Rabu, 17 Februari 2010

AJA AJA FIGHTING

Hulawei..sejak aku sakit perut dulu, aku stop diet giler2. Pastu aku jogging ngan main badminton jek. Tapi bukan makin turun berat badan. Makin gemuk ada la.

Tak sanggup nak taip kat sini berapa berat aku. Sedih dan tension.

Danish slalu tanya,
"napa mama gemuk ni?"
"mana?"
"ni, perut! Gemuk!"
"entah"
" tu la, makan banyak sgt!"

ada satu malam tu,
"napa mama tak makan?"
"malas la"
"napa?"
"abih, abang ckp mama gemuk sbb makan banyak!"
sengih

see. Betapa laser dan jujur nya anak bujangku. Menurun sapa lah tu.

Bila balik kampung,
"weh, bakpo mu berisi sangat ni?"
"weh, mu ngandung pulok ko?"
"oo..org bahagia hati senang"
Secara direct atau berlapik, tapi membawa maksud yg sama.



Gemuk gilo muka aku kan. Tu pakai tudung, kalo tak pakai mmg hazab woh.



Aku pun tatau dah nak buat apa dgn badan aku. Kadang2 fed up. Kadang semangat muncul balik.

Ada sekali aku ym ngan si chiffon ungu (malas nak link)
Aku bersungut pasal aku segan kt kenkawan sbb aku gemuk. Nampak huduh gilo.
Dia pun tatau nak tolong cemana.
Aku cakap bagi lah motivasi kat aku. Supaya aku bersemangat.

Kalo korang nak tau, masa duk study sama2 dulu, sama ada geng 6 stoogers or 6 jahanam atau kawan kelas yg lain, semuanya lbh kurang satu saiz jer. Tapi bila masing2 dah kawin beranak pinak, semua org pakat jadi kurus melidi. Tetiba aku sorang yg mcm kuih pau. Tidak kah korang faham betapa tensen nya perasaan aku.

Cerita pasal diet, rasanya tak perlu lah aku taip kat sini. Sbb before aku dh buat entry khas betapa gigih nya aku 3 bulan tak ambik nasi dan air manis. Sampai aku kena ulser.

Now aku tak diet sgt2. Lebih kurang. Aku takleh makan ubat kurus sbb nanti usus aku nipis. Jadik menda lain plk. Ada yg sajes aku gi klinik. Ambik ubat dan nasihat doktor. At least doktor boleh pantau. Aku teringin nak buat tu. Tp nak tunggu lg 2-3 bulan lps aku tak ambik pil. Nak tgk dulu cemana 'tumbesaran' badan aku.

Oh, setelah aku mintak kawan aku memotivasi kan diri ku, dia kata aku kena betulkan niat. Niat aku nak kurus kerana apa. Sbb nak pakai seksi kah, atau sbb nak sihat kah. Nanti kalo terpesong niat Allah tak makbul.

Betul gak ckp dia. Tapi takde maknanya aku nak seksi meksi. AKu dah tua. Bukan budak2 remaja. Ye lah, sapa taknak pakai baju lawa2 ka, tapi bukan lah seksi. Aku nak kurus sbb aku rasa kaki aku makin hari makin sakit. Pinggang aku pun sama. Pastu rasa mcm lelah. Semput nak bernafas. Aku risau aku kena penyakit lain.

So, jalan yg terbaik buat masa ni. Bersenam la.

Aku main badminton, lompat skipping, sit up dan jogging. Ikut mood rajin malas. Tapi tetiap hari wajib buat walopun tak semua. Dan jugak tgk biggest looser utk naikkan semangat.

Hari ni terhencut hencut datang kerja. Kaki ku sakit. Hak hak. Takpe, no pain, no beautiful. Lama2 terbiasa ah. Petang karang kena pakai kasut stoking la.

Aja aja fighting.

14 ulasan:

~LIZA~ berkata...

take it easy.. :)

Mag berkata...

meh la tra herbalife kak kv. bukan ubat kurus. dia food. kalu nak tny gapo2 email la ore.

pB berkata...

salam

nasihat kak pB , belilah TREADMILL.
Buat exercise kat umoh depae tibi.

Lady of Leisure berkata...

lady ada elliptical tapi skrg mcm dah malas nau nak membuatnya huhu

Zareda Norman berkata...

KV

meh kakzar kongsi tips.. no need to tahan makan no need herbalife jus mate five ke bagai.. cuma kena istiqamah dan kena study sikit.. 4 bulan 10 kg turun. gastrik atau ulcer tak jadi masalah, kena tahu cara pemakanan yg betul

KV berkata...

Liza,
hehe..kdg2 tension beb

farah,
ok nanti kalo terbuka hati akak emel. Hehe

kak pb,
teringin nok beli tp takut tersadai jah. Nanti nk tgk kt kedai bundle, murah skt. Hehe

lady,
tu yg akak duk timbangtara ni

kak zar
oh di mana kah harus ku rujuk Cara Dan jenis pemakanan itu?

Zaila Mohamad berkata...

samolah ngan oghe, kejap semangat nak kurus, kejap xsemangat..ikot mood..hahahaa

kakakdegil berkata...

KV
Nok try SDII tak?
Under co. yang kuarkan Alpha Lipid jugak
Alhamdulillah, menjadik
Tak tahan makan pun, kena makan pulak..tak makan, tak menjadik

Kalau nak, bagitau naa
Buleh jumpa nanti..

KV berkata...

zaila,
hik hik

kakakdegil,
owh..kena makan? Magik tu. Ada link website dia tak?

wanie @ suzie berkata...

masalah yg sebijik sejibon sama ngan wani....
sampai tahap kawan2 ajak jumpa pon pk 1001x.

Angah berkata...

Ambik aku jadi motivasi. living proof nih haha..

Berat aku dari 81kg, aku turunkan sampai 61kg dalam masa 1 tahun. memang lambat tapi berterusan.

Aku ambik herbalife tapi dalam masa sama kena jaga makan dan rajin bersenam. Amik mana2 produk pun kalau x jaga makan n besenam x jd gak.

memula aku nak kurus tapi lama2 aku rasa aku nak sihat. Kurus pun belum tentu sihat, belum tentu boleh kayuh basikal mcm aku kan kan kan...

KV berkata...

wanie,
eh, sama eh. Hehe

angah,
aku kalo boleh takmo makan produk. Cuba dgn jaga makan dan bersenam. Tp tatau la, satu hari nanti terjumpa produk yg bersesuaian. Harap2 lah. Hehe. Tenkiu sharing kat sini.

jane_doe3328 berkata...

kak kv, penah consult dokter tak? sbb ade saing ambo pas kawen tak kurus2 rupa2nya sebab hormon tak stabil. lepas dokter bg ubat nak stabilkan hormon, baru nampak badan dia turun

kakakdegil berkata...

KV,
Meh email.. nak email something eh..