Khamis, 1 Mac 2012

OBSES

Gambar beg skolah dina yg aku post dlm fb jumaat lepas. Macam2 komen aku dapat. Adeiiii. Tp aku lupa cara nak print screen. Tolong ajarin. Huhu

Blom 2 bulan berskolah dah rabak hancur beg dia. Haru betul lah minah tu. Pastu tau lak sedih menangis sampai meleleh hingus bagai. Very der drama.

Pastu kebetulan moyang dia dpt duit BR1M tu kan. So, moyang bagi la sikit kat dia. Dan2 tu nak beli beg skolah. Siap sound nak yg sejibik macam tu. Hat ni aku beli kat pasar minggu jer. Kedai lelong. Barang ada masa tu jer, pastu takdak. Dan plg penting Morahh. Kalo cari kat kedai beg biasa sejibik mcm ni mmg hazab lah nak membayar.

So, bawak dia gi mydin kubang kerian suh dia pilih sendiri. Aku lupa lak nak snap gambar beg baru. Dapat la dlm rega 40 hengget. Mahal weh beg skolah budak. Sbb bertayar boleh tarik kan. Nak tak nak setuju jer lah ngan pilihan dia.

Ni aku nak cerita pasal obsesi dia ngan skolah. Kalo tak tido, mesti mulut pot pet pot pet pasal skolah. Naik jer kete (masa balik) terus nyanyi2 lagu baru. Terus baca bacaan baru (iqra). Terus buat eksyen apa saja yg teacher ajar.

Sampai kat rumah. Bukak beg kemas baju baru utk persalinan besok. Semua dia buat sendiri. Top stok makanan (kek apollo ke, gula2 ke, mcm2). Cuma botol air jer malas buh dlam sinki. Pastu terus buat homework. Bukan homework pun. Perasan lebih. Dia mana ada homework. Tp bila tgk abang buat homework dia pun kalut sama.

Masalahnya, kalo boleh berdikari tak pe jugak. Ni semua mama nak kena buat. Tolong dia mengeja. Tolong melukis, tolong mewarna. Kalo kejap jer takpe, tapi ni sepanjang masa nak kena hadap dia buat homework mmg aku bertukar jadik orang hijau lah. Stress ok. Bukan tak menyokong kerajinan dia. Tp org lain pun ada benda yg nk di setelkan. Bila tak layan, meraung satu rumah hempas badan. Mmg stress la weiiii. Haru biru hidup aku.

So, bila 100 kali sehari bukak katup beg, heret jer ke mana dia mau, hempas jer ikut suka hati, mana tak rabak beg tu.

Lps beli beg baru aku suh dia berdoa. Moga2 tahan 4 bualn beg baru. Hadoiiii

Makcik kepoh

5 ulasan:

sisdee berkata...

oh sama ngan my girl sarah..buka bag suka2 hati .. tggu masa jek bag dia tu..nsb i mmg beli dua..

mmg..tak murah bag nownie :(

pB berkata...

kak pB kea' tabik sungguh pado mok-mok hok jenis buleh dok lamo-lamo di mejo makae @ mejo nulih , temae anok-anok buat krijo skoloh , tulung baco kor anok-anok pah tu tulung ulangkaji samo samo dengae anok2.


kak pB tak dok kesabarae nok buat bendo bendo tu sumo :(

KV berkata...

sisdee,
suka hati dorang jek kan. Hancur beg2 tu semua

kak pB,
adeiii...kv tak sabar kak. mmg nak kena hempuk sokmo bdk2 tu

atty's berkata...

amboi kan main lagi dina..jap je beg sekolah dah hancur ye

aNIe berkata...

KV...akak pun tak sabar kalau tunggu anak2 buat kerja...akak cepat bosan...hehehe

Alhamdulillah si kecik tu rajin ke sekolah...