Rabu, 1 April 2009

TAMAN ORKID TENGKU ANIS

Sempena keputeraan sultan, taman orkid tengku anis mengadakan pesta flora.

Bagi tahun ni, bermula semalam 31 mac hingga 11 april (tu pun kalo tak silap). Haha

Semalam, nak melunaskan janji pd danish yg sibuk nak gi istana negeri, kami keluar awal. Gi makan2 kat tesco sesambil main lori bas kat situ sementara menunggu malam. Tp bosan lak, so keluar awal dari tesco.

Hubby ajak pusing tgk suasana kat taman orkid. Kalo ada peluang boleh menyinggah. Masa sampai tu org dh penuh tp masih ada ruang utk parking kete. Takde lah jalan jauh sgt. Tak larat aku.

Layan gegembar kami kat situ. Hihi

















Suka ronda2 kat sini sbb boleh tgk mcm2. Bonsai mcm2 bentuk ada. Danish teruja ngan bonsai burung unta.

Laman hiasan punya lawa2 gak tahun ni. Mmg kalo musim gini PBT akan mengambil bahagian bertanding hiasan laman. Mcm2 idea boleh cedok dr sini tau.

Mabuk giler aku tgk orkid yg mcm2 kaler, bentuk dan fesyen. Haha. Kemaruk wei. Tp tak sempat nak membeli la sbb aku perasan badan dina suam2 pulak dah. Kami beli baja jer dulu. Lain kali nak pergi siang hari lah, senang nak menengok bunga.

Memula tu dah janji ngn danish, kalo ada belon kapal terbang kat situ, beli situ jelah. Nanti tak dpt nak park kt istana, melepas pulak. So dia pun bersetuju. Bagus. Lega aku. Padahal kami malas nak menyinggah istana.

Masa balik tu danish dpat belon kapal terbang, dina lak hello kitty. Nak muntah aku pening dok dlm kete kancil yg penuh ngan belon. Dah la dua beradik tu asyik bercekau jer. Naik mabuk aku. So, macamana nak jalan jauh??

Sampai rumah, begitu teruja dina menunjukkan belon hello kitty nya (aku lupa snap gambar) pada nenek dan moyang dia. Siap ajak nenek gi rumah ibu (pengasuh) semata mata nak tunjuk 'KUM'. Siap berdengung sebutannya tau. Aku pun tatau napa dina panggil kucing tu KUM. Kalo dulu dia sebut PIUM. Now dah tukar jadik KUM. Hehe

Acara lain, apa ek? Aku pun tatau sgt la. Haha. Nanti kalo ada yg best aku tempek lagi.

11 ulasan:

rina berkata...

penggila bunga mesti gila kalu p sinikan...

izman berkata...

nasib baik la jauh, kalau dekat dah lama wife aku ajak pegi.

rindu nak balik kelate.

marinahunny berkata...

huhu..x borong ke orkid tu kv..?? letak kat pergola umah kv

KV berkata...

rina,
ahahaha..mmg syiokk!!

izman,
naseb ko baik lah tu.;P

marina,
ehehe...hajat akan terlaksana nnti. Tak boleh jadi ni. Nak kena pi beli. Huhu

~~ciklinn~~ berkata...

hishh mesti cantik2 bunga2 kat situ.. linn selalu gak tgok bonsai yg mcm2 rupa tu... kat sunway piramid ada mcm2 bentuk bonsai..comel2 jer semua

atty's berkata...

nie mesti kv byk borong bungaan nie..

KV berkata...

lin,
comel kan bonsai.

kty,
tak sempat memborong kty, kena gi semula. Hihi

kirana berkata...

bestnya orkid!suka2..

awat saya dok pikir benda lain bila tgk periuk kera tu hihihihi jgn salah paham

CikguZue berkata...

cantik cantik. kalau saya dpt pegi ni, sah bwk balik satu dua. hehe

arianna adrizal berkata...

okid la!
;p

sy tak minat bunga. tak gurlish lgsg kan. hehe.

Zareda Norman berkata...

Cantik piuk kera tu... kalau buat lemang piuk kera tu sodappppp