Selasa, 10 Ogos 2010

DINA LAK SAKIT PERUT


Ok, setel masalah danish, dina lak demam hari isnin tu. Dari malam lg takleh tido. Sakit perut nak popo. Pastu jam 2.30 pagi aku perasan badan dia panas giler. Punch ubat demam kut vontot terus ok, boleh tido sampai pagi. Tp bila pagi demam lg siap berpeluh mengigil. Sakit perut. Meraung tak hengat la.

Duk bagi ubat tahan berak dan demam tapi tak kebah2. Pastu hubby perasan najis dia berdarah. 3-4 kali dia popo mmg ada darah. Kami pun decided pegi emergency husm lah. Masa tu jam 5.30 ptg. Menunggu giliran kat er adalah hazab. Tp nasebbaik masa tu dina tak meragam. Ok jer.

Tp bila masuk jumpa doctor, terus meraung bila doktor pegang perut dia. Nak sudah kan 2 kpg gambar xray pun seksa. Sian budak bilik xray kelam kabut dibuat nya. Haha

Sudah xray doc buat ultra sound lak. Jugak meraung gegak gempita. Pastu injek ambik darah dan masuk kan drip. Sampai macam habis suara dia menangis. Nak menunggu masuk wad pun dia menangis tak henti.

Bila nurse dtg nak bawak ke wad,wajib kena letak dia atas katil. Dengan aku2 skali kena duk atas katil baru dia tenang sikit.

Ni masa kat ER husm.





Time ni dah cool. Letih gamak nya langsung terlena lps dpt katil dlm wad.



Masa ni dh jam 2 pagi. Dia sedar awal lagi. Sibuk mintak nak balik. Nasib baik makan pujuk. Pukul 2 pagi sibuk nak melukis ok. Misi baik hati bagi kertas ngan pen.







Abah keletihan.



Mama pun. Huhu




Pukul 4 pg, misi dtg kejut suh pindah masuk bilik. Huwaaaa. Baru jer mek terlelap.



Ni katil dina dalam bilik comel wad 6 selatan.


Tangan yg berbungkus. Doc takut dia cabut wayar2 tu.



Masa ni dah stop drip. So dia dah boleh turun dari katil. Tunggu masa untuk discaj.


Alhamdulillah, berkali kali doc dtg dan pergi, dina makin ok. Dah tak berdarah najis nya. Doc ckp mebi usus dia luka sikit akibat kerap membuang. Dan kena jangkitan kuman. Tp satu malam duk dlm wad tu dia dah makin ok. Syukur sgt2.

Jam 3.30 ptg daj boleh discaj. Rasa lega giler. Fuhhhh. Syukur sgt2.

3 ulasan:

rina berkata...

sedihkan tengok anak2 sakit...

Drama Mama berkata...

kesiannya dia! meraung sampai terlena eh. memang meruntun hati kalau tengok anak sakit nih. huhuhuhu. alhamdulillah dah lega.

http://twinkywinkystars.blogspot.com

Mag berkata...

ouh...naseb baik dah ok. take care dina and mama dina