Isnin, 18 Jun 2007

hepi father's day

kv lupa nak wish selamat hari bapa kelmarin. Hiks..ada ke patut. Apapun, buat lelaki yg bergelar bapa, kv ucapkan selamat menyambut hari bapa. Jadi lah bapa yg mampu menjadi idola dan kebanggaan anak2.

Sbg org kampung, kv tak pernah sambut hari bapa. Tak pernah tau pun kewujudan hari bapa sehingga lah remaja. Tp, suasana dan didikan yg kv terima membuatkan kv segan nak menyambut hari bapa. Kalo hari raya pun, setakat salam jek. Takde cium tgn bagai. Malu dan segan. Tp semenjak masuk u, kv amalkan cium tgn sehingga sekarang. Namun ayah kv telah tiada. Telah 'pergi' menyambut panggilan Ilahi.

Sbg org kampung yg mempunyai ramai anak (8 org), ayah kv hanya melakukan kerja2 kampung. Tanam padi, berkebun dan menjaja ikan. Tp masa tu, kv boleh dikira beruntung berbanding org lain sbb ayah kv menjaja ikan2 besar, so kami sekeluarga pun selalu makan ikan besar2. Sampai sekarang pun bertabiat mcm tu. hiks..

Apa pun kenangan bersama arwah ayah tetap tersemat disanubari. Takkan kv lupa sampai bila2. Cuma kv sedikit ralat sbb tak sempat berbakti pd arwah krn dia meninggal akibat serangan jantung. Masa tu kv baru beberapa bulan kerja. Semoga arwah ayah kv dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama - sama org yg beriman. Hanya doa yg mampu kv iringkan. Mmg dah wajib 'tugas' kita sbg anak.

**************************************

Sabtu ari tu, masa kat kb mall, kv lalu butik boni*. Ingatkan nak beli kemeja selai utk hubby. Hadiah hari bapa. Tp dia tatau niat kv. Hubby tu, kalo kv nak beli apa2 utk dia, mmg dia akan tolak. Selalu ckp yg kv ni suka membazir. Kena paksa2 baru dia terima. Nanti la, kalo gi semula kv ingat nak beli jgk. Mega sale kan baru bermula.;)

Selalunya kalo nak beli hadiah apa2 dekat hubby, mmg payah nak wat surprise. Sbb nya, kv tak kluar kalo tanpa hubby. Susah, selain gi kerja, hubby tak benarkan kv bawak kete sendiri gi mana2. Kalo nak hadiahkan sumthin' utk dia, kena ckp ngan dia nak beli apa, pastu suh dia pilih sendiri. Senang crita. Hahaha

Selamat hari bapa utk semua...

8 ulasan:

ADIEJIN berkata...

betul..saya pun macam tuh. Mana ada salam salam peluk cium semua nih..salam tangan pastu cabutttt..

Tapi bulan itu yang jadi kepentingan. Yang penting ialah hormat kita pada orang tua.

Sastri berkata...

sas pun jarang celebrate, lagi2 bila dah jauh ni... cuma kasi hadiah je la... tu pun bila dah start keje baru mula kasik hadiah untuk father's day... selalu kasik kad jer... :p

pB berkata...

Kak pB pun lupa nak wish Happy Father's Day ke Tok Ayah ...
(apa punya anak nie...)
(ampun.....)
(tapi hadiah dah bagi awal dua minggu)

Kak pB beli baju selai t shirt Bon*a.
Pah tu dio g tuka , buleh duo helai...
Tak po lah , asal dio bahagia ..
Ko'si dgn adik jatae kak pB ...

kasutVincci berkata...

abe jin,
ajaran yg kita terima zaman tu dah tak sama dgn zaman loni kan? Semuanya ikut perubahan semasa.;)
Yg penting, kita hormat ko mok ayoh kito, dih.

sas,
apa pun, ingatan anak tu yg penting. Walo pun sekeping kad, pasti si ayah tersenyum riang.;)

kak pb
kv dah takdok ayah ngan tok tuo jate. Kalu nok wi hadioh pun, ko hubby jah la. Haha

Apple Pie berkata...

hhuhuuhuu..meks sedey.

NezJoe berkata...

baca entri ni terus nak call abah...
lama tk ckp ngan dia.

:D

Kak Lady berkata...

A-Fatihah buat ayah KV yang telah pergi...moga rohnya akan sentiasa dicucuri rahmat...

kasutVincci berkata...

apple,
tak pasal2 ko sedih ni apsal pulak? DQ kah?

nezjoe,
selagi abah awak ada, selalu lah berbakti pd dia.;) Nanti takde lah rasa terkilan sgt.

kak lady,
TQ..