Isnin, 18 Oktober 2010

SESAT BARAT GI KENDURI

Sabtu ari tu aku pi pasir mas, kenduri kawen kakak kepada kawan aku. Ekceli kawan uni, lelaki. Pastu dia kawen pulak ngan kawan bacth kami, so mmg geng bas skolah lah. Zaman uni dulu, aku adalah posmen dorang. Yer la, walopun malas nak layan sgt (padahal jeles takdak boifren..hak hak) tapi janji kenkawan bahagia, takpe la jadik posmen pun.

Memula tu aku risau banget bila terima jemputan. Mmg bila aku ckp kat hubby, hubby setuju jer nak pegi. Tapi sesekali pikir, kesian plk nak tinggalkan danish kan. Yer lah dah slalu kena tinggal time mai keje, kena tinggal lg pi kenduri. Siap bawak adik lagi, tak ke stress mamat tu.

Aku pun sms kawan aku hat sorang lg. Dia pun dpt jemputan rupanya. Kami punjanji nak pegi bersama sbb hubby dia takleh ikut. Senang kira, aku gi ngan dia jer lah. Hubby tinggal kat rumah ngan anak2. Hehe

Tapi nak tunggu dia sampai tu punya la saspen. Dina carah awal2 lg dah tau aku nak pi kenduri sibuk la dia nak mengikut. Aku kalo boleh takmo bawak dia.Yer lah, aku kan tumpang kawan, nanti kalo dia melasak ke meragam ke takut org tak selesa. Padahal kawan aku ok jer, aku yg cuak lebih. Hahaha. Dan kebetulan minah tu tido awal. Aku janji 2.30 kan, tapi jam 12.30 dia dah bantai tido. Mmg sah la jam 2.30 tu dia bangun. Huwaaa. Mesti kecoh.

Jam 1.45 aku sms kawan aku mintak cepat skt. Tapi kawan aku jem kat kubang kerian pulak. Dekat pkl 3 baru sampai kat rumah aku. Baru jer aku turun dina nampak aku kut tingkap. Dah la aku tertinggal hadiah atas meja. Laagi la dia nampak bila aku mencecet lari2 tu. Haha. Punya la kuat dia meraung aku dah gabra dah. Pastu hubby bawak masuk dan pujuk2. 5 minit kendian hubby sms ckp dina dah ok. Lega aku. Haha

Aku mmg kalo area pasir mas tumpat rantau panjang mmg aku failed. Berapa kali pegi pun mmg aku tatau jalan. Hik hik. So, mmg mengharapkan sepenuh nya la kat kawan aku tu. Kawan aku tu pulak, dia tau bandar pasir mas jer. Molek la 2 manusia bengong bergabung. Wakaka

Memula kawan aku tu nak singgah rumah ofismate dia aqiqah anak kat Kasa. Langsung aku takleh agak kut mana. Hihi. Pastu dah terlajak ke pohon buluh ke apa nama, benti tanya org.Org tu suh undur balik masuk bandar dan pot pet pot pet (aku takleh imajin la wei area pasir mas. Huwaa). So kawan aku konfiden u turn masuk bandar pi cari petronas.

Padahal kalo nak kira tu kali ke 4 dia pegi. Hampeh je tau. Sesat barat. Bila masuk lorong petronas, konfiden lak dia masuk satu lorong. Sampai separuh jalan dah konfius dah. Terus uturn pi masuk perumahan sl jias ke hapa. Aku dah membebel suh call. Dia pulak segan sbb dh byk kali pegi asyik tak ingat. Nampak sgt bukan besfren dia sbb malas nak mengingat rumah kat mana. hahahaha.

Rupa2nya,lorong kami masuk mula2 tadi dah betul. Bangang betul kawan aku ni. Sekeh baru tau. Hik hik. Dah sampai tu aku malas turun, so aku suh dia pecut cepat2 sbb dia dh plan takmo makan kat rumah ofismate dia. Menu kambing. Dia tak makan. Tp naseb baik dah set dlm otak tak nak makan, rupa2nya dah habis lauk pauk. Huhu. Jam 4 tu, awal lg. Masa tu org tgh berduyun duyun sampai. ermm..takpe lah, tak yah fikir. Pastu dia pi tanya opismate dia tu jalan nak pegi rumah kawan kami yg kenduri tu. Lepas tu smooth jer. Dengan berlagak (walopun rujuk map) kami tak sesat. Baru jer rasa konfius dah nampak banner ngan bunga manggar. Pastu masuk lagi, baru jer nak rasa konfius, jumpa lagi bunga manggar. Heehee

Menu agak syok. Paling suka sira labu. Dan best bila dpt jumpa kenkawan lama. Ramai gak kawan lama yg dtg. Borak dengan syok mengimbau zaman belajar. Haha. Tapi segan nak snap gambar la. Rugi. Pastu takleh tunggu lama dah, terus cubit kawan aku ajak balik. Kesian hubby ngn anak2 kat rumah. AKummg gitu, kalo pi mana2 tanpa hubby, risau jer. Takut dorang bermasalah kat rumah. Masalah jugak tu kan. Hehe

On d way balik mmg tk putus2 bagi laporan kat hubby. Dah la jem gilak kat pasir tumbuh. Stress tau. Hubby asyik balas, takpe, anak2 ok. Tp aku tetap cuak. Huhu

Tapi best, i spend my best time with my buddy gitew. Ye lah, kenkadang kita perlu jgk masa ngan kenkawan kan. Bercerita, meluah perasaan, bertukar pendapat. Mcm2 la. macam tak caya dah lama kami berkawan. Dari budak hingusan kurus kerempeng sampai bongkok badan, now dah'tua' dan gemuk. Hahaha. Tapi perasaan tetap sama. Ikhlas berkawan jugak tetap sama.

I lap yu lah my fren! Nanti kita jimba2 eh.

5 ulasan:

rina berkata...

kalu mu kol aku dr kl pn aku buleh bg direction kot. hahaha lawoklah mu ni . Tmn SL Jias tu tmn umoh abe aku. mu masuk tu lorong nk ke slow machang. umah mama aku plak alik2 situ jgk. kira boleh jln kaki jah dr SL Jias tu. mu g sapa pah pohon buloh tu wak gapo. jauh giler sesat tu. otw ke pohon buloh tu akan jumpa umah MIL aku plak. muahahaha adoiii x abis2 aku duk suko ni.

KV berkata...

rina,
kae aku royat doh aku darat pasir mas tu. Ahahaha. Patut ar aku mcm rajin dengar taman sl jias tu. Mu rajin sebut. Wakakaka.;P

jane_doe3328 berkata...

gilor jauh weh tebabas sapa pohon buloh. nok gi ke meranti doh tu

- dari ambo, oghe pasir mah - rantau panje :D

atty's berkata...

kty ari sabtu tu pun sesat barat nak g meeting nuffnang..

KV berkata...

jane,
jauh sgt ker eh? Rasa mcm tak terrrlajak sgt. Wakakka. Oh rupanya ramai kenkawan ku org sinun. Hehe

kakty,
akak sesat jugak ker? Wahahaha. Sesama lah kita gelakkan diri sendiri.;P