Ntah lah, makcik kiah takdak idea lah uols. Tatau nak meraban apa. Huhu
Makin hari makin malas apdet blog. Idea hilang.
Takpe ah, taip jer apa yg duk bersarang kat fikiran sekarang.
Cik kiah tadi baru sempat gi tempah pintu pagar raya. Wakaka. Agak sengal cik kiah ni, pintu pagar pun sibuk nak beraya. Punya lah lama duk survey, akhirnya jumpa jgk la yg harga quite ok. Boleh la. Satu pintu besar, 2 pintu kecik. Hat kecik tu cik kiah tempah pat segi vodoh tu jer. Kenkononya besok2 kalo ada pitih lebih, cik kiah nak buat gerbang hias kat pintu kecik. Toksah lah korang bayangkan cemana rupa pintu gerbang tuh, cik kiah pun tak reti nak cerita eh. Nak tunjuk gambar pun malas nak google. Cikkiah dapat idea bila tgk mag nona ke wanita ntah. Dah lama dah.
Pastu cik kiah kenkononnya nak buat pegola lg satu. Hat kecik berbanding yg duk ada tu. Bukannya apa, dulu suami cik kiah ada tempah kayu untuk awning kat pintu utama. Ala2 pegola tu, tapi tukang nya dah arwah, so takdak sapa yg pandai. Kesian kayu2 tu duk berpeleseran di situ. So, bila bincang ngan anak arwah tukang, dia cadang suh wat pegola jer, nanti dia tolong buatkan (upah dia ler). Lagi pun cik kiah kan mabuk bunga orked. Amat bersesuaian lah di situ.
Pastu lagi (enrty ni banyak perkataan pastu tau, sila jgn mabuk) cik kiah kenkononnya nak beli bunga2 hiasan yg besar2 gabak nak wat taman mini sesikit. Now yg dok ada tu ala2 jer. So nak tambah2 la apa yg patut bersesuaian dengan bajet cik kiah yg seciput tuh.;P. Ari sabtu lepas dh pegi nurseri, tp owner nya takde, so tak dpt nak beger2 rege yg best. Janji hari lain ngan dia tp sampai ke hari ni pun kami tak pegi lagi.
Pastu cik kiah nak hias pagar luar cik kiah ngan pokok2 bunga. Takmo nampak pagar kosong macam tu jek. Petang semalam dah tanam pokok2 puding, nanti beli pokok2 lain mcm tiger lily ke, fox tail ke, tanam wat hiasan sikit ngan rumput karpet.
Pastu lagi cik kiah dah suruh tukang buat pagar pi ukur nak buat awning pulak kat tangga utama tu. Dah berkurun duk berzikir kat telinga suami suh pasang awning kat situ. Tp angguk jer, buat nya tak. Harapnya, raya tahun ni ber awning lah tangga cik kiah. Kami pilih polycarbonate kaler bronze, kiranya masuk la ngan kaler rumah cik kiah. Dan yg pasti nya, tak basah kasut selipar kat situ time hujan.
Pastu cik kiah dah setel beli kain baju raya yg nak hadiahkan buat org2 tersayang. Time lunch hour td ajak hubby temankan. Berpulun bijik mata tgk viscose 1 malaysia yg lawa2 dan tentunya murah. So, tahun ni semua orang dpt viscose. Hehe
Pastu kan, cik kiah terlalu depan kedai kasut vincci hari apa ntah, weekend tu ari kut, lantas cik kiah sudah termimpi mimpi akan wejes2 kat situ yg sungguh vouge! Wah, syok nya kalo dapat setiap patent yg cik kiah berkenan tu. Masalahnya banyak yang cik kiah berkenan. Haha
Err..banyak lagi yg berserawang dalam minda cik kiah ni tapi setakat ni lah dulu. haha. mabuk orang nak baca.
Sekian, entri angan2 dari cik kiah.
Fuhh..siap satu entry. Wakaka
2 ulasan:
ala... tunjuk la pic.. kasi up sikit mood..hehe
ehh adik ipar eila jual brg2 lam katalog..tak sedar rupanya dah borong 3 jenis kasut..hehehe
eila,
ntah, malas nk mengambik gambar la skrg, sbb tu takdak idea nak blog.
Wah, sakan tu, sampai 3 pasang sekali order.;P
Catat Ulasan