Selasa, 31 Julai 2007

danish dan adik

sejak sarat ni, kv mmg tak banyak bergerak kalo kat rumah. Selain masak2 kat dapur dan menonton crita manjalara ptg hari, kv byk landing kat katil dlm bilik. Nak hilang kan bosan, baca novel. Dah berapa kali khatam pun tatau lah. Hehehe

Danish pulak, bila tgk kv rehat kat bilik, dia pun sibuk sama. Apa lg, dgn botol susunya lah. Pastu mainan kereta lumba mesti ada. Yg geramnya, biasanya dia masuk bilik tu, hanya bawak tubuh dia jer. Pastu sibuk mengarah mama ambilkan kete mainan dan botol susu dia. Yg mama ni, bila dah duduk atau baring, kemain payah nak bangun. Sakit badan.

Lg pulak, ada kawasan jajahan takluk masing. Hehe.. Kalo hubby join sekali, mmg kecoh dia marahkan abah dia sbb dah termasuk dlm jajahan takluk dia. Haru betul.

Adik baby pulak, mmg aktif sesangat. Nak2 time malam. Mmg senak perut dibuatnya. Hubby selalu usik baby dan main2 dgn baby. Biasanya danish pun akan menyibuk sama. Masalahnya, kalo danish sibuk nak sentuh adik baby, adik baby akan dok diam. Takde respon. Mcm sengaja nak buli abg dia. Kecoh la pulak jadinya.

Bila kv dok bersungut sakit kena tendang dan cucuk ngan adik baby, danish pun akan sibuk sama marahkan adik dia. Cakap ngan adik baby supaya jgn tendang mama, nanti mama sakit. Pastu keluar lah dialog :

danish: Mama, nanti kalo adik baby 'keluar', mama gi spital kan?

mama: yer lah, nanti mama kena gi spital. Abah kena gi skali. Danish tunggu kat rumah dgn mek. Danish tokleh ikut.

danish: ok, tp mama jgn gi lama2 deh, balik cepat2.

mama: ok

Hiks..kv pun tatau dr sapa dia dapat maklumat gitu. Agaknya mil dah bercerita ngan dia kut. Yer lah, nanti kalo kalut2 kv sakit perut, dia pulak sibuk nak mengikut, lg lah kelam kabut keadaan. Harapnya, dia berpegang pd janji lah.

Oh ya, kelmarin kv dok survey klinik atau pusat bersalin swasta. Tgh tgk2 dan banding2 kan antara pakej2 yg menarik. Tp kv tak mendaftar lg sbb takut terpaksa bersalin kat husm jugak. Tp mengikut klinik yg kv survey2 tu, at least buat medical check up sekali jer. Pastu terus boleh masuk labour room. Ok lah gitu, sekurang kurangnya takde la rasa ralat bagai kalo kena refer ke husm.

11 ulasan:

Mummy Rizq berkata...

ee... dah tak sabar nak menunggu org baru kan! mesti excited giler ni. danish pun dah besar...

pjoe berkata...

sayang danish dengan mama dia
hehehe

rehat cukup2 kak
jgn wat keja berat2
(cewah, pandai pulak aku nk bai nasihat)
:D

Aku Bukan Bidadari berkata...

Jaga diri.. :)

oren berkata...

Mira pun cakap gitu..rasanya, dia ingat lagi la senario tahun lepas, dia kena duk ngan ayah dia, aku plak tido kat spital..

tapi kali nih, tak tau la camana...yang pasti, aku dah cakap kat dia, dia kena jaga adik, sebab aku nak pegi spital kuarkan baby dari perut...dia paham la kut???

KV berkata...

mar,
nak kata excited pun boleh jgk. Tp kv dah tak larat nak usung perut yg besar ni. Sakit pinggang. Hehehe.. harap semuanya selamat.

nezjoe,
org bujang bagi nasihat pun ok apa. Kan?

tiara,
TQ..;)

oren,
mira dah ada pengalaman before. Harap danish pun boleh jd cam mira. Hik hik

Sya berkata...

KV.. bestnya dpt rasa baby gerak2 dlm rahim. Kenangan yg tak mungkin berulang

alia elena berkata...

eh bila duenyer neh KV... rasa cepatnyer..

Kang esok2 dah kuar lagi sexcited dier kan..

blackpurple @ jowopinter berkata...

Nanti ada la orang Danish boleh buli... :D

Eddie Putera berkata...

dik..beli katil baby doh ko ?

Alinlai berkata...

wah...dah survey spital dah, macam kejap je tau hang pregnant, la ni dah nak bersalin :) cepatnya masa bergerak kan? ... apa2 pun jaga diri bebaik ye KV

KV berkata...

kak sya,
baby mmg aktif sungguh gerakannya. Kdg2 tak tahan kena tendang tu. Hik hik..
Tu semua pengalaman berharga bagi setiap ibu, kan? Mana boleh lupa.;)

mamabat,
ala, due nya lambat lg. Sebulan setengah, dekat2 ngan tarikh puasa. Huhu..sebulan aku kena ganti puasa nanti.;(

BP,
hmm...rasanya kena buat pengawasan lebih skt utk adik baby, sbb abg dia tu tak boleh nak jangka setiap pergerakannya. Boleh membahayakan.

abe djin,
katil baby tu beli lamo doh. Takut bersalin awal ari tu. Kalu nok suruh hubby beli sediri, dia tok tau nok beli hok lagu mano. Lagi pin danish tok bui katil dio, sbb lo ni pun dio tido dale tu lagi. Hik hik

alinlai,
nanti, kalo hang peknen, hang pun akan dpt pengalaman mcm2. Org mengandung ni mcm2 peel dia. Org yg kena kena ambik berat (suami aku la tu), mesti rasa lambat nya bini aku nak bersalin. Tak tahan kena mengurut sokmo. Hahaha..