bukan kawasan bandar besar, so klinik swasta utk ibu dan anak takde. Terpaksa la kena rujuk klinik kerajaan jgk. Lg pun sejarah mengandungkan danish dulu menyebabkan kv kena rujuk klinik kerajaan, takut jd apa2 hal. Nak tak nak terpaksa la terima. Tp klinik kv pegi ni selalu nya cepat dan ok jer. Hari kebetulan plk byk masalah.:)

Mummy Rizq berkata...

next year nakantar rizq gi skolah.. tak tau la cemana auta dia plak nanti...

Alex Lacey berkata...

beso doh alase tok sir gi sekoloh tu meme banyok hehehe....tak po la, asal ke dio gi jugok lah sekali..

teruk jugok KV alohe pregnant ni dih? take care la deh?

kasutVincci berkata...

mar,
nanti kau akan tau betapa best melayan alasan takmau gi skolah. Hehe

Kak wea,
hah..bahagian ni mmg keno tanyo kak wea la. hihi
Sekali pikir, serik dok nok ngandung (negatif sungguh). Tp bila fikir rezeki Allah swt bui, rasa tak apo lah. Hehe.. Lg pun mmg kita dok tunggu lamo doh.