Jumaat, 4 Disember 2009

HUDUH DAN COMEL

Lupa aku nak cerita pasal isu huduh dan comel. Haha

Besok2 nak suruh dina baca biar dia tau perangai dia masa kecik.

Dina kan muka 'tumpul' sikit, ikut muka aku. Haha. Danish hidung dia lebih runcing, ikut abah. Pastu, bila jumpa sedara mara ekceli, dorang selalu komplen apsal rupa dina jauh beza ngan danish. Mula2 dulu semua org ckp bukan macam anak aku ngan hubby. Rupa jauh beza. Huhu

Tapi, anak perempuan ku itu sungguh tinggi level konfidennya. Hak hak

Kat rumah pengasuh, adik beradik pengasuh selalu usik2. Selalu cakap kat dia, 'adik uduh, idung kepek (kemek)'. Even aku pun selalu usik dia. Saja gurau senda ngan anak2.

Akan tetapi, dia takde merajuk or kecik hati or mengamuk bagai. Tapi dengan selamba dia akan balas pada org yg mengejak nya. Misal kata, Kak Ja ejek dia uduh, dia akan balas balik "adik comel la! Kak uduh, kak ja idung kepek!" Dengan konfiden tau. Dia akan lawan cakap sampai deme tu fed up. Padahal deme tu selalu usik dia sbb nak dengar celoteh dia. Dia kan banyak cakap.

Bila dah selalu kena usik gitu, balik rumah pun dia akan usik abang nya pulak. "Abang uduh, adik comel, abang idung kepek". Padahal hidung dia mmg sah2 lebih kemek banding ngan hidung Danish. Alah, biasa lah, ngikut hidung jambu aku lah tu. Kata anak aku kan. Hiks.

Memula dulu danish stress, macam takleh nak terima. Lama2 aku pujuk, cakap adik bergurau, so derang sama gelak2 dan sama2 mengusik.




Kadang2 aku saja nak ngusik dia;

Mama: Adik comel ke uduh?
Dina: Comel
Mama: Abang?
Dina: Uduh
Mama: Mama, uduh ko comel?
Dina: Uduh (selamba je beb)
Mama: Ha, uduh? Bakpo uduh? (macam la aku comel..hiks)
Dina: : Mama gemuk
Mama: Adoii la anak bertuah!!

Aku tak tau nak gelak ke nak nangis.

Tapi aku tanya abah uduh ke comel, dia tetap jawab uduh. Dia sorang jek yang comel dalam dunia ni. Huhu

13 ulasan:

Feriyuri Jelyfa berkata...

Dina comel la... =)

oren... berkata...

kahkahkah..

tak kira lah uduh ka, comei ka..yang penting mesti confident..susah tau nak instill sifat cenggini..

aNIe berkata...

Hahaha...pandai dia mengenakan mama dia...takpelah...janji dia tau dia comel...!

rina berkata...

hahaha... mmg dia comel

bat berkata...

hehe so cute.. takper.. janji rock kans Dina..

l i e y n berkata...

first time dengar term 'muka tumpul'

KV berkata...

Geng,
walo apa pun Dina tetap comel di hati ku. Hehe

chik star berkata...

budak2 tara-tara umo dina ni seronok bawak bersembang.
hihi
:)

Ms Minnie berkata...

hahaha... kelakar kan... cakap dgn budak2.. cemana pun abang tetap akan mengalah kan.. nama pun abang...

Ms AiReEn MoHd berkata...

huwaaa soklan ni aku kene simpan samapai aku da slim baru aku leh tanyer dina ni..kalau tak kang mau aku dera anak ko kak..sebab tak dpt terima hakikakt aku uduh....

zailamohamad berkata...

chomel sungguh jawape dio tu!!

puan.farah. berkata...

hahahah..dina memang comel!

KV berkata...

chik star,
mmg kecoh

minnie,
puas nak kena pujuk si abang

erynn,
hak hak

zaila,
dia mmg mulut laser

farah,
hik hik