Rabu, 11 Ogos 2010

MENGANTUK

Penyakit mengantuk aku ni bila la nak sembuh.

Tensen oh. Asyik mengantuk jer. Bila tahan ngantuk, pala jadik pening la pulak. Kdg2 sakit pala aku. Huwaaa.....

Kes bermula bila hubby duk sakit kaki, pastu sambung danish dehidrasi, sambung dina lak berak berdarah, sambung pi kl, sambung balik kl, sambung keje2 yg tertunggak sepanjang aku sibuk giler tu. So, aku rasa aku adalah amat tak cukup tido. Masih blom pulih tido yg sebenar benarnya tido. Eh, jgn silap paham, bukan mati yer. Huhu

Masa duk jalan2 kt jj bukit tinggi tu, akak ajak dema tu balik, aku mengantuk giler. Nak jalan nak tgk barang pun aku tak larat nak bukak mata dah. Tp bila sampai rumah, semua org boleh tido, aku sorang yg kena berjaga sbb dina kena rasuk hantu jaga. Langsung takmo tido dia. Gerammmmm. Aku mengantuk weh!!

Petang semalam, balik keje aku dh awal2 ckp ngan hubby, walo cemana sekali pun aku nak jugak tido. Hubby gelak jer, sbb dia tau mesti byk gangguan nye lah. Sah, balik rumah, aku kena masak, pastu dina sibuk ajak main rumah kecik dia, danish lak melalak lapar. Tgk2 jam dh 7 ptg. Hubby ajak punggah pasu lak. Huwaaaaaa.Aku mengantuk weh.

Malam tadi pi tesco (org lainpi terawikh), nak beli susu dina habis dan byk brg2 nak kena topup. Maklum ler, 2-3 mingguni 'bizi' tak sempat pi kedai. Tp giler punya hot kat tesco, lauk semu abih. Tinggal ikan yg aku tak selera nak makan.

Berdesup pi giant lak. Lepas giant singgah kedai borong beli barang kedai. Oh, before tu awal2 suh hubby beli dabel cis beger utk aku sahur. Aku dah tak mampu berdiri dah, senak ulu hati dan mengantuk. Tunggu hubby beli barang sampai tertido aku.

Balik rumah, masih byk keje yg menanti. Pkl 12 aku sahur siap2. Memang giler. Sbb aku tak leh bersahur mcm org lain. Kalo bersahur aku akan jadik loya dan muntah. So, baik aku lapar jer dari menambah loya dan muntah. Kan? Korang bayangkan aku makan berger kosong tanpa sos sbb takmo menambah sakit perut kes pedas ke hapa sambil berbaring. Langsung takleh nak duduk sbb perut aku senak giler. Huwaaa. Gastrik pun, mengapa kah kau menyerang saat ini. Ambik air, ambik ubat pun hubby yg buat. Siap suap kan lagi. Toceh suami ku.

Dan saat ini, aku mengantuk giler sbb aku rasa mcm aku masih tak cukup tido. Padahal aku tak temankan pun hubby sahur td (naseb baik MIL ada). Hubby kejutkan suh bangun minum air pun aku tak larat. Tp mengapakah aku masih mengantuk? Bila penyakit mengantuk ni nak sembuh ha? Tak larat dh aku nak menguap mcm beruk bekeng nih. huhu

8 ulasan:

Su Hana berkata...

kesiannya KV sy yg baca ni pun turut penat...time kite nak sgt tido tu la x boleh kan?....

rina berkata...

siye pn ado... nok suko pn ado aku baca entry mu ni.

ME LOVE berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
superheroes' mom berkata...

Ramadhan kareen buat u and family KV ;) Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan aman..

superheroes' mom berkata...

oppsss sorry Ramadhan Kareem

superheroes' mom berkata...

oppsss sorry Ramadhan Kareem

superheroes' mom berkata...

oppsss sorry Ramadhan Kareem

Zareda Norman berkata...

makan supplement KV...

selamat berpuasa ya...