Isnin, 22 Ogos 2011

JUADAH BERBUKA

Entah lah. Ramadan kali ni mmg takdak mood langsung nak snap gambar makanan or iftar. Tak tau ke mana pak mood menghilang. Malas mek nak cari.

Bukan langsung tak masak. Tapi kadang2 my hubby ni sayang bini dia lebih sikit (sila muntah) so dia cakap, beli kt param jer lah. Lagi pun depan rumah mek, makcik hubby meniaga juadah berbuka. Dan makcik hubby tu terer masak tersohor seantero dunia (huhu). So beli ngan dia jer lah. Tp kdg2 mek masak gak. Terasa gak la teringin nak makan makanan yg arwah mak masak time bulan puasa. Rindu mak. Al fatihah.


Kalo bulan puasa kan, mesti kuih akok jadi rebutan. Mek kurang gemar sangat kuih muih ni. Manis. Oh ni akok yg my fren bagi. Nak dapat kan akok ni kena tempah 4-5 hari baru boleh dapat. Tudiah, kelas kan.



Ni lah benda yang tak boleh takde time bulan puasa. Popia daging. Semua mek sumbat dalam tu. Daging, telur, tauhu, tauge, cendawan butang, crab stick. Hahaha. Buat banyak2 dan simpan dlm esbok. Pukul 7 boleh start goreng. Tak makan nasik pun takpe. Lagi satu mek suka time berbuka sotong goreng celup tepung. Pakai tepung serbaguna adabi jer. Sedappp. Sahur pun makan tu jugak. Walopun byk kolestrol. Lantakkkk


Ni lak menu kesukaan hubby. Ikan panggang cicah air asam. Kecik cinonet jer ikan tu kan? Hubby sorang jer makan. Tak elok membazir. Hehe


Korang masak apa ari ni? Mek takdak idea la

2 ulasan:

rina berkata...

budu supo kuoh doh aku tgk. siap ado sudu lg tu. ganas sunguh. hahaha

KV berkata...

rina, tu bukan budu. Air asam jawa, pencicah ikan bakar.;P