Khamis, 28 Jun 2007

APA EK

Hari ni takde tajuk khusus nak meraban. Kv baru balik dr pasar minggu depan ofis kv ni. Entah ler, walopun gaji baru masuk tp mcm tatau nak beli apa pun. Boleyy?? Haha

Kv beli kain pasang utk MIL. Kiranya utk raya lah tu. Walopun lambat lg puasa, kut2 kv bersalin awal ker (mintak doa supaya tdk lah), atau kv dah tak larat ke nanti, lbh baik beli awal2. Lg pun sekarang ni tailor masih terima lg. Alamak, lupa nak beli kain baju melayu utk danish plk dah! Hayyoh!

Pusing punya pusing last2 beli ubi keladi rebus, air asam jawa dan buah manggis. Seumur hidup kv tak pernah beli buah manggis. Mak sedara kv ada byk pokok manggis. Bantai kat situ jek la. Bila kawin pun, blkg rumah hubby ada 2 btg pokok manggis. Tp bila hujan ribut tahun lps, dua2 dah kiok. Tumbang. Huhuhu..hanya tinggal kat kebun nun jauh skt dr rumah. Tu pun baru berputik. Kut2 kempunan tak dpt mkn manggis nanti, kv beli dulu yg dok jual kat pasar ni. Hihi

Cari2 org jual buah kuini, tp tak jumpa. Buah macang ada ler. Tp takmo, nak buah kuini jgk. Kemaruk sungguh! Selalu kalo jumpa hanya kat pasar besar siti khadijah. Tu pun hanya ada sorang dua jek makcik yg ada stok. Selalunya kv beli dlm 6-7 biji. Catu mkn satu biji sehari. Hahaha... takde la nak catu bagai. Tp, lps gian nak rasa. La ni hanya tinggal sebijik jer dlm peti ais tu. Buruk betul peel sejak mengandung ni.

Hmm...terliur jgk buah laici segar. Besar2 dr biasa. Tp ingat nak tunggu hubby yg tak blk2 dr site ni. Nak suh dia belanja. Hahaha.

Buah lain pun byk, rambutan, mangga, nangka dan byk lagi la termasuk durian. Durian hubby dah start luruh . Durian ni pun byk peringkat jgk. Elok jgk mcm tu, takde la jd timbunan sgt nanti. Tp yg dah mula gugur ni mcm tak berapa elok lg. Org kelate ckp, buang buruk. Tak semua dlm satu biji tu boleh makan.

Rambutan pun dah memberat. Meluyut ke tanah dah. Nak ke pangkin tempat kv dan hubby selalu lepak tu pun dah kena tunduk. Tp tu buah rambutan che embung. Ramai org tak gemar sbb buah dia nipis skt. Tp kv suka sbb isi dia rangup. Tu yg hubby gelar kat kv selalu " wah, lebat rambutan mama!" Hiks.

Yg pokok satu lg tu tu namanya anak sekolah. Jugak dah memberat. Buah dia bulat2 dan ramai org suka. Kv pulak, kalo yg baru2 nak menguning tu mmg suka la sbb dia tak berair sgt. Tp kalo dah merah tu kurang mendapat perhatian kv la.

Eh, lupa nak tanya hubby yg buah dokong berbuah atau tidak. Kv la ni, balik keje jer terus lepak depan tv atau landing atas katil. Takde gi mana2 dah. Tu yg belakang rumah (jauh skt la dr rumah) sendiri pun tak tau apa yg berbuah, apa yg tidak. Malas nak berenyoh org kelate kata. Haha

Weh, rupanya dah masuk musim buah peringkat awal ek? Untung la sapa2 tuan pokok2 tu yg masak awal, boleh buat duit. Sbb bila dah byk nanti, automatik harga pun turut merudum.;)

Nanti, org bandar pun mesti cari celah nak balik kampung. Nak masuk kebun jgk. Hahaha

8 ulasan:

Mummy Rizq berkata...

dengar mcm best ajer citer beli beli buah tu... seronoknyaaaa!

Kaklong berkata...

salam,

ha ah, dah masuk musim buah. buah2 durian kebun fil akak dah mula gugur. mil akak dah sebut dah nak makan durian baliklah kg. dahla akak anak beranak hantu durian. tp mengandung ni kena kawal diri, kang meletup badan akak kepanasan, faham2 ajelah kita mengandung ni makin besar perut makin hangat aje rasa cuaca tukan.

err..akak ni teringin sangat pelam apel..mana nak cari entah.

Apple Pie berkata...

musim buah ka?? kat sini aku pi pasar cuma nampak nenas, tembikai dgn betik jer hahahahahahaha.

harus aku balik kg MIL aku neh gayanya :P

ADIEJIN berkata...

eh..hantar kat kami lah sikit..manggis ko, durian ko, gapo gapo pun tak po...hantar deh , 2 3 bakul. Jangae wi ko pB tuh. Dio tok berehi buoh buoh nih.

NBK466 berkata...

Nie musti sbb 'pembawakkan budak' nie...he..he..he...

NezJoe berkata...

moktan anak sekolas
saya rennnduuuu!

Sastri berkata...

aaaa.... duriannnn... rasa mcm nak tapi kena tunggu dulu... tgh demam lagi nih...

kasutVincci berkata...

mar,
mmg ler seronok membeli, tp makan lg seronoks. Hik hik

kak long,
hati2 mkn durian tu nanti. Karang kepanasan atau meningkat darah tinggi. ;P
Err.. pelam epal tu, kv dpt dr sorang kawan. Kebetulan pokok rumah makcik dia berbuah. Baik hati sungguh dia bagi dekat kv. Dua kali pulak tu. Moga tambah2 la rezeki dia.;)

apple,
weh, aku mmg suka nenas. Tp berpantang, takut apa2 jd. Kena tunggu seminggu dua lg baru boleh try makan. Sedapnya nenas!!!!!
Harus los ni kerap ko balik kampung tuu. Huhuhu

abe djin,
alos, balik la kelate ni, tok payoh nok pos bagai eh. Kak pb tu mmg dia ore kolo lupor. Hehe

nbk,
hik hik hik..ntah ler.

nezjoe,
kalu rindu, kelik la weh. Ni gak koho dok rindu ko gewe jah.

sas,
eh jgn makan durian bersama ubat. Karang mabuk pulak.