Catatan ini aku coretkan bukan untuk suka2. Tapi kenangan abadi dalam hidup aku dan family aku. Harap jangan ada yg salah faham.
Semalam, tanggal 16 jun 2009 (arwah meninggal pada tanggal 14 jun 2009 di dlam perut ibu nya) jam 1.30 ptg arwah baby (aku masih belum tahu nama nya sbb tidak tergamak untuk menanyakan kpd ayahnya) di keluarkan dari perut ibunya melalui kaedah c-sect.
Jantina nya perempuan dgn berat 3.35kg.
Seselai urusan dihospital lbh kurang jam 4, Kak M menelefon aku supaya balik mengemaskan bilik hujung sbb arwah akan dimandikan disitu.
Masa aku sampai tu dah penuh sepupu2 tolong mengemas. Alhamdulillah. Saat2 begini mmg sokongan antara satu sama lain amat diperlukan.
Lbh kurang jam 5 ptg arwah sampai ke rumah. Di bawa balik oleh abg S dan dipangku oleh isterinya. Jugak diiringi oleh kak M.
Nurse dari klinik desa sampai untuk menziarahi arwah. Lps tu urusan memandikan jenazah (aku yg memangku arwah semasa beliau dimandikan). Kemudian dikapankan.
Tok imam datang untuk mengimamkan solat jenazah. Dan Abang sendiri memangku arwah anak nya untuk disemadikan.
Mmg melihat Abang mengucup buat kali terakhir arwah anaknya membuatkan aku sebak dan hiba. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Dan kami tahu, ada sebab musabab arwah dipinjamkan sekejap buat kami terutamanya ibu ayahnya. Sbb itu kena lah redha.
Jam 6.30 ptg, arwah selamat disemadikan. Hanya aku dan kakak ipar (mak long) wakil perempuan mengiringi ke kubur. Yg lain2 tak sanggup pergi. Hampir jam 7 ptg semuanya selesai. Alhamdulillah.
Sayang, bersemadi lah engkau dengan tenang. Tunggu lah ayah bonda mu kelak. Insyaallah. Amin.
Al fatihah.
(terima kasih buat yg menegur. Aku dah buang gambar arwah. Minta maaf atas segala kekhilafan. Niat asal sekadar untuk catatan kenangan. Besok2 kalo teringat boleh jenguk balik blog/catatan ni. Tp tak sangka lak tindakan aku menempek gambar arwah kurang elok rupanya. Terasa mcm jahil sgt aku ni. Huhu)
Salam sumbangsih
KV & Co
25 ulasan:
Anak abang ko ker KV? Sedih aku tengok dia..teringat arwah sepupu aku yang meninggal masa lahir sebab lemas dalam perut. Al-Fatihah untuk dia.
KV
Ada hikmah disebalik pemergian itu. Redha dan syukur. InsyaAllah, dia akan menanti ibu dan ayahnya di pintu syurga nanti.
Al-Fatihah..
ya Allah,kak..
naik bulu roma tengok gambar arwah
takziah buat keluarga akak
semoga abang dan family nye tabah menghadapi segala dugaan ini...
:( sedihnya sampai x tahu nak kata apa.. comel sggh arwah ni...
salam kak,
sedih nyer...sambil tgk..sambil meleleh2 air mate...
sesungguhnya setiap yg berlaku ader hikmahnya...bykkan bersabar kak..salam takziah.
Al-Fatihah...
Hanya air mata mampu bercerita.
Sudah pasti ada yg menanti ayah & ibunya di akhrat kelak. Semoga Allah memberi ketabahan buat keluarga c comel ini. Yang pasti Allah merencanakan sesuatu yg tidak terjangkau oleh kita.
alfatihah tuh arwah KV...
Berjujuran airmata saya saat ini. Semoga arwah akan menjadi kupu kupu syurga buat kedua ibu bapanya :)
al-fatihah- untuk arwah
cume saya nak tegur sikit. sebagai menghormati hati abang dan akak ipar anda.. gambar jenazah (raut wajah arwah) janganlah dipaparkan. adalah tidak elok.. memaparkan raut wajah nye. cukup sekadar gambar jenazah di tutup.
Maaf kalau teguran menyakiti hati awak.
salam takziah...
KV, akak dah menangis ni..sedih sungguh2..salam takziah.
Kak Kv..takziah utk keluarga akak.
rasenya gambar wajah arwah xpayah dipamerkan la..
cukup la akak simpan utk dilihat oleh keluarga sahaja.
alfatihah
putih mlepak baby nie. speechless sha. mgalir airmata tgok.. salam takziah
Alfatihah....
Sedih akak nengok,semoga ayah ibunya redha dengan pemergian puterinya itu.
KV...kita sebagai seorang ibu pasti dpt merasakan kesedihan yg dialami mak arwah...tapi itu semua sudah suratan takdir dan merupakan ujian ALLAH...takziah dari akak buat keluarga yang kehilangan...semoga arwah akan menanti mereka di pintu syurga...
Al-Fatihah
salam..al fatihah untuk arwah n family..hmm camne nak cakap ye..tak payahlah tunjukkan wajah arwah tu ..kesian kat arwah..
insya Allah dah ada payung emas untuk ibu bapanye
Alfatihah utk arwah..
comelnya dia...
Salam
berat mata membaca , berat lagihati hok meraso .....
comel budoknyorrr ...
panjae kuku ...
lawa ...
Takziah sekali lagi utk keluarga arwah....semoga tabah menempuh ujian Allah.
ya allah KV.. sedih baca n3 ni.. betul ni, dah meleleh air mata saat tgk wajahnya.. ya allah.. semoga ayah dan ibunya tabah menghadapinya.. al fatihah utk arwah.
comel sungguh tengok tangan dan kaki dah cukup sayu
alfatihah
byk2 bersabarr
takziah tuk keluarga KV. al-Fatihah tuk arwah.. sudah takdir ditentu oleh Nya, arwah pergi tanpa sempat melihat dunia
:(
takziah..
semoga belum terlambat nk ucap takziah buat kv dan family abg kv..
sedih la tgk kaki dan tgn arwah tu :(
menitik air mata aku baca catatan ko ni kv. Aku sendiri tak dapat bayangkan kalau aku yang diuji dengan kematian anak. AKu keguguran tahun 2005 dulu pun sedihnya makan berbulan..
Alfatihah untuk arwah..
Damailah disana
Di sisi penciptamu
Bidadari Syurga Allah
Ibu dan ayahnya insan terpilih untuk mendapat saham awal di akhirat...
Takziah ya KV
Catat Ulasan