Selasa, 22 Mei 2012

Road To Final

Yayyyyyyy
Kelantan menang jugak FA Cup. Gomo klate gomo.
Walopun kena kutuk teruk sbb menang ngan penalti. Tapi ada Mek kesah? Walopun menang setengah gol pun, tp Kalo dah menang, tetap menang jugak. Bukan nk bangga diri, tp udah2 la. Bola itu bulat, ada time menang ada time kalah. So, no hard feeling hoccay!

Kami (mek n hubby) bertolak ke kl lps solat subuh. 6am terus gerak. 8.30 benti sarap kt rnr roadcare gua musang. Pkl 1.30 dh sampai sogo. Baru berangan nk try Manhattan fish market tp full house. So naik gi food court. Penuh ngan geng bj merah rata riti. Last2 mkn nasik ayam jer. Mcm kebuluran. Haha

Pastu gi cari menan yg anak2 kirim. Pastu teringat bedak Mek hampir habis. Masuk Mac sogo, tp terlupa yg mana satu bedak Mek. So adik SA tu mmg membantu sgt2. Pastu gi check in kt vistana. First time duk sini. Sbb ikut kenkawan. Tp mmg best ah. Cadar dan selimut dia nyaman giler. Mood hanimun bebeh. Haha

Jam 6 dah turun sbb janji ngan geng nk naik letak. Sbb utama duk vistana ialah dekat ngan stesen lrt. Beli token bukit jalil both way. Senang. Mana2 stesen pun penyokong Kelantan naik. Mcm kampung sendiri lh plk.

Kami sampai stadium dlm pkl 7 kut. Lewat naik lrt sbb nk g stesen hujan lebat. Kt bukit jalil cuaca elok lak. Alhamdulillah.

Pkl 8 masuk stadium tp susahnya nk dpt seat. Dh la kami berlima, lg lah susah. Tp akhirnya dpt duduk jgk. Penyokong bj merah penuh stadium. Lg pn lwn sime darby jer pun. Haha. Sbb tu Mek berani pegi. Sbb bukan game 'panas'.

Dlm stadium gegak gempita. Dgn rebana, dgn terompet mcm2 pesen. Nasib abih game Mek tak tuli. Hadoiii. Owh masa mat ghaddar nk take penalti tu, satu stadium berdiri. Sedia utk bersorak. Lps masuk gol, lantai rasa bergegar, semua org melompat. Feeling masa tu tk tergambar dgn kata2. Mmg pengalaman berharga lah buat Mek yg first time masuk stadium tgk bola. Best bila ramai2 pakat buat ombak. Mmg sepakat molek la. Terus kagum dan bangga ngan negeri sendiri.

Bab kata kelab penyokong, is not easy To Be a kelantanese, but we proud To be. Gitew

So dh menang tu kami bersusun nk balik. Mmg giler ah. Lautan manusia. Buka jer pintu koj, masuk padat tersusun, mcm sardin. Tp dh Mlm tu semangat satu negeri, msg2 dh tak kisah. Siap saling membantu dan bergurau senda. Jauh pun tak perasan sbb asyik gelak jer.

Kami balik hari sbb. Dh setel agenda lain pkl 4 bertolak balik. Sepanjang jln mmg mcm konvoi the red warriors. Benti lah kedai mana, restoren mana, masjid mana, pump petrol mana, geng bj merah di mana2.

Sepanjang jln dr Bentong ke kok lanas di sambut dgn lambaian dan kibaran bendera oleh penduduk kampung. Berasal Dr Kelantan maybe. Sungguh seronok berlawan hon dan lampu Dr kenderaan berlawanan. Sampai tak larat nk balas hon dan beam lampu dah.

Apa pun, tahniah the red warriors. Sungguh kami berbangga. Nanti cuba lbh gigih tau. Weh, mat ghaddar mmg melerts argh!!!

4 ulasan:

zailamohamad berkata...

aku bangga dengan mung kak..even aku hok duduk d KL ni pon dok g tengok bola..huhuhuhu

alia berkata...

gigih ok.. hiks paperpun tahnie Kelantan..

Irfa berkata...

sama ngan zaila.aku tak tgk pun w.pun kat tibi.huhu.sbb malam game tu aku gi dinner kompeni

tahniah

Irfa berkata...

hai zaila..
buleh kenal?
apa url ;)