Jumaat, 5 Mac 2010

Tak faham aku

Malam tadi kami anak beranak kluar pi makan. Masa Kami sampai kt kedai tu ada beberapa meja je Ada orang. Ada satu meja ni, Ada pasangan ibu bapa dgn anak 3 org. Yang paling kecik aku agak dlm umur 1 thn lebih kut. Dah boleh berjalan dgn lancar. Ke 2 tahun eh? Tp budak tu kecik la.

Ok masuk crita semula. Masa dorang duk makan tu, anak yg bongsu ni dorang lepas bebas je. Pastu anak dia siap gi mengaruk kt meja orang lain. Baling tisu la. Tangkap kucing bawah meja orang la. Macam2 hal anak dia buat. Tp dorang pandang je. Wat bodoh. Boleh dorang melantak tanpa perasaan bersalah. Biar je anak merewang kt meja2 lain. Pelanggan2 yg jadik mangsa aku tengok bengang je belaka. Adeii

masa makanan Kami sampai dorang dah siap makan. Boleh masa berjalan kluar Dari restoren tu dorang berpelukan beriringan laki bini. Anak2 tertinggal kat belakang termasuk yg kecik tu. Dah la laluan dorang tu kut longkang besar Dan jalanraya yang sibuk. Terkial anak2 Cuba menyaingi ibu bapa dorang yg romantik tuh.

Tu orang panggil romantik tak kena tempat weh.

Bukan la aku nak cakap aku pandai jaga anak. Tapi agak2 lah kan.

15 ulasan:

pB berkata...

no komen

sisdee berkata...

aku pun tak paham :O
gaknya moden kot...tak nk sekat kebebasan anak :p
klu anak masuk longkang salahkan longkang le tu hahahahah gilo!!!

~LIZA~ berkata...

hahahahaha! btol punya blur la tu..

honeylanz berkata...

huhuhu..dorang igt anak duk rmh kut :P

deeja berkata...

huuhuhu,to romantik tak kena gaya.

oren berkata...

bukan anak depa kut..mungkin depa kena usung bebudak tu (anak msedara ke?) tu yg buat bodo jek..

apasal ko tak sound masa yg kecik tu dok mengaruk kat meja orang??

~Eila @ Along~ berkata...

sis kv, tu la kan..bila ade anak tak reti hagai..kalo jatuh longkang dan mati? baru nak melalak2 bagai..padahal sendiri tak mau ingat..bak kata nabil.."lu pk la sendiri"

Diarihatiku1976 berkata...

itu bangang namanya tu...

eynda berkata...

Bab anak terlepas ganggu org tu eynda pun ada masalah gak...hannah le kalau gi makan2 mesti nak kacau meja orang...jenuh banyak kali suruh duduk kat kerusi dia...cakap elok2 takmo dengar...cakap kuat2 nanti semua org tengok semacam pulak...serba tak kena...so far nasib baik la semua org layan dia...atau terpaksa?? Ntah ler...

Bab jalan berpelukan tinggal anak kat belakang tu memang tak patut la...tengok keadaan la kalau nak peluk2 pun..iskk..

KV berkata...

Pb,
tk kisah pun

sisdee
tu bukan moden aku rasa, tp kurang bertanggungjawab

Liza
ye lah, tak paham dibuatnya

Has
agaknya la

deeja
tah pape je

Oren
ye lah kut

eila
kita pulak yg tolong risau

diari
entah le

eynda
ntahlah, dia Ada masalah tersendiri yang kita tak tau kut

Zareda Norman berkata...

KV
romantik tapi tak berapa bijak.. hehhehe

Kak zar pun setuju dgn oren, may be bukan anak dia kot..

fabulous.farah berkata...

huhuhu..die lupe die dah ade anak 2 ketul rupenye=P

zailamohamad berkata...

itulah, memacam ragam orang sekarang ni..agaknya diorang nak suruh anak2 diorang berdikari sendiri kot..tapi memang tak patut

KV berkata...

Zar,
ye lah kut

farah
haha.. Boleh terlupa ek?

Zaila
tah pape je

adanz berkata...

buke anok dio kut... sama ada anaok akat atau anok tiri hok tino tu.... heheheh