Rabu, 27 Jun 2007

DEMAM

Kelmarin kv bercuti sbb danish demam teruk sehari sebelum. Alkisahnya, MIL call hubby tgh hari isnin tu bertanya kat mana ubat demam danish. Terkejut jgk kami sbb tetiba jek budak tu demam. MIL cerita yg cikgu hantar dia ke rumah sbb dia demam dekat sekolah. Rupanya kwn2 sekolah dia pun berbelas org tak dtg sekolah sbb demam. Hmm.. berjangkit kat skolah lah tu.

Kv suh hubby balik dulu sbb kv ada kerja yg tak boleh ditinggalkan pd sebelah ptg tu. Terpaksa tumpang ofismate balik kerja. Pkl 3.30 hubby sms bagi tau yg danish dah tido lps mkn laksam dan ubat. Lega sikit dgr nya.

Blk kerja, hubby jemput dekat simpang. Danish pun ada sekali. Kv pegang tubuh dia, panas sungguh. Nampaknya mcm tak memberi kesan sgt ubat bontot tu. Ptg nya, dia dah mula meragam. Tubuh dia panas terus dan kaki sejuk cam air batu. Naik risau plk kv takut dia kena demam panas. Kami tak pernah ada pengalaman bab demam panas ni. Dia dah mengamuk ajak pi klinik. Ptg2 mcm tu mana ada klinik bukak. Kena tunggu jam 8. Menangis, meraung, melalak, tu je kerja dia. Sakit tgn, sakit kaki, lenguh situ, lenguh sini dan siap menggeletar bagai. Last2 dia mintak nak tido dlm bilik.Kv temankan dia rehat kat bilik. Kejap jer tgk dia dah lentok lena.

Lps solat maghrib kejutkan dia nak gi klinik. Mujur tak meragam. Demam langsung tak kebah. Doc injek dan bagi antibiotik. Tido mlm tu pun panas dia tak kebah2. 2 kali kami bangun cucuk ubat. Tp panas langsung tak hilang. Pukul 6.30 tu kv sentuh tubuh dia, dah mula berpeluh. Lega rasanya. Dia pun bangun dgn ceria. Kv sms bos bagitau cuti kecemasan. Risau gak nak tinggal kan dia kat MIL takut demam teruk kembali.

Kebetulan pg selasa tu kv ada appoinment dgn doc sbb kes protein dlm air kenc*ng kv tu. Tgk dia pun dah start main dan gelak2, kami bawak dia sekali. Sambil tunggu kv, hubby bawak dia masuk ofis dulu. Makan laksam. Hubby ckp dia mkn byk. Lega kv. Urin kv dah ok, tp berat badan turun sekilo. Padahal baru dua hari lps timbang. Attendan tu ckp ngan kv, "aitt, kut dah nak bersalin dah ni?" Terkejut gak kv. Harapnya takde apa2 lah kut.

Dah siap kat klinik, kami singgah supermarket nak cari ole2 utk baby anak buah kv. Lepak kat rumah kakak kv (sambil ziarah baby baru) sampai tgh hari. Mak kv mai, pastu danish ajak blk rumah mak nak jumpa sepupu dia. Kat rumah mak ceria jek dia main tp sesekali ngadu nak muntah. Agaknya dia rasa loya kut. Solat zuhur kami bertolak balik rumah mil. Mak kv bekalkan buah nangka. Dah lama rasa nak mkn buah nangka.

Alhamdulillah, danish dah makin ok. Cuma pagi ni meragam nak ikut kv mai kerja. Haru betul. Tak sampai hati tgk dia dok meraung tu, tp kena keraskan hati jgk. hiks..

8 ulasan:

NBK466 berkata...

Syira pun skg ON/OFF demam skg siap dgn package batuk & selsema..

kasutVincci berkata...

abg shahrul,
kalo tambah batuk dan selsema lagi la risau. Kan?

Apple Pie berkata...

ya aku dah masuk 2 bulan tak baik2 sakit. gimana ya??

anak ko tu kalo tgh demam panas ko basahkan kepala dia setiap 3-5 minit. kalau satu badan lagi bagus. itu doctor kata la.

tp masa aku kecik kalo demam panas mak aku ambik daun bunga raya ramas dgn air pastu tempek kat dahi lendir2 tu dgn daun sekalik. sure surut panas tuh

moga korang sihat2 yer. terutama ko tuh yg tgh membuyung. rindulah nk sembang2 dgn ko neh ehhehehe

Mummy Rizq berkata...

Senasib lah kita KV. Rizq pun baru baik demam. Pagi pagi dok meraung jugak nak ikut aku gi kerja. Memang tak sampai hati...

rina berkata...

danish pun demam gak ek... adeiii mmg musim demam kot skang ni... mmg letih 1 bdn dibuatnya menjaga budak demam ni. nak2 jenis yang kuat merengek...

get well soon, danish.

alinlai berkata...

dah sihat ka si danish tu cian dia...tapi cian lagi kat mak dia kan kan kan :)

Sastri berkata...

aaaa... sas pun nak kena demam nih...

kasutVincci berkata...

apple,
masa dia kecik dulu aku pun selalu taruk air daun bunga raya tu. La ni nak letak towel bawah pun dia takmo. Kena paksa2, kdg2 tu tak jalan.
Eh, nanti aku tak z, kita ym ym ek? Heheh

mar,
setiap pagi meraung nak ikut mama pi kerja. Haru betul. Bila suh gi skolah dia ckp cuti. Bila bagitau tak cuti, dia ckp yg dia demam pulak. Mcm2 alasan. ;)

rina,
nasib baik dia ni kalo demam teruk pun tak byk hari. Walo pun badan panas tp kalo rasa boleh cergas, lasak jer dia main. Tu yg cepat berpeluh.

alinlai,
hak hak hak..kan kan kan, cian mak dia!

sas,
oo..dah balik dr ostolia ek? Demam rindu kut?