Khamis, 4 Jun 2009

ANAK DARA KU

Pejam celik pejam celik dah hampir setahun 9 bulan irdina maisarah.

Walopun hari2 dok gaduh2 manja ngan dia, kdg2 aku mcm tak perasan dia makin membesar. Makin bijak 'auta'. Eiii..kdg2 geram tau





Makin lasak. Kalo grill kat dapur tu dia panjat nak sampai ke siling. Pastu takleh turun. Ada satu hari tu aku kat bilik air, dengar sayup2 jer suara dia. Tapi rasa tak sedap hati. Keluar cepat2. Tanya si abang (danish). Abg nya cakap adik kat grill. mamat tu walopun dh nam tahun tp cakap belit2 lg. Aku arahkan si abang ambik adik, tp abang nya ckp ada pegeng kuat tak boleh. Berlari aku ke dapur. Tgk2 dah tinggi dia panjat. Geram betul! Satu lagi suka panjat kusi dan lepak atas meja!



Kerja nya hari2 mintak yak dan eteyem. (gula2 dan aiskrim). Tambah atuk dia meniaga kedai runcit. Pagi2 bangun blom celik mata dah mintak yak.


Hobinya main pasir. Main lori. Sama macam abang dia. Hari2 kena sental ngan dettol. Kalo anak patung ke bear ke, mmg tak layan.





Korang tgk lah. Pakai gown, tp regu ngan seluar pendek. Dan selipar jepun. Tu kerjaan atuk dia. Suka mecing baju mcm2 untuk cucu dia. Aku balik keje tgk dina pakai tah pape. Haha. Kadang tensyen tgk, kdg2 gelak. Alah, asal dia jaga cucu dia dgn baik dah ler. Eh, tp pagi hingga jam 5ptg, dina dok rumah ibu (pengasuh).

He he... pakai selipar jepun klasik dan tempurung kat tangan tu untuk ceduk pasir. Hehe

Oh ya, dah besar gajah ni baru sibuk nak main stroller. Kecik2 dulu takmo. Tp tu stroller si abang. Stroller dia siap kemas tersimpan dlm gobok.




Salam sumbangsih
KV & Co

10 ulasan:

De' Sal berkata...

ANAK2 TENGAH LASAK CAMTU LAH,SAMALAH DENGAN AYING,SEKARANG DAH TAHU BUKAK KUNCI GRIL SENDIRI KALAU TAK SAMPAI DIA PANJAT,ASYIK NAK KELUAR JE KEJE DIA.

Zaila Mohamad berkata...

tergelak sorang2 saya dengar cerita anak akak..kelakau dih budak2 ni..teraso semeta jah masa berlalu

yaya berkata...

gamabar anak akak ni senyuman die kemain lentok....comel..

Zareda Norman berkata...

wah dah makin besar anak dara KV yer.. boleh tambah sorang lagi ni..

Buah malberi tu banyak kat rumah mak kak zar.. memang sedap yang itam itam.. burung pun suka makan. Kak zar pernah tengok TV pokok ni ada kat australia tau

:: HUSNA :: berkata...

same umur ngan adam la...

attyfir berkata...

taklama lagi pejam celik..dpt lak menantu...hehehhehe

Ummi berkata...

tersengih ummi, biasanya kalau atok atau nenek yang jaga cucu, mesti baju dia pakai main belasah aje matching

kadang2 geram bila tengok hodoh, tapi kadang-kadang nak tergelak gak

sebab dina ada abang, so dia lebih kepada boy punya mainan

so kv, join dina main masak-masak :)

Tanpa Nama berkata...

Bujangan dah anak hang kv, makin ler lasak tak hengatkan. Harusler mak dia selim melim dek keaktifan derang nih. Aku jg yg x kuruih²..huhuhu.. (oppss..terlebih sudaaa..)

CuTeMiUt78 berkata...

eemm... kejap je kan dah membesar dina.. heh..heh..heh.. budak2 kan.. biasa la tgh lasak gitu..tapi bagus KV sebab otak dia berkembang kan.. semoga dina menjadi anak yg baik

MrsMama berkata...

dina muka cam ko lah KV. Mesti kecik2 ko lasak.Aku kalu ari cuti mesti Nurin ajak main masak2....dah masak...dia suap kita makan lak.