Isnin, 5 September 2011

EID 2011 - DAY 1

Pagi raya agak terlewat bangun. Huwaaaa!! Dah la byk keje tak setel. Hari sebelum tu mmg banyak giler keje. Kalah bibik uols.

Dah la mek keje half day. Balik rumah terus operasi potong ayam 3 ekoq. Lps setel ayam gaul dgn perencah sate. Bergegas solat zuhur terus sambung cucuk sate. Sebesen besar agaknya dlm 300 cucuk kut. Sorang diri okeh. Hazab betul.

Sementara hubby bawak MIL ke klinik (mak mertua ai deman yu), mek sibuk mengirai roti jala lak. Walopun hanya sekilo tepung, tp sebesen yu! Mao patah pinggang. Huwaaa. Nak menagis rasa. Tapi kerana niat nak menjamu orang di pagi raya, mek redho jek la. Huhu

Pas abih kirai roti jala, sambung cucuk sate daging lak sesambil rebus ketupat nasi. Pastu sambung masak utk berbuka. Orang azan maghrib mek kalut buat benda apa ntah.

Lepas berbuka, rest kejap. Pastu sambung kemas rumah. Teman suami dan anak2 main bunga api dan mercun. Takde guna beli kalo tak cucuh malam raya kaedahnya. Jam 9.45 terus naik kete balik kampung jap ambik kuah sate. Mek mintak belas ihsan kakak jer kuah sate. Bayangkan 45 minit sehala perjalanan. Hampir 12 malam baru sampai rumah sendiri. Huwaaa. Badan penat giler. Terus masuk tido.

Besoknya, bangun meng'kari' daging dan kentang. Kuah roti jala. Hubby take over sapu rumah dan mula bakar sate. Mek sesambil kat dapur sesambil meng'serve' meja. Lupa plak cawan piring blom lap. Aduhaiiiii. Orang balik masjid mek baru hegeh2 nak mandi. Letih betul. Tapi dah nama nya raya kan, hadap jer lah. Hik hik



Meja makan mek pagi raya. Masa ni sebelum kena serbu.


Antara tetamu yang awal. Lps tu tak putus2 orang berkunjung. Mek pulak, masuk keluar dapur buat air. Pastu ulang alik masuk dapur basuh pinggan cawan. Hik hik

Posing tetap posing. Wajib di pagi raya walopun muka dah belengas giler. Macam mana nak menten vouge kalo kalah bibik masuk keluar dapur? Cer citer.


Family potrait. Nasib baik Dina bagi kerjasama. Takmo ambik gambar minah tu, mengada betul.


Jam 12, takmo tunggu dah. Mesti nak balik kampung mek. Adik beradik dah penuh rumah kakak berkumpul nak jumpa jumpi. Kebiasaanya setelah arwah ayah dan emak takde ni, mmg kami berkumpul kat rumah Kak M waktu tengahari. Senang lps tu tak payah pegi rumah sapa2 dah. Kumpul, gossip2, makan2, bagi duit raya, salam2 dan bersurai.

Sebahagian keluarga besar mek. Tahun ni tak sempat bergambar elok2. Kalut semacam ntah.

Balik rumah dah jam 3 kut. Rest kejap pastu sambung layan tetamu. Masa petang dah habis sate nya. Naseb baik mek back up ngan roti jala. Serta kacang dan maruku.

Malam sambung main mercun pastu terus ke lalaland.

3 ulasan:

alia elena berkata...

fuhhh meriah raya KV... siap cucuk sendiri sate tuh.. mek ne kirai roti jala pun addinch hehehe..

MommyCT berkata...

hmm..lately ni kan i keep on thinking if both side takde mak ayah lg nak balik mana time raya? sedih je rasa kalau tak balik kg. But i guess when the times come, i pun jadi mcm u. Raya kat rumah sendiri dulu then pergi ke rumah yg telah ditetapkan utk berkumpul. Life goes on ye tak.

KV berkata...

bat,
malas nak tempah. So, sementara mampu buat sendiri tu, mek layan lagi.;P

MommyCT,
Hmm...apa2 pun life must go on kan? Insyaallah ikatan keluarga tetap terpelihara walopun org tua dah takde. Kena saling keep in touch la.