Ahad, 22 Januari 2012

DANISH'S ANGRY BIRD BIRTHDAY PARTY

Alhamdulillah. Semalam (21 jan 2012) sudah jejak umur 9 tahun anak bujang mek. Selamat hari lahir abang Danish. Harapan mama dan abah moga abe sihat sokmo, belajar rajin2 dan mendengar nasihat. Kami doakan abe bahagia selama nya. Amin.


Kebetulan besday dia jatuh hari sabtu kan, so aku dah rancang lebih kurang la nk wat makan skt. Ajak kawan2 dia n dina pastu jiran2 keliling rumah jer.


Korang saksikan lah gambarajah di bawah. Majlis berlansung ceria n semua kenkanak ribena happy. Dapat makan, dapat belon, dapat party pack. Hehe


Side dishes. Cream puff, kuih tako dan apam polkadot.



Side dishes gak. Rojak buah, coco crunch, sumi jelly, sugar jelly


Kek angry bird. Benda ni jer yg tgh IN n senang nak dpt kan bebarang nya. Party pack pun semua bebarang angry bird. Tp gmbr dlm iphone. Pc aku lak, bangang takleh 'baca'. Huhu (kuciwa)


Lepas tiup lilin pepurak potong kek. Padahal berlakon ambik gambar jer. Suh tetamu makan dulu. Sudah makan baru kita sembelih burung marah ni.


Tenkiu auntie2 datang bawak hadiah. Sengih jer Danish.


Main dishes. Laksa kelantan, laksa penang dan laksam. Jugak limau mandarin. Dah musim dia kan.


tetamu menjamu selera. Aku buat kat porch jer. Tu pun rasa nak pengsan habiskan majlis. Dah aku laki bini jer buat keje. Seb baik kakak aku dtg nolong kejap. Tp bab kemas tu mmg aku laki bini lah. Dah setel majlis baru lah perasan rupanya aku ni dah tua. Sakit sana sini. Hadoiiiiii. Nikmat nya sihat. Huhu


Dina tolong abang bahagikan belon. Party pack pun dia jugak yg cover abang.


Danish bahagikan belon kat classmate dia. Abah dia ngan abah firdaus ni pun classmate jgk dulu. hehe


My ex rumet yg sudi bertandang walopun penat baru sampai jam 3 pg pastu gi kenduri, pastu lajak ke rumah kami. Puan Zura. Banyak kita sembang kan? Tapi rasa mcm tak habis jek. Haha


The kiddos ngan kek burung marah. ;P


Buat tetamu, maaf atas segala kekurangan dan ketaksempurnaan.


Hadiah dari kami? Lupa nak snap gambar. Nanti mek wat entry lain yer. Ada jugak modal aku apdet blog nanti.;P Hehe

5 ulasan:

Amna Faqiha berkata...

eppi belated abe danish..smoga jd anak yg soleh..rajin tolong mama ngan abah..abe yg baik kpd dik dina carahh

bat berkata...

eppi belated birthday danish.. how time flies kan dear..

Joy berkata...

happy belated birthday danish..amboi comel sungguh kek nye...

KV berkata...

ibu amna,
hari2 gaduh 24jam 2 badik tu. Geram betul. Hehe

bat,
kejap jer kan. Sikit hari lg terima menantu lah mek. Huwaaaaa

joy,
bolehlah kan? hehe

zailamohamad berkata...

eppi belated birthday abe Danish..huhuhu semeta jah kana ank membesar depan mata