Khamis, 20 Ogos 2009

PUTING LESS

Rasanya dh 10 hari kut aku lancarkan kempen anti puting untuk dina.

Sebelum ni aku dh try. Tp tk mendapat sokongan sgt dr abahnya. Gagal terus. Pastu aku fed up. Mcm2 tips aku tanya org keliling. Tensen mek. Kenkawan pun asyik dok bagi gambaran negatif pasal puting. Macam lah aku ni nak sgt dina tu hisap puting. Sedih taw!

Pastu, tatau la dari mana muncul semangat baru nak mencuba balik. Aku start dr selasa minggu lps. Malam tu langsung aku tak bagi puting. Siap buat perjanjian dgn hubby. Tolong keraskan semangat. Hehe

Mlm tu dia meraung sakan memula tu. Aku ckp ngan hubby "bertahan sehingga kita mengantuk giler" Ahaha. Mcm2 aku ckp. Lipas ambik. Puting putus. Punya lah dia mengamuk. Tp tak sampai setengah jam pun. Pastu dia ketidoran. Fuh! Lega.

Malam tu (masa tido) aku langsung tak lena. Risau kut2 dia bangun mengamuk. Huhu. Tp dia tido ok jer. Jam 6 pg, dia dh bangun carik puting, meraung 30 minit. Abahnya dah tak tahan. ANak nya dh hilang suara dok meraung. Akhirnya aku bagi balik dh terus dia lena. Magik sungguh. Sampaikan kejut nak gi kerja pun dia tak bangun.

Kat rumah pengasuh, ibu dia langsung tak bagi puting. Alhamdulillah pengasuh menyokong usaha ku. Hehe. Balik rumah pun aku tak bagi. Sampai lah ke hari ini. Cuma taim nak tido (siang atau malam) dia akan tanya puting. Kami bagitau 'kum (kucing) ambik' sbb kalo org usik dia pasal puting dia mesti ckp 'kum ambik'.

Kebetulan plk, dia kan sakit kena jangkitan kuman. Siap demam menggigil bagai. Aku dh panik. Risaukan dia satu hal. Risaukan puting satu hal. Aku takut aku tak kuat semangat jer. Hubby lbh2 lg. Tp alhamdulillah walopun sakit2, bila pujuk pasal puting dia ok. Boleh terima alasan kami beri.

Mlm td pun mcm meracau racau carik puting. Kami tahan sabar jer. Dia mengaruk ke, dia merajuk ke, sabar!!! Kena kuat semangat.

Sungguh2 aku berharap aku dpt bertahan ngan kempen ni. AKu selalu ckp ngan hubby, please, tolong bertahan, kalu dak sia2 jer usaha kita selama ni'.

Gambar2 dina aku snap dlm kete sblm sakit. Masa ni dia tgh ajuk muncung hisap puting. Kelakar jer muka dia. Hahaha







Doa kan misi aku berjaya k.



Salam sumbangsih
KV & Co

14 ulasan:

edyan7 berkata...

wah kempen bagus ni... semoga dina berjaya... kalau bagi dia lipstick (skang ni aku dgr ada lipstick khas tuk bebudak)dia nak tak?

bagi dia bergaya sikit..nanti dia tak mo puting dah... nak jaga lipstik le...hehhe pepandai je aku bagi idea tak senonoh ni...!

mummysya berkata...

kin nak cuba suruh aries'sya practise takmoh pakai pampers, susah sangat.

banyak alasan dia.....

MaMaMiE berkata...

Meks,
aku ingat kempen 1Malaysia jek hangat loni, kempen anti puting pon hang dah lancarkan secara aman erk...ngeh², apa pun aku sokong meks, usaha tangga kejayaan. Hat bengkak kaki Dina okeh dh ker? Maken meletops nak dare mu mekss..

atty's berkata...

TAKPE..NANTI MESTI DINA LEH..DINA KAN BUDAK BAIK DAN BIJAK ..

Reeva Husin berkata...

Helo. Nak tanya, awak dok kat kb ke? (Tetiba lak rindu nak blk kg)

Diana@Mama Adam Mukhriz berkata...

yeaaayhhhh misi berjaya .. saya tgh misi utk bottle less utk adam .. misi drypers free dah berjaya dah ... chaiyokkkkkkkkkkkkkkkk !!!

KV berkata...

yan,
ahaha..pagi ni pun aku pakaikan lipstik utk dia tau. Sibuk nak mengaruk taim org tgh bersiap. Haha

kin,
kalo dah berjaya ngan puting ni akak nak diapers less plk. La ni pun tgh praktikkan sikit2.

makmie,
ko doakan aku berjaya k.
Bengkak kaki dia alhamdulillah dah ok. Cuma tak surut sgt, dah rosak kut bahagian tu. Lambat nk pulih bengkak.

kakty,
tq kakty doakan utk dina.

reeva,
saya org pasir puteh, hubby org peringat dan duduk di peringat(kiranya jajahan kb lah tu). Awak org kb gak ker?

diana,
masa danish dulu mmg seksa nak botol less. Moga berjaya ok. Insyaallah.

Mummy Dasy berkata...

wah bagus... nak wat gak kat daneen ah berjaya ke x gaknye...dah bape kali setengah ari jek bertahannnye

KV berkata...

dasy,
ku memahami mu. Hehe. Insyaallah berjaya nanti.

Zareda Norman berkata...

KV

semoga berjaya..

anak kak zar dulu 8 bulan dah bercerai puting, tu pun sebab dia demam dan masuk wad seminggu.. kuar wad langsung dia tak moh puting.. perghhh lega noksss

KV berkata...

kak zar,
kalo cenggitu senang sikit sbb dia sendiri tak mo kan. Insyaallah moga berjaya misi ku ini. Hihi

i.am.belle berkata...

ok aku teringat pasal auntie aku. cucu dia dulu umur 4 tahun pun masih hisap puting. mcm2 cara dia buat dah.

tp satu hari tu tiba2 cucu dia campak puting. rupanya ada semut hitam busuk landing kat puting tu. masa dia isap tu tak perasan. bila rasa puting tu kelat semcm dan busuk terus dia campak puting tu dan dah tak isap dah. legaaaaa na auntie aku xD


haha.. semut itam mmg buhsuk.

KV berkata...

belle,
selain busuk, semut tu rasa pedas tau!

CuTeMiUt78 berkata...

wah..bagus2...semoga berjaya k