Khamis, 2 September 2010

GIGIH TAK GIGIH

Balik keje semalam, danish bagi tau abang chik eksiden. Abang chik tu, adik pengasuh dina. Abang chik tu jugak la tukang buat pegola danplanter box kat rumah mek.


Bila dengar abang chik cedera ringan aku takdak ingat benda lain dah, mesti tak siap slab pegola aku. Hua hua hua.

Bila hubby naik atas rumah terus cakap;

Hubby: Mama!! Abang chik eksiden la!!!
Mama : Ha, tau dah, Danish cakap.
Hubby: Abih la, kena konkrit sendiri la slab pegola.
Kami: Hua hua hua


Adoi...cari penyakit betul la. Patutnya weekend lps abang chick dah buat. Tapi pak sedara dia mintak tolong nak pindah rumah. Tangguh ke weekend ni. Akan tetapi malang tak berbau. Sudahnya,malam tadi, hubby ajak aku gotong royong main konkrit.

Letihnyaa lahai. Tapi mikirkan rumah berkubang lembang raya ni, nak tak nak kena lah buat jugak. Huwaaaaaaa!!!

Tahun depan, kalo nak buat pape, awal2 tahun dh kena buat. Tak yah tunggu dekat2 nak puasa. Mmg lembik giler.

Tapi mikirkan prinsip alang2 menyeluk pekasam, biaq sampai ke pangkal lengan, kami pun gagahkan diri buat jugak lah.Korang bayang kan, 3 kali aku gaul simen dan pasir. Masa blom masuk air ok lg. Dah masuk air berat giler. Nak perabih kan 3 batch tu mmg la mintak nyawa. Hubby tukang ratakan kan konkrit. Aku tukang gaul dan masukkan dalam kete sorong. Dah la dengan 'bantuan' Dina sepenuhnya. Nak jadik hulk hijau pun mikirkan tak siap pulak karang. Baik aku siap kan cepat2. Dalam hati mendidih giler. Penat lagi. Lembik rasanya.


Ini lah hasil nya. Ok lah, wat keje dlm gelap. Aku tatau masa gaul tu simen tua ke tidak. Kurang nampak. Main agak jer la. Tatau nisbah berapa dah aku campur. hua hua hua. Naseb baik ok. Hihi.


Petang ni balik keje sambung ngecat pulak. Layan jer lah.

Ibarat kata kawan aku, kalo tak jadi raya tahun ni mmg menangis tak berlagu la. Ha ha.;P

4 ulasan:

jane_doe3328 berkata...

gigih gilor weh. ambo tok reti langsung nok campur adunan simen ko, gaul lagu mano ko. esh esh esh

bat berkata...

tudiah nasib pandai gaks nak gaul simen dear if meks harus jadi hapa muahahahha...

Biarlah rahsia berkata...

gigihnya kv suami isteri...klu k.bi angkat tgn surrender...hehe...tangguh ke tahun hdpn je laa...sbb tu lah rumah kami ni tak bersiap sgt...dua2 malas dan tak reti bab2 gini...

makcikrehan berkata...

gigih sgt ko mek. kalau akuuuu... nk simen2 bagai nih? jgn harap! lantak ko lah simen! kekekeke