Rabu, 6 Jun 2007

TELUR KENDURI

Bila tiba musim cuti sekolah, mmg kenduri pun memenuhi jadual hidup kita.;) Musim org kahwin, berkompang dan bersilat bagai.



Musim kenduri kali ni kv takde sedara mara terdekat yg kawin. Hanya jiran2 dan kenalan.



Nak jadikan cerita, trend kenduri atau majlis perkahwinan jugak mengikut perkembangan semasa. Kalo zaman dulu, 'sisa' kata org kelantan atau bahasa bandarnya cenderahati tetamu mesti telur rebus. Tp zaman sekarang, byk tuan rumah tak bagi telur. Dorang gantikan dgn gula2.



Utk musim kenduri kali ni, takde satu rumah pun yg kv pergi bagi telur. Semuanya gula2. Hang nadim apa lg, suka lah! Tp kv pulak yg dok ter idam nak makan telur kenduri



Kalo hang nadim pegi kenduri ngan MIL siap pesan ngan dia suh bawak balik telur. Tp bila balik, yg ada bukan telur tp gula2. Tension sungguh.



Hubby suh kv rebus sendiri kat rumah kalo dah kempunan sgt. Masalahnya, perasaan makan telur kenduri dgn telur yg direbus sendiri tak sama. Entah, rasa lain jek. Tak sama lah.



Ada sekali tu, che gi majlis khatam quran. Bawak blk sebijik telur dgn pulut dlm gelas. Kv tgk hang nadim syok dok kupas telur tu sendiri. Bila dia terpandang kv, terus dia offer.



Danish: Mama nak telur? (mungkin sbb dia selalu dok dengar kv mintak dia bawak balik telur kenduri)

Kv : Nakkkk!!!! (cepat2 angguk)
Dia pun terus bahagikan telur tu dan hulur pd kv. Bila tgk, dah takde kuning telur. Ingatkan dia makan, tp seingat kv dia tak suka kuning telur. Pusing2 tu tgk dia dah buang dlm bekas sampah. Frust betul!

Sampai hari ni belum tercapai lg hajat kv nak makan telur kenduri tu. Tp tahap keinginan kv tu takde sampai tension bagai. Just teringin nak makan jer. Hiks

12 ulasan:

ADIEJIN berkata...

40 tahun dah umur pakcik ni dik oi. TAk pernah jumpa lagi orang gian nak makan telur kenduri. Adeiii...kelakar ler pulak. Suka telur rupanya..hehehe

pB berkata...

Mujo lah tringin nok makae telo ayae rebuh,

kalu tringin nok makae telur rebuh burung kasawari , lagu mano tu ...

jenuh la che abear nok ambak burong uu'to tu pulok ...

Apple Pie berkata...

nyah..ko nak ke aku tlg rebus pastu masukkan dlm bakul telur dah tu aku pos kat ko. kira mcm telur kenduri gak la tuh, ko bukannya tau aku buat kenduri kawen ke dak kan ahahahhaha.

tp kan aku pun suka telur kenduri, rasa dia sama cuma feeling tu jer yg lain sbb org yg rebuskan kot.

kakLuna berkata...

alalala...ciannye...kaedahnya kak KV kene gi kenduri kwn2 rapat..buleh dpt bunga telur yg kat pahar tu :)

NezJoe berkata...

Cakap pasal telur 'sisa' ni, dah berbiji2 rasanya saya makan masa kenduri adik hari tu. Boring2 makan telur.

Terus 'keluar angin' yang tak best
hehehe.

-saya nak linkkan blog kamu, kalau kamu tk kisah. senang nak jenguk lain kali.

blackpurple berkata...

Sekarang dah jarang bagi telur kan... Sebab gula-gula lebih murah kot.

Sastri berkata...

hmmm... mengidam telur rebus ek? sas pun bole tolong rebuskan... tapi takut nanti bila pos sampai sana dah tak bole dimamam... :D

Oren... berkata...

aha...

dlm famili aku plak, Mira jek yang suka sgt makan telur kenduri..selalu, kalo nak ajak dia ikut sama, aku umpan dia, "nanti bleh dapat telur kenduri"..

Kadang, aku offer nak rebus jek telur tu kat umah, tp dia takmo..nak telur kat kenduri jugak..betui jugak la kut telur kenduri tak sama rasa dan 'perasaan'nya dengan telur rebus diumah..

kasutVincci berkata...

abe adiejin,
hahaha..eh, mengidam ni bukan boleh dikira. Rasanya kv bukan mengidam kut, hanya teringin. Kao tak dpt pun, masih boleh sabar. Takde lah nak menangis bagai.:P
Eh, kv mmg penggemar telur! Haha

kak pb,
hmmm...sakit palo hubby kv nak cari tu. Hahaha

apple,
bila dah sampai sini, harus telur tu dah busuk.
A a kan, feel dia tak sama lah!

kak luna,
takde yg rapat sgt. Kalo jiran2 tu, segan plk nak mintak. :(

nezjoe,
yer lah, ari tu kan adik awak kawin, jenuh buang 'angin' tak best nya tu. Haha
Link ler, kv tak kisah.;)

BP,
agaknya org nak jimat kos kut.;P

sas,
ala, feel dia tak sama dgn telur kenduri.;)

oren
aku pun punya ramai anak buah yg menangis bagai kalo tak dpt telur kenduri. Bila nak rebus kat rumah, semua mengeleng kepala tak nak. Hehehe
agaknya 'menurun' aku kut.;)

YuszTieY berkata...

Jenuh jugok tu kalu ngide telor ore nikoh ni...loni susah dah plok nok dapat siso telor...siyenya ko kv..sabo jer la..kv oyak la ko jire hok nikoh tu nak mintok tekor siso sor coz ngide...boley ko lagu tuh..

NBK466 berkata...

Telur rebus sendiri kat umah lagi besh apa...leh buat 1/2 masak or 3/4 masak...yg tak masak pun buleh telan gak..he..he.he

kasutVincci berkata...

yusztiey,
kv malu la...hahaha

nbk,
feel dia tak sama la.;(