Rabu, 4 Mei 2011

KERANA KEROPOK

Sabtu lepas kami ke kuala terengganu. Saja bawak anak2 jenjalan.
Padahal mmg teringin giler nak makan kopok lekor bukit tok beng.
Bukan Kedai BTB yg kena beratur ambik nombor tu. Kedai lain yg kena masuk simpang kanan lps kedai BTB tu, depan ofis BTN.


So kluar awal pagi sebab nak sarapan dlm perjalanan. Singgah jelawat makan nasik berlauk.
Perjalan smooth jer. Nak sampai KT tu, kami ambik jalan lain (jln airport) sbb nak elak traffic light yg byk tu.

Memula tu kononnya nak gi pantai batu buruk dulu. Pastu baru nak gi pasar. Bosan anak2 nak main kt playground. Selalu ny akami singgah kt penarik tp ari tu malas nak menyinggah.

Tapi, suami ku sokmo mesti silap ambik jalan, terus gi pasar payang. hak hak. Ubah plan. Singgah pasar payang dulu semata mata nak beli kopok keping ikan tambang. Jem hazabedah giler. Maklum ler cuti kan. Ramai betul pelancong luar. Last2 sendeng kete kat tepi jer, aku turun sorang. Hubby ngan anak2 tunggu jer dlm kete. Nak naik survey batik 3d pun tak sampai hati. Lps beli kopok, beli jajan sikit, beli paper. Terus gi ke kereta. Oh sempat singgah beli air cendol yg jual ngan motosikal tu. Sedap nya la weiii. Siap ada kacang merah lagi. Mmg merembes lah.

Terus shoot gi pantai. Cuaca panas terik. Nasib baik ada teduh2 pokok rhu jugak. Layan dorang kat situ hampir 2 jam kut.







Pas dah letih, mandi manda segala terus gi makan nasik ayam hainan. Gerai makan kt situ jer. Malas nak pi tempat lain dah. Cuaca panas mmg meletihkan.

Masuk kete tukar baju anak2. Siap2 pakaikan dina diaper sbb tau minah tu mmg akan tido punyer. Hahaha.

Terus gi bukit tok beng borong kopok lekor yg sedap giilerrr. Tak pernah aku jumpa kopok lekor sesedap tu sepanjang hidup aku. Lembut, rasa ikan, sedap. Fuhh. Mmg kena ngan tekak aku la. Benornya opismate aku yg kenal kan kedai tu. Anak dia yg keje kt tgnu bagitau.

Lps tu terus jer balik. Dalam kete tak renti2 makan kopok lekor hat siap goreng dah. Haha. Kasi hilang mengantuk. Kesian hubby drive sensorang pulak.

Jam 4 dh selamat sampai rumah. Alhamdulillah.

Tp nampak gaya nya nak kena pegi lagi la.

3 ulasan:

ZianaRazali berkata...

saya suka kopok rebus jer telan ngap2 bape lekor pon boleh..hehe..kat mana yer bukit tok beng..dok tganu 3 taun pung tok taw..hehe

CikguZue berkata...

salam kv,
nak tau juga address Tok beng tu...manatau singgah bila balik nanti. mesti sedap. baca saja pun dah terliur...ehhe

KV berkata...

anayana dan cikgu zue,
kalo hala nak ke kb, lps jambatan yg ada tol tu ambik traffic light kanan. Masuk jln airport kut rasanya tu. Dlm 2km terjumpa kedai kopok BTB yg glemer hat kena ambik nombor tu. Tp bukan kedai tu. Dari kedai BTB tu dlm 200meter lbh krg, ambik simpang kanan, masuk dlm 200 meter lg, kedai belah kiri. Depan pejbat Biro Tata Negara.