Isnin, 25 Oktober 2010

BUNGA YANG BERKEMBANG

Bila tengok bunga kat laman berkembang meriah, terus angin datang nak snap gambar. Hehe



Caption adalah mengikut putaran jam okeh.
Gambar 11. Kaler pink pokok bunga tasbih. Kami gigih pi mintak ngan sorang pakcik tu sbb dia buang bunga2 tu tepi terusan jer. Pakcik tu siap bagi kami cangkul lagi. Hehe. Tocheh pakcik yg baek hati.
2. Bunga cactus yg aku ambik kat rumah makcik hubby. Pokok ni senang bawak diri kan? Elok jer tumbuh berbunga. Lupa siram pun ok jer dia.
3. Bunga sepit ketam yg opismate kasi. Awal2 duduk ruman ni ari tu aku serabut tengok longkang org sebelah. So nak melindungi pemandangan dr lonkang tu, kena cari pokok yg tinggi dan lebat.
4. Orkid hutan yg aku suh hubby ambik tepi lereng bukit lojing masa balik dr cameron highland. hehe




Gambar 2.



1. Bunga raya yg ada 2 layer. Tak pernah aku jumpa before ni. Terlihat nya semasa jogging kat terusan, terus mintak ngan tuan dia. Hehe
2. Pokok apa yer, beli kat cameron tahun 2008 kut. Ari tu dah hidup segan mati tak mahu, noe dah kluar bunga2 dah. Ada 3 kuntum.
3. Bunga ros kaler pink yg berbau wangi yg ranting nya aku mintak masa gi tengok kawan bersalin.
4. Bunga siti zubaidah yg aku mintak ngan opismate. Dia siap tolong semaikan kasi hidup molek dulu baru dia beri kat aku. Ada sepokok lagi yg aku beli kat cameron tgh tahun ni. Hehe




Gambar 3.

1. Bunga kaktus yg kaler peach/oren. Rasanya ambik kat rumah kakak kut batang dia. Lupa la.
2. Lagi bunga ros yg baru nak berkembang.
3. Spesis lily yang pokoknya aku beli kat ikea thn lps. Baru kembang bunga nya. Lawa.
4. Bunga kaktus warna merah yg aku ambik batang kat rumah kakak jugak.




Gambar 4.
1. Bunga rumput yg kami beli RM 2 sepokok utk tanam dlm planter box luar rumah. Hat ni kaler putih.
2. Bunga pumput/kacang yg aku pow from rumah kakak. Comel jer menguning.
3. Jugak bunga rumput yg kaler putih.
4. Hat ni bunga rumput klaer pink/purple yg baru nak berkembang.



Gambar 5.
1. Bunga tasbih yg duk kt planter box luar.
2. Bunga halia hiasan yg kami beli kat nurseri.
3. Orkid dark pepel yg baru kembang
4. Macam bunga morning glory tatau apa nama yg kami beli kat nurseri.




Gambar 6.
1. Orkid campuran warna maroon dan kuning.
2. Bunga gantung tatau apa nama yg beli kat cameron.
3. orkid tanah yg kami pow from rumah amkcik hubby
4. Orkid harimau yg aku pow rumah kakak.



Okeh, itu jer lah takat ni dulu. Ada lg yg tak sempat nak snap. Lain kali yer. hehe

11 ulasan:

MushroomCute@Mariea berkata...

wah wah wah...meriahnyaaaa...jeles tengok..kalaulah Mush ada ruang nak tanam pokok-pokok mcm tu..

efa fairuz berkata...

banyoknyo bungooooo.. ni sedap wat camwhore di celoh celoh bungo nih... feeling duk dale tamee.. hehe

Joy berkata...

lawa-lawa nye...

rina berkata...

geram aku tgk bunga2 mu ni. sejuk mata memandangkan. dan kompem tangan mu laki bini sejuk.

mrs.spicy berkata...

banyak sangat..suka tengok pokok2 bunga ni..

KV berkata...

mush,
ala tanam dlm pasu kecik2 letak tepi tingkap.

efa,
hehe..segan ngan jiran2 weii

joy,
suka tgk bunga, damai jer rasa

rina,
aku tangan kureng sejuk, kalo tok laki aku sejuk sikit. Haha

farah,
akak pun suka, nanti nak cari lagik pokok2 lain.

♥♥♥ سواي @ ماما ايمان شاهيراه ♥♥♥ berkata...

sonoknya rumah ada laman....huhu jeles ni..sy pun suka tanam bunga2 ni...

SUZIE APAI berkata...

samer la kita...suka menghijaukan lamannnn

bat berkata...

amboi meriahnya bunga KV.. jeles saya ne weii... kat umah meks sokmo yg idup just bunga cactus tu jelah hehe...

Alinlai berkata...

caya la KV... suka tgk nak tanam dan rajin kekeke...

KV berkata...

sue,
minah bunga kah kite? Hak hak

suzie,
damai jer kan tgk laman menghijau.

bat,
bunga kaktus tu sungguh berdikari kan/

alin,
hehe..sbb suami mek suka menanam, otomatik bini dia ter rajin la sikit. ;P