Isnin, 25 Julai 2011

LIE TO ME

Korang dah tengok LIE TO ME?

K drama genre komedi romantik yg akan biat korang gelak terbahak bahak. Dalam masa yg sama geram, sedih berdebar, suka. Macam2 boleh rasa. Seolah olah baca novel bila tengok cerita ni.

Mek suka sangat cerita ni ala2 MY GIRL. Suka benar kalo hero nya jenis garang, konfiden dan nampak 'mahal'. Heroin nya Yoon Eun Hye sungguh comel cute dan kelakar. Walopun nampak agak keanak anakan tapi aura nya tetap ada. Hero nya Kang Ji Hwan toksah citer lah mmg berapi api aura nya. Kalah tengok seth tan dalam nora elena gituh.

Tapi tak adil nak bandingkan citer melayu nga k drama kan? Citer melayu wajib la jaga adab sopan. Mana boleh kiss2 bagai. Salah. Hehe


Gegambar yg mek gugel. Tak susun memolek yer. Berserabut gituh.

Ni time mamat hensem ni pertama kali terpukau nga heroin nya. Walopun asyik gaduh2 tetap jugak jatuh cinta katanya.




Ni lak scene kat pulau jeju. Masa hero nya ikut heroin pi sinun. Masa ni dia luahkan secara rasmi apa yg dia rasa kat heroin.



Oh ni cover page citer ni. Apa lak nampak ji hwan mcm adik2 ni? Huhu


Eh, gambar ni lagik. Layan.




Kalo korang perasan, ji hwan ni suka pakai bunga comel kat blazer dia. Sungguh kiyut. Korea kan pesen kiut2. Bila lelaki pakai pun nampak segak jer. Kalo hati dah suka kan? Hehe



Pada korang yg tak tengok lagi, pi la tengok. Best tau.

Sinopsis? Malas nak taip. Tak saspen. Mek dengan muka tak malu nya suh rina copy citer2 k drama kt ext hard disk mek masa gi KL last week. Dengan pesanan 'keras', apa2 pun lie to me wajib ada dlm ehd mek. Hahaha. Sungguh seronok. Tak puas tengok tau. Lagi2 scene karaoke i love icecream dan scene cola kiss. Hik hik

5 ulasan:

BAYU HEBAT SDN. BHD berkata...

cite jiwang ni kan ...

KV berkata...

jiwang tp pembawaan nya tidak berat. Namun penuh debaran. N soul pasti nya

alia elena berkata...

meks pun peminat citer korea gaks.. tapi jenuh weii nak abiskan.. sengkak

KV berkata...

bat,
sanggup aku bersengkang mata sampai pagi. Hehe

kakakdegil berkata...

Nak copy jugak.. hihihi
Tapi memang best citern ni..
Sanggup tunggu pukul 3 lebih kalau termiss.. mesti tonton!!