Selasa, 12 April 2011

WANG SAKU

malam tadi, aku laki bini naik hangen ngan abang danish pasal wang saku.

dah lama aku duk perati tiap2 kali bagi wang saku, satu sen pun takde baki di bawa balik. Bila tnya beli apa, tak reti nak menjawab. Tapi aku tak kisah sgt sbb dia selalu cakap ngan aku dia segan nak membeli sendiri kat kantin. Kawan yg tolong belikan. Dan aku tahu, si kawan ni pulak, bila Danish bagi duit, beli nya sikit jer tapi baki nya tak pulangkan. Aku sabar lagi. Dia nak tolong pun dah stau rahmat dah kiranya. Ok, tu kisah masa darjah 1.

Naik darjah 2 ni pun danish masih segan nak membeli sendiri. Mmg aku peratikan perangai dia, kalo manusia ramai, kalut2 mmg dia tak suka. Dia rela tak join crowd tu, rela berlapar lah kiranya. Macam contoh kalo main bola kat rumah jiran, kalo peserta nya ramai sgt, dia rela tak main bola dari berebut angin. Ye la, dah ramai sgt main sampai nak sepak bola pun takde peluang, apa guna bermain. Pada fikirannya lah kut. Tu aku wat kajian secara senyap lah.

So, bila darjah dua, jadual skolah dia berubah. Utk hari ahad isnin dan selasa, dia kena balik jam 4.30 ptg sbb bersambung ngan j-qaf. Jadiknya, before gi skolah, nenek dia belikan nasik so kami bagi makan siap2. Pastu aku bekalkan air kotak milo dan kek apolo sebijik. Bagi duit belanja 2 ringgit kut2 dia nak beli keropok atau apa2 kat koperasi.

Tapi bila balik skolah, takde duit baki. Bila tnya tak boleh jawab beli apa. Bila duk usyar2 tanya, dia cakap dia suh kawan dia belikan keropok, pastu bila tnya baki dia diam jer. So aku paham2 sendiri lah. Hari2 berlangsung mcm tu ler. Tiap2 hari kami pesan kat dia, duit jgn beri kat org. Mintak tolong kawan membeli tp kena mintak baki. Tapi tetap lagu tu ler.

Ada jugak abah dia tnya adakah kawan dia buli dia. Adakah kawan dia paksa dia beri duit. Adakah dia takut ngan kawan2 dia. Tapi dia selalu menafikan. Dan dia seronok gi skolah. So kami yakin yg dia ok kat skolah. Bukannya kena buli. Lega kat situ.

Kemuncak nya semalam lah. Pagi nak pegi skolah tu, dia tunjukkan satu kertas kat aku. Rupa2nya ada org nak dtg jual buku. So aku tnya dia nak beli ke buku. Dia jawab nak. Duit saku 2 ringgit aku top up lg 2 ringgit. Jadi 4 ringgit lh kan. Buku2 bukan mahal pun. 2 ringgit jer lbh kurang rege nya.

Masa makan malam, baru aku teringat nak tnya dia beli buku apa. Dia cakap dia terlupa nak beli. So aku tnya la duit kt mana. Dia cakap habis. Masa tu aku berdesing telinga tau. Mmg geram gilerrr. Aku nampak dia kecikkkkkkkk jer. Abahnya pun masa tu dah naik angin, mmg kena cukup2 lah dia malam tadi.

Mmg sedih tengok dia menangis. Tapi kami kena keraskan semangat. Sbb sebelum ni cakap elok2, pujuk elok2 pun tak jalan. Bila siasat, dia ckp dia bagi kat sorang budak tu 2 ringgit, beli kopok singgit. Abih tu singgit lagi kat mana? Dia cakap bagi kat kawan sorang lg. Orang yg sama ok! Maknanya budak tu mmg hari2 duk pow anak aku. Mmg geram giler ah.

Patut lah bila selalu tanya, dia susah nak jawab dia beli apa. Rupa2 nya budak tu yg ambik duit dia. Abahnya nak pi jumpa cikgu. Tp akal fikiran yg waras cakap, takde guna nya jumpa cikgu, sbb cikgu bukannya tau xtvt bebudak tu masa rehat ke apa. Banyak benda lain lagi cikgu nak buat.

Pastu duk fikir nak pegi jumpa parent budak tu. Tp akal fikiran yg waras cakap, takde guna nya jumpa parent budak tu. Kami bukannya ada bukti yg budak tu ambik duit danish. Buat nya budak tu tak mengaku, malu besar lah jawabnya.

So penyelesaiannya kena torture anak sendiri lah. Tatau lah hari ni mcm mana. Sbb dah teruk kena warning dan lepuk dgn abahnya mlm tadi. Harap2 dia ingat la. Masa duk sarapan pagi tadi pun nenek dia duk 'basuh' kaw2 punya. Pastu malam tadi pun, nenek dia siap pi pesan kat kawan dia (darjah 3) suh ajak danish pi kantin waktu rehat. Mintak tolong budak tu ajarkan dia cara2 nak membeli kat kantin.

Dan pagi ni abahnya bagi duit seringgit jer. Lagi pun dah makan siap2 kat rumah. Pastu dah bawa bekal air kotak ngan kek. Bagi duit saku pun bukan dia beli makanan, baik hati sgt sedekah kt org.

Adeiii geram betul rasanya. Harap2 abang danish berubah lah. Risau aku!

11 ulasan:

SYANI berkata...

Tahun depan anak saya pulak nak sekolah.. Tah cemana la peel dia gamaknya!

knv berkata...

sampai nak tunggu dia confident nak beli tu, takyah bagi duit. bawakkan aje bekal. tapi kalau budak yang pow tu budak yang sama, get his name. boleh cakap dengan cikgu, at least cikgu aware dan boleh tegur dalam class.

KV berkata...

syani,
sbg mak mmg kita susah hati sokmo

kak non,
abah nya takmo bagi duit, tp mek pual yg lembut hati. Uwaaaaa

Angah berkata...

Cuba ko train dia membayar masa ko beli barang. Atau ko mintak dia belikan barang tapi ko tengok la dari jauh..

aku buat camtu ngan Arief sejak dia 6 tahun.

InsyaAllah boleh.

Mag berkata...

budak2 kan..ok jgk kalo bg bekal camtu..die xmembeli pon xlapa

pB berkata...

insyaallah , hari ni ok lah tu

MrsMama berkata...

sementara waktu ni bagi dia duit belanja sikit dan bawakkan bekal....bukan ke dia slalu sakit perut? Mungkin disebabkan sikap dia yang malas nak bersesak lah kekadang buat dia lapar kot...jangan biarkan sebab takut jadi cam kawan aku punya anak...selalu tahan buang air besar kat sekolah sebab geli...akibatnya dapat penyakit.

Unknown berkata...

akak jmp je cikgu sek die..bkn ape..sekurang2nyer cikgu die th..klu tak..senang ati la bdk tu tiap2 hari duk 'paw' duit kawan..selalunye cikgu akan siasat betul ke tak..klu betul bdk tu akan diberi nasihat sbb br thn 2 kan..kt sek sy pnh jd camtu..cikgu bg nasihat jer..kdg2 bdk2 nie ingat perkara mnt2 duit nie perkara biase..jd sy cdgkan akak jmp cikgu danish...akak jgn serang plak cikgu tu...hehehe...cume ckp cikgu tu ape yg berlaku...itu pndgan sy la sebagai seorg cikgu..hehehe..

onnie berkata...

assalamualaikum....
kv seeloknya jumpa cikgu kelas danish dan cetekan hal danish n kawannya...
setiap aduan ibubapa akan direkodkan ke dlm buku aduan ibubapa dan guru disiplin akan siasat kes tersebut...
kes seperti ini juga perlu diketahui oleh phk sekolah supaya ia dpt dibendung dgn segera.....
dlm unit disiplin juga sdh diperkenalkan sistem merit demerit so segala tindakan yg dikenakan adalah berpandukan sistem tersebut.

KV berkata...

angah,
mmg kalo membeli kdg2 aku train dia suh membayar. Tu tu ler, konfiden level dia totappp low sgt2. Insyaallah akan ku ikhtiar kan tanpa putus asa.

farah,
dia takmo bawak bekal nasik. Sbb tu kami bagi kek ngan air kotak jer sokmo.

kakpB,
alhamdulillah hari ni kawan dia yg darjah 3 tu bantu.

mas,
sbb tu aku bagi mkn siap2 masa pagi dan bekalkan air kotak dan kek. Tak nak bagi dia lapar dengan perangai penyegan dia tu.

adeela,
buat masa ni kami 'hold' dulu nak jumpa cikgu, nak tgk perkembangan seterusnya mcm mana.

onnie,
tq atas pandangan, insyaallah kalo masalah ni berpanjangan lagik, mmg kena pi jumpa cikgu kelas dia lah.

KV berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.