Khamis, 9 September 2010

ASAL RAYA JER MESTI TAK SIHAT

Entah badi ke hapa, tp tiap2 tahun mesti tak sihat menjelang raya. Adeiii. Ujian ni, kena lah terima dgn redha ye dok?

Danish dan dina batuk selsema. Tapi tak demam. Ok lah jugakkan. Pastu atuk nenek pun berjangkit semua. Pastu mama dia lak berjangkit. Tp bukan stakat selsema jer. Complete set ngan sakit perut memulas siap cramp perut bagai sampai nak pitam. Dah tu muntah2.

Sungguh tension bila asyik kena buat lawatan ke cik tan. Mau menangis rasanya sbb mmg rasa nak pitam. Berpeluh2 siap gemuruh bagai. Kesnya mek makan ubat selsema. Malam tu terus weng tak boleh tido. Ajak suami jalan2 cari makan. Order megi sup. Makan jer 4 sudu terus rasa lain. Balik tu langsung takleh tido sampai ke pagi.

Pastu, hambek lah. Sampai lembik aku muntah dan popo. Huwaaa. Opismate terkejut tengok muka aku putih kuning pucat. Aku kan agak legam, bila dah putih tu maknanya mmg something wrong lah tu kan.

makan ubat arang yg meneutralkan keracunan plus ubat sakit perut sekali. Tak berkesan langsung. Petang sikit makan 2 kotak pil chi kit teck aun. Lega skt. Tp mmg tetap kena jd penunggu tandas la.

Tapi dlm duk sakit perut tu, tetap habis 250 bijik tapai mek bungkus. Gigih uols. Habis tu nak harapkan sapa. Hihi..benornya senang jer sbb pakai bekas kecik2 tu. Kalo pakai daun getah, agak hazabedah jugak lah kan, Tu pun bantuan sepenuhnya dr anak2. Dorang tolong tutup bekas2 tu.

Petangnya ingat nak pi pasar ramadhan. Saje jer nak tengok2 org kl kat param. haha. Mana la tau jumpa orang2 yg kita kenal kan. Tp angan2 jer lah, baru jer bangun perut terus memulas tak hengat. Duk je lah lepak kat rumah.

Malam tadi, tengok iklan kfc kat tv, terus ajak hubby gi kfc kubang kerian. Situ jer lah pun kfc 24 jam yg dekat. Kami keluar dlm jam 11 kut. bawak dina sbb minak kerek tu takmo tido. Akan tetapi minah kerek tu buat hal lak kat kfc. Memerut bawah meja. Abahnya yg setelkan. Lepas tu makan ayam sikit dan roti. Tercekik lah pulak. Siap muntah bagai tu. Hadoi la, tensen guwe. Nasib baik skt jer. Lps makan, layan dia main slides kejap.

Pastu hubby ajak pusing bandar. Moh kite ke pasar malam parit dalam. Tengah bandar. Orang ramai giler. Nak jalan pun kena berhimpit2. Semua melelong barang. Syok tengok. Tp mercun mahal giler. Penjual mmg ambik kesempatan betul2. Hampeh jer dorang ni.

Kami balik dekat pkl 1pg kut. Sakan merendek. Haha. Hilang kejap sakit perut. Akan tetapi, start dari sahur sampai ke la ni, mmg jadi penunggu jamban yg setia lah. Dah makan pil chi kit teck aun dan air gandum baru lega sikit.

Hadoii..mintak2 lah raya besok dah ok perut mek. huhu. Takmo la orang lain beraya melaram sakan, pulun makan best2, kita jadi penunggu jamban. Sungguh tak best ok. Asal gi mana2 kena cari tandas dulu. Siap sedia untuk bergegas. sungguh tak kelakar!

Hepi raya uols!

1 ulasan:

KV berkata...

armouris,
tenkiu kasi link info. Amat2 beguna. Makacih.;)