Isnin, 13 Julai 2009

GILER JEANS

Dina now kemaruk sungguh dgn jeans. Akupun tatau apa kes. Haha

Masa aku gi keje, dia sibuk mengamuk ngan pengasuh dia nak pakai jeans. Abih tu dah dia masih pelat kan, semua org tak paham. Tension pengasuh dia tau. Wakaka

Nasib baik MIL paham. Kes nya lps dia ambik dina dr rumah pengasuh, mandikan minah tu, kecoh benor mintak 'aju jin' 'aju jin'. Sambil nangis menggelupur takmo pakai baju. Kebetulan aku baru sampai. MIL dah tak paham apa yg dina ckp. Haha.



So, aku pun bawak dia gi bilik baju cari jeans yg dia duk kalut kan tu. Hik hik. Makanya lps tu baru lah nenek nya paham apa tu 'aju jin'.

'Aju jin' = Baju jeans. Wakaka. Maksud nya seluar jeans lah tu. Hik hik


Ptg semalam tgh meraung sakan nakkan 'aju jin' kt rumah pengasuh dia (seb baik sebelah rumah jer), MIL melaung dr rumah bagitau yg dina nakkan seluar jeans. Gelak sakan pengasuh dia. Adoii la minah tu. Pastu bengkek jek dia kena ejek ngan pengasuh. Haha

Nampaknya aku kena tambah lg lah stok jeans dia. Kesian pengasuh dpt tekanan perasaan sbb dina mengamuk nakkan jeans. La ni dh pandai pun pilih nak pakai baju mana. Caca marba pun dia bantai. Kenkononnya lawa sgt lah tu. Hik hik


Salam sumbangsih
KV & Co

11 ulasan:

rina berkata...

meme tension time doang nk pilih seniri baju. kdg2 bj tido pun nk pakai siang hari.

adanz berkata...

budak2 peringkat ni memang mcm tu kan... my son pun sama, suka sgt suar jeans, mana dia blaja tatau, kakak dia dulu pun mcm tu gak sampai la ni...

FAM berkata...

hohoho..time gini mmg xlarat nk layan kan? tido pun nt dgn jin..eh jeans

KV berkata...

rina,
haha..konon nya dh canggih sgt lah pilihan dia.

adanz,
hik hik..peringkat umur dia agaknya ek.

mommy dania,
takat ni blom lg. Tatau lah sehari dua nanti. Hiks

:: HUSNA :: berkata...

dh pandai nk melawa dh anak dara ni..
hiks..

Ain berkata...

sarah takde satu pun koleksi jeans.... aku tak pernah beli...agaknya dina tu terpengaruh tgk danish pakai seluar jeans kot, tu yg dia nak jugakk..

NouroulSuhaimi berkata...

pandai sebut JEANS dan pandai beza JEANS mana satu tu yang tak tahan tu!
hahahahah...

Mak Su berkata...

heh heh heh, kelakao. kitorng pun selalu cenggitu, heran tak faham sepatah apa yang baby w cakap, pelat lagi.

- tety - berkata...

ank pompuan... sokmo nk bejangok!!! hehhehe

CuTeMiUt78 berkata...

heh..heh..heh... pandai aarr dina sekarang ni ya..

Zaila Mohamad berkata...

Come tengok rambut dina ni..mace rambut Ameera..bojeng purung;)