Selasa, 24 November 2009

SEDAP YANG 'MEMBUNUH'

Hiks tajuk..sakan.

Hubby beli ikan sungai ni ngan kawan dia. So, hubby suh aku masak steam.

Nak jadi kan cerita, sambil kukus ikan tu, aku gak masak suhun sup. Rasa takmo makan nasik. Masak pulak sikit jer. Sesambil nak diet kan. Hihi

Tgh nak makan mihun sup tu anak sibuk nak sama. Sebagai ibu yang bertanggungjawab (haha) aku pun bagi anak2. Aku makan kuah ngan sayur ngan lauk jek. Rasa nya memang la kenyang. Tapi takat kenyang air je lah.



#selingan#
Ikan yang sungguh besar. Sekor tu tak muat pinggan. Segar dan manis isinya.


Anak2 sibuk sama nak menengok ikan.


Oke, masuk tajuk balik. Hiks

Lepas isya' hubby ajak ratah ikan kukus tu. Sedap nya, aduhaiii..manis sungguh isinya. Tak sampai 5 minit, perut aku sakit. Ah, sudah. Mula la aku panik tak tentu hala. Rasa panas dan pedih dalam perut. Makan biskut, minum soya, minum susu, makan spirulina semua tak jalan.

Mintak hubby urut pinggang. Jugak tak lega2. Mmg takdak kes lain la. Perut ku meragam kes tak ambik makanan berat pastu makan ikan steam yg masam dan banyak halia. Adoiii..serik oh.

Dalam jam 12 kut lps minum lagik susu panas, aku lena. SEdar2 jam 4 pagi, dah lega perut. Dan jugak lega perasaan ku.

Terjawab tak tajuk entry? Hahahhaa

Besok nya, sambungan period pain plk. Ayoyo. Fening mek. Nak jadikan cerita, aku kan ambil pil. Makanya period aku ala2. Kdg2 tak berbekas pun kat p*d. Bila jadik pening loya nak muntah tu, mula la aku saspek aku preggy bagai. Gilo. Huhu

Tgh hari hubby ajak teman dia gi renew roadtax. Dok dlm ambank tu tgk orang pun aku pening. Berpusing pusing. Tah pape jek. Mula la aku stress!! Huhu.

Lesai kat bank, singgah makan nasik ulam, baru la hilang sikit pening aku. Agaknya perut aku masih tak betul kut. Angin banyak dlm badan. Sbb tu aku pening loya2. Tambah2 plk aku kena batuk yg tah pape. Bukan batuk sokmo. Tp tetiba tekak rasa geli dan tak leh nak tahan. Batuk2 sampai muntah2. Lps tu kepala rasa sakit dan pening. Hampir 2 bulan dah kut duk main baik cenggini. Seksa weh.

Dan jugak mendapat pesanan khas dari hubby. Tak payah berangan angan nak makan ubat diet bagai. Takut terkesan kat usus ku. Nampak gayanya, mmg takdak potensi nak kurus lah ni. Uwaaaaa...

Dah la aku tak blh nak diet buat sementara ni. Nak makan ubat kurus pun tak berani. Nak jogging pun asyik hujan jek ni. Masak la.

Oh, lupa nak cerita. Ari tu aku gi butik levi's. Nak suh hubby belanja jeans selai. Punya la carik yg lawa. Saiz 32 pun aku tak muat. Ayoyo. Padahal cap lain aku pakai 32 jugak. Ok jek, apsal cutting levi's tak boleh pulak. Down sungguh rasanya. Agaknya, tak merasa lah aku nak ber'levi's'. Huhu. SA suh aku ambik 505. Aku dh try. Huduh sgt. Sbb bumper n peha besar. So, kena ambik size besar. Bila cenggitu, mmg kat betis ngan kaki tu nampak besar giler. Buruk sungguh pemandangan. Uhuhuhu

Keluar butik levi's tu mula la aku membebel tak sudah2. Sibuk nak kurus. Weh, sibuk nak kurus semata mata nak pakai levi's. Ahahaha

Hmm..sedih aku mikir kan masalah gemuk ni. Dina pun pandai komplen 'mama gemuk'. Oh, anak dara ku sungguh jujur berkata kata.

Nak buat aku lagik down. Kawan2 lama aku. Dekat skolah ke, dekat u ke, anak dah berapa msg2 tapi body semua org menten. Malah lagi slim pun ada. Awat aku jek sorang tetiba membesar bagai johan ni? Heran, mek heran ni. Bakpo semua org lain lawa2 sakan bergaya? Adoiii..tekanan di situ.

Oke lah, selesai sudah sesi meluah perasaan buat sementara ini. Nak sambung jahit manik baju raya jap.

Salam sumbangsih
KV & Co

14 ulasan:

Mama-Danish & Sarah berkata...

aku dok berani makan ikan tu selain dr goreng...takut lekat tulang...

honeylanz berkata...

igtkan apa td. suspens sungguh tajuk mek kali ni. haa...pasal jeans levi's tu has blh pakai yg eve & marissa. cuma alter kt kaki tu kasi kecik skit ;)

CuTeMiUt78 berkata...

eemm mungkin gak la.. kerana ikan steam tu kan byk halia.. makanya tu perut ko meragam kot..
eemmmt takpe la.. tak dpt pakai levis.. cari jeans lain yg sesuai.. asalkan hubby ko sayang

KV berkata...

ain,
panggang pun sedap jugek.

has,
bila nak kena alter tu yg malas sikit. Huhu

rina,
kena cari brand lain lah ye.

Zareda Norman berkata...

KV

cara diet kena betul. Diet bukan tak makan langsung tapi kena kira kalori. Kak zar pun tak makan ubat kurus pun tapi jaga makan.

Diet bukan utk kurus aje tapi utk kesihatan. org kurus pun kengkadang high kolstrol tau. bahaya jugak. jangan jogging tapi briskwalk.. atau pi gym, buat soft exercise. umur kita ni dan dah beranak pinak tak sesuai heavy exercise.

bat berkata...

my dear..

apa kata mu gi beli briskwall tu ker letak kat umah.. abes cerita.. tapi jgn letak sajork deh.. kenala guna okek hehe, jaga pemakanan.. still vole makan nasi aper tapi berpada2 ok with lots of sayur plus buahan..

honeylanz berkata...

alter terus kt ms beli. 10 min cam tu. foc. just add rm10 if nk "kepala kain" asal nye. cuma ni kt KL la ;)

zailamohamad berkata...

Kak KV, Zaila dulu masa bujang pakai Levis saiz 32 pasal tang bontot xmuat, lani huhuhuhuhu..beranganlah kalo nak pakai levis..ingat na p cari jeans pas raya haji nanti..nak tengok saiz berapa yang ai muat..huhuhuhuhu

Mommy Lily berkata...

kv, ada banjir ke kat rumah? best kan musim2 hujan kt sana. boleh makan ubi rebus sambil main air bah

aNIe berkata...

KV...ikan kukus memang sedap...kalau ikan darat tu digoreng garing lagik sedap...akak suka dibuat sambal

Tapi ...orang kata kalau tgh sakit perut jgn minum susu...

puan.farah. berkata...

hoh..same kite. pening ingat pegnen. tapi skali piyed. 3 hari abih doh plop tu. tapi xajing amik pil

CT NORAMIZA berkata...

sedapnya ikan stim

KV berkata...

kak zar,
mmg kena jaga apa yg perlu di ambik kan.

bat,
tgh angan2 nk beli menda alah tu. Nak survey kt bundle lah. Haha

has,
hmm..nanti kalo mood rajin kv survey kat butik levi's kb. Hehe. Tq

zaila,
haha..senasib kita bah!

mommylily,
sehari dua ni makin ok lah rasanya. Byk tempat dh surut. Balik kampung tak?

kak anie,
panggang pun sedap. Hehe

farah,
sbb akak gastrik, tu yg angin satu badan. Tah pape kan? Hiks

CT,
kegemaran kami. Hihi

eynda berkata...

Jeans levi's tu nama je size 32...tapi yg muatnyer org yg bersize kecik...eynda memang tak pernah berani nak masuk fitting room try levi's...tak konfiden...tengok yg pakai semua badan kiut miut jek...