Ahad, 8 Julai 2007

HARI MINGGU

Rutin biasa hari minggu kv & co, jalan2. Hiks nanti kalo tak wat en3 baru, takut ada yg menganggap kv masih bergundah gulana. Kita biarkan luncai terjun bersama labu2 nya. Kan?

Jumaat

Sementara tunggu hubby meracun anak padi sebelah pagi (hiks..masih tak cukup makan gaji tu, siap tanam padi bagai, maklum ler anak petani), kv ngan danish lepak2 sambil baca majalah. Bila hubby balik, baru sibuk nak mandi dan siapkan baju selai dua nak balik rumah mak kv.

On d way tu, singgah kebun ambik durian 4-5 bijik nak bawa balik. Durian tak best la tahun ni. Byk yg kena serangan serangga. Kulit luar elok, tp isi dlm mmg hancus.

Singgah pasar cari lauk mentah dan kuih. Sampai rumah mak dlm jam 11. Lepak kejap, kv ngan danish gi lawat cucu saudara kv. Alahai, kesian baby, kecit2 dah sakit mata. Pastu balik masak. Menu ringkas jer. Goreng pedas udang dan mak gulai telur ikan. Nak jd cerita, masa nak masak nasik tu, kv terkena renjatan letrik. Pucat hubby dan mak. Yer lah, bimbang kat baby dlm perut ni. Tp kv cuba berlagak cool sbb takmo dorang susah hati. Dlm hati punya lah tuhan tahu betapa risaunya kv. Mcm2 terlintas di fikiran. Dlm 5 minit tu, ada gerakan. Lega kjp. Pastu senyap blk. Risau weh. Petang skt, baby dah aktif semula. Over pulak dah. Agaknya dia pun terkejut sakan. Tp pinggang kv dah sakit2. Mula risau dah.

Ptg blk rumah mil. Mlmnya hubby urut tulang belakang. Serta merta rasa ringan tubuh. Jalan pun dah tak terhencot hencot. Alhamdulillah...

Sabtu

Hubby gi baruh. Meracun anak padi yg masih belum selesai. Kv lepak sambil baring2. Sejam kendian, hubby dah balik. Baru nak sibuk mandi bagai. Hik hik. Gitu lah kalo hari minggu. Bersiap siap nak gi pasar siti khadijah.

Kat pasar kami beli ikan kerapu bara yg besar bagak tu. Pastu beli ikan bawal dan talapia merah. Beli jugak jagung muda utk mak buat ulam. Pusing2 pasar beli petai dan limau barli. Gi pasar kuih beli bubur pulut hitam, ubi keladi rabus, cek mek, dan kacang rebus. Eh, pelawat dr luar kelantan mmg sentiasa ramai walopun bukan musim cuti sekolah. Tempat jualan barang kemas dan batu permata tu penuh dgn dorang.

Kami pun balik rumah. Hubby tolong siang ikan dan kv mula memasak. Makan bubur tp tak habis pun. Rasa cam nak pengsan dan semput nafas sbb kenyang sgt. Hik hik. Lepak kat pangkin belakang rumah sambil suap nasik kat danish. Sementara tunggu zuhur.

Danish ikut mil gi kenduri. Dia balik tu, tidokan dia dulu baru kami lepak kat pangkin. Hubby nak tido lepaskan penat, tp dia kesian kat kv takut boring plk. Hiks, sayang hubby! Plan nak gi kebun nak tgk buah manggis dah masak kebelum. Tp bila hubby ckp rasanya belum masak, malas dah nak pegi. Borak2 sampai masuk asar.

Lps asar terus kluar gi kb mall. Hahahaha

Pusing2 sambil tgk pameran hitachi. Wah, murah2 brg sekarang ek. Tekonologi pun canggih betul. Tak sabar rasanya nek memiliki brg2 cangih ni. Tp kena sabar, rumah kena buat dulu. haha..angan2 jer lebih.

Mula2 tu ingat nak makan sizzling mee. Tp bila tgk satu kaunter bayaran jer yg bukak terus tak jadi. Tak kuasa ah nak Q pjg2. Hubby ajak makan sandwich kebab kat kyros kebab. Beli gak spagetti sos lada hitam. Balik tu makan puas puas. Kenyang perut senang hati. HIks..

6 ulasan:

Apple Pie berkata...

hahhhhhahah...sakan ko asik makan2 ya. aku ni naik bosan ujung minggu dok bergolek atas katil. nunggu buah jatuh dari siling akakkakakaka

kasutVincci berkata...

apple,
aku mmg takdak keje lain, asyik ingat makan jek. Hehe..

Kak Lady berkata...

Suka kalau baca aktiviti hari minggu KV...mesti ade pegi jenjalan....pegi pasar Siti Khadijah...ada makan2...syok...

kasutVincci berkata...

kak lady,
kami ni, asal hari cuti jer mesti keluar. Boring dok kat rumah sbb panas membahang. Rumah papan kan. Kalo rumah batu lain ler. Tu yg tak sabar dah nak wat rumah baru. Hehe

Mummy Rizq berkata...

dah baper lama nak makan durian.. tp hubby tak kasik. dia kata nanti gemukss! ciss!! kempunan..

kasutVincci berkata...

mar,
alahai kesian ko terpaksa berpantang. makan ler seulas, kasi lps gian.Kan?