Khamis, 7 Mei 2009

KURUS KERING

Masa ni umur danish dalam 3 tahun. Masih wujud ketembaman (ada ke perkataan ni?) dia.

Gambar2 kat bawah ni pun.





Ni rupa wajah dia sekarang.

Berat semasa tak sampai 15 kg pun. Dina pun dah 10 kg.

Aku pun tatau nak wat apa dah ngan danish. Mmg lah takde penyakit. Tp kurus sgt la.

Dalam 2minggu lps aku perasan muka dia cengkung sgt. Mata cam kuyu je. Agaknya dia aktif sgt main kut. Tambah2 cuaca panas. Biasa ah budak kampung. Mungkin kecacingan ke.

So, kami beli ubat cacing bagi dia makan. Lg pun dh terlewat 4 bulan dr jadual. Pastu beli vitamin. Mcm2 jenis dah hubby beli. Multivitamin la, ada lysin la, vidalyn yg gummy bear tu la. Semua dia rejek. Aduh, tekanan lak aku laki bini mikir kan dia. Si Dina plk yg bersungguh makan. Sbb risau, abahnya dah marah2 dan paksa dia makan salah satu vitamin tu. Last2 dia pilih multivitamin. Kami beri 2 kali sehari. Takat ni dia makan lg walo pun dlm keterpaksaan. Hihi

Nak kata dia langsung tak makan takde lah jugak. Pagi2 before gi skolah dia sarap walopun sikit. Pastu kelas PRA kan ada makan time pukul 10. Kalo ada selera dia makan, kalo dak dia skip. Ikut mood dan ikut kawan2. Aku kan, balik je keje tanya dia kat skolah makan apa. Bukannya nak tanya keje sekolah dulu. Risau tau.

Pastu kdg2 dia lunch, kdg2 dia skip. Sibuk nak mengaji sbb kwn2 dah penuh rumah. Pastu makan memilih. Dia tak makan ikan sbb takut tercekik tulang. Sejarah hitam bagi dia. Hehe. Udang sotong pun dia tak gemar. Hanya ayam je lah. Ayam pulak kena gulai kari. Dah lah aku fail bab gulai menggulai ni. Lg pun dia sorang je yg nak makan. Kalo ada pasar malam dekat sekitar mmg benda wajib aku belu ayam gulai. Baru selera dia ada. Ntah la. Pelik sungguh la. Kdg2 ada jugak MIL kari kan ayam untuk dia. Pagi petang dia makan. Tp badan tak jgk naik.

Pakaian dia aku perasan abih dah longgar. Dah la punya susah nak cari saiz. Byk stok sluar baru dok dlm lemari sbb besar. Biasa aku beli main agak je. Balik ukur, jadik besar lak. Padahal aku biasa beli saiz 4-5 thn (dia 6 thn). Tu bab sluar. Baju pun mcm tu. Nak beli saiz kecik jadik singkat lak. Nak beli saiz normal jadi gelebeh kt bahu.

Tak tau lah aku nak komen cemana pasal kekurusan danish ni. Bila tido malam aku selalu belek tubuh dia. Kecik je kaki tangan. Tinggal kulit ngan tulang jer. Isi langsung takdak. Ntah ler. Tp risau gak la.

19 ulasan:

De' Sal berkata...

biasalah kv.....budak tengah lasak.
satu aje pesan kat dia jangan makan makanan ringan,nanti tak berselera makan nasi.

Ummi berkata...

asal sihat, tak de sakit kira dah ok lah,

budak tengah membesar dan kuat main macam tu le

jangan tak sangka, akak masa kecik dulu boleh kira tulang ( orang tua kata boleh buat gitar)

tengok skrg, nak cari tulang pun payah, lemak sana sini

batrisya pun sama jugak, skrg dah montel, sampai akak kata jangan makan banyak sangat :)

KV berkata...

kak sal,
makanan ringan dh kurang minat berbanding ngan kecik2 dulu.

ummi,
tak tau lah, insyaallah takde penyakit mudarat.

Tanpa Nama berkata...

Kv, ko sebut bab kurus ni, anak aku no 2 mak aihh kurus keding. Sib baik ler ppuan, tp risau gak kurus sgt. Byk baju dia adiknya dah bleh pakai. Hat abg tu jgn ckp ler umur nk masuk 4 thn, size baju 14...ngeh².

KV berkata...

makmi,
ko pun masalah sama cam aku ek.

oren berkata...

yelah, asal dia sihat, oklah tu..

mira pun baru 15 kg..adik dia dh 11 kg..beza 4 kg jek lagi..

tapi tu lah..kena jaga mkn depa..try la bagi buah, kut dia selera nk mkn..kalo mkn ayam hari2 takut boring plak :)

Ain berkata...

tak pe la kurus kering pun, janji dia sihat. agaknya budak nama danish ni memang spesis kurus kottt... pasal danish aku pun kurus jugak.... ko cuba la kasik dia makan scott emulsion pastil tu....tambah selera makan dia..

izman berkata...

kurus tapi sihat, pada aku dah syukur.

anak2 aku kurus gak (berbanding aku la..) ikut umi dia barangkali. tapi aku selalu bagi vitamin.

Zareda Norman berkata...

KV

dulu Ika masa umru 4-5 tahun pun kurus.. perit dengar orang cakap 'ko tak bagi makan ke anak ko ni'.. ishhh macamlah akak ni tak mampu nak bagi anak makan.. tapi buat dek aje.. sekarang pun masih kurus tapi menten.. asalkan dia sihat jer ok.. tapi akak bagi juga spirulina, pastikan dia cukup vitamin, kalsium dan mineral.. bagi scot emulsion oren tu pun ok..

Mak Su berkata...

belum lagi kot...

Mummy Dasy berkata...

BIar betul 15kg, ingat Daneen kurus coz 3y baru 16kg tapi dia chat xpe

- tety - berkata...

Huhu kv, danial pn sama gakla 15kg! Mmg keding sgt2... Kalo pgg lengan die, halusss sesgt.. Tp tu la, as long die sihat, Alhamdulillah.

+ danial suka makan vitamins & scott nih... So x de la riso sgt...

igt lg 2 thn lps, ssh sgt nk cari bju/suar kt danial, sama la gak masalah ngn danish... Huhu Skang ni die bleh pakai lg bju/suar sz 2@3Y!!!

NONIE AZIZ berkata...

kurus tu KV...tak pala try bagi vitamin kotlah selera makan dia ok balik..kak...cantiklah carpet bulu biri tu nnti kalu ada lg belikan kat aku...atau pun ko jual jelah kat aku hahahaha

MrsMama berkata...

Aku rasa dia cam staf kek opis aku...kurus sangat sampai melayang. Dia ni suka makan AYAM SAJE....lauk2 santan kuah sayur2 sume langsung tak sentuh. Tekak dia tak bole terima. Aku penah tengok dia makan....cuma nasik putih dan ayam goreng jer. Kehepci tu dia bole makan ari2.

ANAKIRANA berkata...

kot mmg jenis kurus kot..

aiman pon kurus..skrg ni nasi tak mo mkn 2 3 hari dah
kecacingan jugka rasanya..asik nk susu ja

kakpiah berkata...

lebih kuwang anak aku ler nih..
si Rantaro berat 17kg jer..

tp mkn buleh tahan..
lasak tak bleh tahan..

biasanya budak lelaki nih dah besar nanti baru diorang bleh berisi..

sama2 lah kita bersabar.. ahaks!

mummysyafie berkata...

budak² dah lasak mmg gitu kv. abang pun susut je badan walhal makan banyak gak..tapi slim manjang je..kalau la lemak mummynya ini boleh dipindah milik..lama dah buat.

CuTeMiUt78 berkata...

takpe KV asalkan dia sihat sudah.. cuma klu blh kurang kan makan jajan. selamat hari ibu KV

my little family / kaftanbatik berkata...

tak pun try bg appetton. Mungkin boleh buka selera makan dia..Biasa la kita sbgi ibu, klu anak2 tak lalu mkn mesti naik risau.. apa2 pun, selamat ari ibuuuuu..........