Rabu, 10 November 2010

UBI KAYU REBUS

Dalam banyak2 spesis ubi, ubi kayu adalah antara pojaan hati ku. Tapi gak, kalo duk kampung ubi kayu ni kureng mendapat perhatian. Low class kalih.

Sbb tu org kampung sekarang dah jarang menanam ubi kayu, kecuali pengusaha tapai ubi.

Ari apa ek, aku dah kemaruk sgt nak makan ubi kayu rebus cicah kelapa parut. Sibuk kenkawan kat fb duk post pasal sedap nya ubi kayu di makan kala hujan sejuk2 ni.

Merengek la (ye ke?) kat encik suami nak makan, nak makan. Naseb baik tak kena hempuk. Yer lah, nak beli naik segan pulak sbb kemesek (just) ubi kayu jer pun. Biar pun kat pasar berlambak lambak ubi kayu dijual. Hehe. Siap aku ejek opismate lagi beli ubi kayu. Padahal mcm kat rumah aku ado. Haha. Baso jahat.;P

Hubby pun pegi lah tengok kat tali air ada tak lg ubi kayu yg dedulu che tanam. Mana tau ada rezeki kan. Naseb baik ad uols, walopun besar bagak dan tua. Nak kena potong kasik kecik sbb takut lambat empuk. Kalo yg kecik2 halus tu alahai sedap nya. Tp bersyukur lan, dari takde langsung kan.



Fulaweiiii. Syok nya makan panas2 cicah kelapa parut. Kelapa tu gaul garam sikit dan gula lebih. Sbb garam dah taruk dlm air masa rebus ubi tu kan.



Fuh, hilang mengidam.

4 ulasan:

Tie-Ibu wawanisolehah berkata...

kv ini ubi kayu versi kuning yer..org kata yg kuning best

bat berkata...

aiyooo tadi iza dok nunjuk ubi kayu kat fb ne mu laks adehhh meks manala nak cekau ini ubi kayu katanya weiii

zailamohamad berkata...

sajo jah nak suruh ambo terliur dih;D

KV berkata...

tie,
ha'a. Yg versi kuning. Lagi lemak rasa dia.

bat,
keh keh keh..kesian plk kat perantau. Mek tak bersalah.;P

zaila,
sapu air liur tu. Nitik doh ni. Haha.;P