Selasa, 26 Oktober 2010

ANTARA AUTO DAN MANUAL

Aku adalah antara perempuan poyo yg malu2 alah bila drive. Haha

Dedulu bila dpt lesen beli kete sendiri, gear manual. Aku redah jer ke mana nak pegi. Lepas kawen, hubby yg memandu, terus aku lupa cara2 nak bawak kete. Jadi penakut. Lepas hubby jual kete aku, terus aku tak bawak kete dah.

Sampai lah satu hari, dia beli kete lain utk aku (kancil sekenhen jer pun) terpaksa lah aku masuk kelas memandu sekali lg (dengan hubby jer lah jadi cikgu). Lama kelamaan aku dh boleh cacth up bawak balik kancil gegar tu.

Kalo nak gi memana ngan kenkawan mmg aku tak memandu. tak konfiden. Tapi kawan2 aku mmg baek hati. Slalu dorang lah yg ambik aku kat mana2. Aku jadik co pilot jer. hehe. Dan kebanyakan kete kawan2 adalah auto. Aku asyik duk bawak kete manual kan, mcm tak konfiden jer nak bawak auto.

Sampai kan kawan2 aku kutuk kete auto OKU pun boleh bawak, takkan aku tak boleh pulak kan? Hehe. Tp tu ler, blom cuba, takut, tak berani.

Sehingga lah kejadian hubby cramp kaki tu kan, terpaksa aku berani kan diri drive kete auto balik rumah. Sampai lah skrg aku mmg kena jadi pemandu kalo bawak kete mai dan balik keje. Dulu aku mcm tak percaya aku boleh bawak kete hubby, now dh boleh la slow2. Janji sampai.


Gear manual.




Gear auto.


(pic adalah sumber google)


Lama2 bawak kete auto, aku mcm ingat2 lupa lak kat kete manual. Ari tu aku tak boleh nak masukkan kan gear kete kancil. Aku ingat kancil bermasalah. Pastu ada sekali nak balik keje (aku balik asing2 ngan hubby), tak jugak dapat masukkan gear. Nak nagis rasa. Rupa2nya aku pi tekan break dan masukkan gear. Patut nya aku tekan clucth. Adoiii. Rasa nak hempuk diri sendiri. APsal lah yg bangang sangat aku ni?

On da way balik tu (30 minit perjalanan) mmg gabra habis. Takut lupa tekan clucth. Kan kalo bawal auto kaki kiri relaks jer. Kalo bawak manual, dua2 kaki kena bekerja kan. haha Naseb baik sampai tanpa kejadian yg memalukan. Hihi.

Korang ada pengalaman 'best' mcm aku tak?

9 ulasan:

risanur berkata...

risa berani bawa keta auto je...kalu manual tu mmg confirm tolak tepi..huhu...coz takut masa kat bukit...takut keta mengundur..

atty's berkata...

kty alhamdulillah .dua2 boleh ..

~Eila @ Along~ berkata...

kekekeke..kelakarla kakkv ni... leh plak tak ingat auto ngan manual ekk.. talpe la.. biasa2 kan diri ye.. lama2 okla tu...
:D nanti dah terer.. siap leh drift cam eila... hehehe

KV berkata...

risa,
tu ler, lama2 bawak auto jadi malas lak kaki. Hehe

kakty,
wah...mmg gagah perkasa lah kakty!

eila,
hehe..tak terbayang nak bawak lanser mcm eila tu.;P

Madam Sooyaree berkata...

alhamdulillah boleh bawak auto & manual. van pun pernah bawak, tinggal lori aje lagi, hihihi

KV berkata...

madam,
wahhh...tu laaagi canggih. haha. Tabik spring ah!

oren berkata...

aku konpiden jek...

(hahaha..statement riak..)

ari tu, try bawak keta mak aku (manual)..FAILED! pasai la nih dok pakai auto..

tu jek lah..tak la sampai nak memalukan diri..hikhikhik..

bat berkata...

haha meks memula bawak kete sampai aircond pun lupa mau pasang.. dah paneih berpeluh baru tingat.. aduaii gabra abess...

tapi now if suh bwk manual alamat melompatla kete tu coz dah biasa bawak auto...

KV berkata...

oren,
wahhhhh!! Sakan ko ek

bat,
hak hak... mmg cepat lupa la. Lagi2 gabra pesen aku neh!