Isnin, 22 Ogos 2011

LUNCAI

Luncai tu apa yer?

Walopun aku selalu dengar peribahasa, 'biarlah luncai terjun bersama labu2 nya' (maaf kalo tak tepat, tapi aku lupa yang sebetulnya).

Hmm...korang berblog untuk apa?

Kalu aku, blog adalah catatan peribadi. Macam diari. So, apa yg aku buat, aku beli, aku rasa, aku fikir, ada aku catat dalam blog. Sebagai kenangan. Tapi blog bukan diari. Diari lebih peribadi. Hanya kita yg baca apa yg kita tulis kat diari. Tapi blog ni orang lain boleh baca. Dari ceruk mana dunia pun orang boleh baca asalkan kita tak 'kunci' nya.

Kadang2 aku terlupa tentang itu. Seolah olah blog tu aku sorang yang baca. Maklumlah, pengkomen pun takde. Lagi la buat aku terlupa. Makanya kadang2, aku menulis entry syok sendiri. Bukan sekadar luahan perasaan tp ianya juga kenangan peribadi. Kan kat blog boleh taruk mcm2 terutama nya gambar. Dalam diari takde gambar.

So, sempena bulan ramadan al mubarak ni, aku nak mensuci kan hati. Takmo sentap2 dan takmo pikir yang negatif. Makanya dengan rasa rendah hati aku nak mohon maaf andai kata ada entry dlm blog aku ni mengguris perasaan sapa2. Mungkin aku tersalah buat orang menyampah. Mungkin aku ter show off benda yang tak sepatutnya. Banyak kemungkinan. Jadi aku mohon maaf dengan ikhlas.

Maaf kan aku yer.

5 ulasan:

alia elena berkata...

samalah KV..

BAYU HEBAT SDN. BHD berkata...

samala. selalu gak lupa diri bila berblog...ampun kan patik tuan hamba ;)

Zaila Mohamad berkata...

samolah KV..mitok maaf deh

husben oghe oyak oghe suko nyohor, gapo2 tunjuk dale blog..padohal dio xtahu sebab berblog lah oghe tahu banyak benda & rama saing;)

Unknown berkata...

Mintak maaf jugak...

Pada saya itu blog saya, saya nak tulis apa saja asalkan tak memudaratkan org lain. Tp kalau tang sakit hati kerana jeles ker apa, tu kira mudaratkan jugak ker?

KV berkata...

bat,
kita hanya manusia biasa kan? Insan yg lemah. Banyak sungguh kekhilafan hamba.;(

joy,
kita saling memahami takpe, tapi kdg2 kita terlupa ada org lain yg tak sekufu ngan kita. Jadi, kena lah beringat, kan? Maaf kan kv yer.

zaila,
bukan niat nok nyohor kan ila? Tapi tu lah, kade2 melarat jadik bendo lain.

mush,
rahsia hati tak siapa yg tahu. Sama2 lah kita beringat.